BAB 3

1.8K 101 4
                                    

   Buka mata tutup mata, sudah hari Ahad. Hari yang Arissa paling malas nak keluar. Hmm.

Arissa yang masih tidur nyenyak itu. Seakan akan terganggu tidurnya kerana pintu biliknya di ketuk kuat. Siapa lagi kalau bukan...

Arissa hanya mengedahkan sahaja bunyi ketukan itu. Yang dia tahu sekarang, tidur,tidur dan tidur. Malas dia mahu keluar harini. Sebab harini hari malas Arissa Amanda.

Klak!

Pintu bilik Arissa sudah pun dibuka menggunakan kunci pedua. Dan bermula lah...

"Ya Allah Arissa Amanda!!!! Bangun!. Matahari dah naik mencacak kamu tak bangun-bangun lagi. Anak dara siapa lah ini. Bangun Arissa Amanda!!!." Mula lah Puan Farisha membebel macam tiada hari besok.

Arissa hanya berdecit mendengar bebelan maknya. Sakit telinga aku ni dengar bebelan itu. Arissa dengan laju menekup telinganya dengan batal busuknya. Dia mahu tidur. Muktamad!

"Bangun nak, dah pukul 12 dah ni sayang ku Rissa. Apa lah nak jadi dengan kamu ni. Kerja malas, bangun lewat, buat kerja rumah? Jangan cakap lah asyik mengeliat je kalau Mummy mintak tolong."

Puan Farisha menyambung bebelan itu setelah melihat anaknya masih tidak bangun-bangun. Panas sahaja hati Puan Farisha melihat anak daranya. Siapakah jejaka yang malang mendapat isteri seperti anaknya ini. Kerja tahu mengganggur sahaja.

"Mama please go away. Rissa nak tidur lagi lah. Mama tahu kan Setiap hari Ahad ialah hari malas Arissa Amanda." Arissa berkata sambil memejam matanya.

"I know sayang, tapi harini kan kita kena pergi majlis makan-makan. You lupa ke?."

"Arissa tahu, But majlis tu kan waktu malam lambat lagi. Sekarang baru pukul 12 tengahari. Rilek ah ma." Ya. Arissa masih memejam matanya.

"Kan Rissa dah janji dengan mama yang Rissa nak teman mama pergi shopping harini. Rissa lupa ke." Segar terus mata Arissa. Dia ada janji ke?

"Bila masa Rissa janji ni. Rissa tak ingat apa-apa pun. Mama jangan nak candy-candy kan Rissa eh." Arissa yang sedang bersila di atas katil hanya memandang mata mamanya.

"Haish, anak dara sekor ni. Semalam Rissa yang janji dengan mama lepas Rissa balik kerja petang semalam. Cuba ingat balik." Rissa cuba mengingat balik janjinya itu.

Arissa meletakkan jari telunjuknya ke dagu dan mendongak sikit kepalanya ke atas. Masih cuba untuk meningat. Ting! Dia sudah ingat.

"Ha, dah ingat ke belum."

Arissa perlahan lahan mengangguk kepalanya.

"Sekarang apa yang perlu Arissa buat?" Puan Farisha memandang anak mata anaknya.

"Mandi,bersiap dan keluar dengan mama." Arissa masih bermain dengan jari jemari salehhh. Eh salah. Jari-jemarinya.

"Good, i give you 30 minute only." Arissa hanya melihat pemergian mamanya dengan ekor mata.

Malasnya mahu bersiap. Arissa menghembus nafas. Nak taknak dia kena bersiap. Haih dugaan. Arissa terus mencapai tualanya untuk membersihkan diri.

Arissa hanya mengenakan hoddie biru dan seluar panjang bewarna hitam. Rambutnya pula mengikat Pony tails. Dia memakai kasut berjenama Vans. Simple tapi menarik bagi Arissa.

Arissa melihat dirinya di cermin meja solek. Dia tidak bertacap sangat. Dia hanya mencalit sedikit lip balm dan memakai blusher. Arissa jarang bermakeup tebal kerana dia malas mahu mencuci.

"Beautiful.." Arissa mengenyitkan matanya ke cermin lalu keluar dari biliknya. Dia ingin ke ruang tamu.

"Hai baby, cantik-cantik nak pergi mana." Arissa menoleh ke arah Luth.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now