BAB 21

1K 71 0
                                    

  "Memandangkan semua ada disini. Mummy dan mama plan nak buat majlis resepsi besar-besaran untuk Denniz and Arissa." Kata-kata Mummy itu membuatkan Ariq dan Arissa tersedak.

"Uhuk!!" Terbatuk batuk Ariq dibuatnya. Arissa yang perasan suaminya seakan tercekik cepat-cepat di menghulur jus oren itu.

"Nah hubby minum ni." Kata Arissa sambil menyuap gelas jus oren itu pada mulut Ariq.

Lagi lah tersedak Ariq dibuatnya bila Arissa memanggilnya dengan panggilan 'hubby' fuh kedengaran seksi ye. Hebat ye kau belakon Arissa.

"Hubby okey tak ni?" Kata Arissa yang sedang menahan ketawa. Comelnya hubby kita blushing.

"H-ha o-ok." Pipi Ariq mula berona merah bila Arissa makin mengusiknya lagi dengan panggilan hubby.

"Ok apanya, muka dah merah-merah tu kenapa" Ariyan mengusik Abangnya. Tahu sangat kenapa pipi abangnya merah-merah.

"Kau nak cendol tak bang? Riana boleh belikan sekarang juga." Giliran Ariana pula mengusik.

Ariq hanya menjeling tajam kearah Ariyan dan Ariana. Korang berdua tunggu nanti.

"So macam mana? Setuju tak?" Tanya Puan Syu pula.  Ariq dan Arissa pandang sesama sendiri. Masing-masing tidak tahu mahu jawab apa.

"Nanti Ariq bincang dengan Arissa." Jawab Ariq. Arissa pula hanya mengganguk.

"Nak bincang apanya. Papa yakin Arissa nak kan." Tuan Ikmal berkata sambil memandang anak bongsunya.

"Arissa nak?" Arissa menunduk kepalanya menghadap lantai. Dia malu apabila semua orang memandangnya. Seakan akan dia wajib menjawab soalan itu.

"Mestilah dia nak mama. Gila ke tak nak." Lucas menjawab bagi pihak Arissa. Nak tunggu adiknya jawab? Lagi 1000 tahun lah budak tu jawab.

"Lucas!" Panggil Puan Syuhada dengan sedikit tegas. Orang tak tanya dia pun sibuk je nak menjawab. Macam dia je nak buat majlis resepsi tu.

"A-Arissa ok je. Ikut Ariq lah. Takut dia yang tak ok." Jawab Arissa matanya setia memandang Puan Syu. Takut dia nak pandang suaminya. Ariq seakan akan tenungnya dari tadi.

Sekarang semua mata-mata memandang Ariq kecuali Arissa. Ariq menghembus nafas dengan perlahan.

"Ariq ikut je Arissa. Kalah dia nak so buat je lah." Ariq berkata dengan riak muka yang kosong. Mata tidak lepas dari pandang Arissa.

"Bagus lah macam tu. Kita buat majlis ni hujung bulan ni ye." Terkejut Arissa. Hujung bulan ni bermaksud ada dua minggu persiapan dari sekarang.

Sempat ke?

Terbantut ayat Puan Syu bila mendengar bunyi loceng. Baru sahaja Ariyan menawarkan dirinya untuk membuka cepat-cepat Arissa menghalang.

"Biar Rissa yang pergi bukak." Tanpa membuang masa Arissa terus berlari kecik ke arah pintu utama.

"Hai baby"

"Hai My lady"

"Hai Ris!"

"Hai Ris, sorry lambat. Ryan ni siap lambat." Kata Adrian dengan nada berbisik. Dia tak tahu kenapa dia berbisik.

"Korang ni! Tahu tak korang lambat!" Marah Arissa sambil memukul manja lengan dan bahu Adrian. Kenapa Adrian sahaja yang kena? Kerana Ryan,Leo dan Daniel sudah berlari ke belakang.

"Auch sakit lah! Sorry lah. Im sorry okey." Adrian meminta maaf lagi sekali.

"Ok fine! Masuklah." Dengar sahaja Arahan dari Arissa. Mereka mula melangkah masuk. Takut mereka mahu masuk bila Arissa menjeling tajam kepada mereka.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now