BAB 29

973 88 10
                                    

"Awalla Jom lunch sama-sama harini." Ajak Dayyan. Ariq dan Ariana yang sedang berborak itu terus mengalihkan wajah mereka ke arah Dayyan.

"Wa on saja. Lu apa cite Riq?" Ariana hanya setuju sahaja dengan ajakkan Dayyan. Sekarang tinggal jawapan Ariq sahaja.

Ariq hanya mengganguk tanda setuju.

"Korang nak pergi mana?! Nak ikut!!" Ariyan yang tiba-tiba sahaja muncul. Terus berkata seperti itu.

"Kau siapa? Ada orang ajak kau ke?" Kata Dayyan dengan sedikit kasar. Saja je dia mahu bergurau dengan Ariyan.

Ariyan yang mendengar itu dari teruja terus berubah murung. Hmm.

"Ye memang! Tak payah ajak aku pun! Aku ni siapa je korang nak ajak sekali! Kalau orang tanya nanti...mana Ariyan? Ariyan takde dah mampos budak mentah tu. Tahu lah aku ni tak penting! Korang mana pernah sayang aku!!" Sembur Ariyan dengan geram.

Terkebil-kebil Ariq,Dayyan dan Ariana dibuatnya. Orang nak gurau je pun tak sangka Ariyan emo lain macam harini.

"Nah report bangang kau ni. Baik aku pergi mampos lah sial." Ariyan mula berkata kesat. Lepas sahaja dia campak report tu terus dia meninggalkan Ariq, Dayyan dan Ariana.

Tidak sempat lagi Ariyan mahu membuka pintu, Dayyan dan Ariana sudah memeluk erat tubuh Ariyan yang sedang merajuk.

"Yang ni mana boleh tak sayang. Ni lah paling kitorang sayang. Alololo Ucuk acam Ariana ni merajuk lagi ke?" Ariana memujuk Ariyan sambil mengomol-gomol pipi Ariyan.

"Jangan lah macam ni wakk, kami bergurau aja maaa." Pujuk Dayyan pula.

Ariyan menahan senyum dengar pujukan mereka. Dia masih mahu pura-pura merajuk.

"Dah lah tu berdrama, Jom pergi makan." Kata Ariq dengan dingin. Dia sahaja tidak memujuk Ariyan sebab bukan salah dia pun.


"I will kill you, Airis!!" Ujar Ariq yang menahan amarahnya. Airis semakin lama semakin melampau. Tujuan Black Venom mahu merampas Cip tersebut dari Airis.

Akan tetapi Airis menghantar surat amaran agar tidak mencari pasal kepada Mysterius Shark. Seolah-olah Airis tahu yang Black Venom sekarang sedang mencari jalan untuk serang Mysterius Shark.

"Hubby okey? Kenapa marah-marah ni?" Tegur Arissa dengan lembut. Dari tadi Ariq seperti tidak tentu arah.

"Ok je, kenapa tak tidur lagi?" Kata Ariq dengan lembut. Tersengih-sengih Arissa.

"Baby tak boleh tidur lah kalau Hubby tak ada kat sebelah. Nanti nak peluk siapa?" Ngadu Arissa dengan manja.

"By The way Hubby, Arissa nak tanya boleh tak?" Arissa bertanya dengan perasaan takut. Ariq hanya mengganguk sahaja.

"Siapa Airis? Kenapa Hubby nak bunuh dia?" Ariq terkaku dengan soalan yang diberi oleh isterinya.

"Nothing. Tak penting pun untuk kau tahu." Kata Ariq. Semestinya Ariq tidak akan memberitahu siapa Airis baginya.

Arissa hanya mengganguk sebelum melangkah ke bilik tidur mereka. Ariq mengeluh seketika.



"Airis sudah masanya kau tunjuk identiti sebenar kau. Sampai bila kau nak nyorok." Han mula bersuara.

"A-aku tak tahu. Aku tak sedia lagi untuk ini. Dia nak bunuh aku. Setiap kali aku dengar dia sebut nama Airis, mesti ada perkataan 'kill'." Kata Airis dengan takut.

Untuk pertama kali dia merasa takut. Padahal banyak dia lalui sebelum ni. Tiada langsung perasaan takut yang hadir.

"Kau kena bersedia. Bila-bila masa sahaja identiti kau akan terbongkar. Kau tak boleh harapkan aku sahaja." Ujar Leo pula.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now