BAB 26

953 72 5
                                    

"Yow, nah report." Kata Ariyan yang baru sahaja masuk pejabat Ariq. Lalu dia mencampak file itu ke atas meja Ariq. Dasar tiada Adab.

"Kau pergi mana? Pukul 1 baru nak masuk office." Tanya Ariq yang sedang menahan geram. Dia campak je?!

"Erk..A-aku...ha! Kereta aku rosak tadi." Jawab Ariyan dengan bohong. Ariyan menunjuk riak muka yang yakin di hadapan Ariq.

"Kereta rosak? Kau keluar rumah pukul 8 pagi then kau masuk office pukul 1 petang? Lama gila kereta kau rosak." Kata Ariq dengan pelik. Dia tahu yang Ariyan sedang berbohong.

"Betul kereta aku rosak pastu jalan jem gile tadi weyh! Kau apa tahu." Terang Ariya lagi. Dia cuba untuk membuat abangnya percaya akan kata-katanya.

"Susah lah aku nak percaya kalau orang itu adalah engkau." Ariq perasan yang Halkum Ariyan bergerak. Itu tandanya dia sedang cuak sekarang.

"Eh apa pula. Dah lah baik aku sambung buat kerja" Ariq sedikit kagum mendengar ayat 'baik aku sambung buat kerja.' Sejak bila Ariyan rajin buat kerja ni.

Ariq hanya melihat dengan ekor matanya sahaja pemergian Ariyan. Lihat sahaja Ariyan sudah menutup pintu pejabatnya. Ariq mula tersenyum senget.

"Jem lah sangat. Macam aku tak tahu kau naik motor. Kereta? Heh. Elok terparking cantik kat rumah." Ariq berkata sendirian.

Sebelum Ariq bergerak ke pejabat dia melihat Kereta BMW Ariyan terletak elok di sebelah keretanya. Ariyan jarang guna kereta. Dia lagi gemar menunggang motosikal.



"Fuh.. sebaik aku lari dulu tadi. Kalau tak mesti si beku tu tanya macam-macam." Kata Ariyan yang baru sahaja masuk bilik pejabatnya sendiri.

"Woi mentah! Kau pergi mana?" Terkejut Ariyan dibuatnya apabila disergah begitu.

"Ni lagi sorang, tadi beku tu tanya sekarang kakak tiri aku ni pula." Kata Ariyan dengan perlahan yang sedang menahan geram.

"Kau cakap apa?" Tanya Ariana. Cubalah cakap kuat-kuat. Ni selow selow. Cakap perlahan siapa je dengar. Setan pun tak lalu nak dengar.

"Tak ada apa. Kau buat apa semak dalam bilik aku ni. Blah ah aku nak buat kerja." Ariyan tiba-tiba berubah jadi dingin. Perangai Ariyan senang lah berubah.

Ada masa dia tak serius dan ada masa dia serius.

Ariana yang mendengar itu terus menelan air liur dengan kelat. Ariana sungguh takut bila Ariyan berubah jadi begini.

Amarah Ariyan lagi seram berbanding Ariq.

"A-aku keluar dulu. Kerja elok-elok." Ariana menepuk bahu Ariyan sebelum melangkah keluar.

Hilang sahaja kelibat Ariana, Ariyan mula gelak terbahak-bahak.

"Hahahah. Baru tegas sikit dah gelabah lebih akak Tiri aku ni. hahahah. Sakit perut sial. Sepatutnya aku record muka cuak dia tadi." Kata Ariyan yang sedang gelak. Tubir mata Ariyan mula bertakung akibat banyak gelak.


"S-seratus satu, s-seratus dua..s-se..se.." Nash terbaring lemah dia sudah tidak tahan lagi. Nash terucap-ucap mencari nafas.

"Baru seratus dah penat! Push up lagi 200! Now!!" Airis memberi arahan dengan tegas. Nash, Noah dan Leo yang mendengar itu terus mengeluh.

"Airis please...maafkan lah kitorang." Noah mula merayu pada Airis. Menyesal dia bertikam mulut dengan Nash.

"No! Do it until 200 and then you guys can stop." Kata Airis dengan sinis. Lagi sekali mereka bertiga mendengus kasar.

Nak taknak kena buat.

"Han, pantau mereka bertiga. Aku nak pergi buat kerja sekejap." Kata Airis dengan dingin pada Han yang berdiri di sebelahnya.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now