BAB 8

1.9K 112 7
                                    

Dipagi hari yang indah itu, Diserikan lagi nyanyian Arissa Amanda. Indah ke?

"Jangan galau,jangan pusing,jangan dipikirin."

"1,2,3,4"

"AYUH KITA HAPPY HAPPY. KITA GOYANG DUA JARI. KANAN KIRI KANAN KIRI PUTER PUTER JARI.!!!!"

"AYUH KITA GOYANG DUA JARI BIAR KITA HAPPYYYY!!!!" Sambung Arissa lagi.

Pagi-pagi Arissa sudah bangun dan memasakkan familynya nasi goreng.

"Masya-Allah Arissa Amanda!!! Dah lah cantik,comel berseri, pandai masak. Yang paling penting Rajin pulak tu. Bertuah suami aku dapat isteri yang rajin macam aku ni." Arissa hanya puji diri sendiri sambil bertepuk tangan bangga.

Arissa yang sedang menghidangkan makanan terus berhenti seketika bila dia mendengar bunyi loceng di pintu rumahnya. Laju sahaja kaki Arissa ke pintu rumahnya. Dia membuka pintu rumahnya. Terbuntang mata Arissa melihat seorang yang berdiri di hadapannya itu.

"Suprise!!!!!" Zarra teriak.

"Oh My Gucci!!!! Zarra!!! Rindunya awek aku ni!!" Arissa memeluk Zarra dengan erat. Taknak lepas tu.

"Aku pun rindu awek aku ni. Lama tak jumpa dia ni." Zarra membalas pelukan sahabatnya. Dia turut rindu pada Arissa.

"Jom lah masuk aku baru siap buat nasi goreng. Kau kena rasa masakan aku ni." Arissa tersenyum bangga.

"Hok aloh,tiba-tiba rajin ni dah kenapa" pelik Zarra melihat perangai Arissa yang sekarang. Dulu Kemain dia lah paling termalas antara aku dan Fahim. Mungkin dunia dah terbalik.

"Entah. Aku tiba-tiba pulak rasa rajin nak buat macam mana kan."

"Cop,cop,cop. Wey aku nak tumpang tandas kejap. Perut aku mulas-mulas lah." Kaki Zarra terkepit kepit.

"Ha pergi lah, bilik aku kat atas,hujung. Kau masuk pintu yang ada tulis. Anjay senggol dong." Berkerut dahi Zarra. Pelik-pelik sahaja.


Luke yang baru keluar dari biliknya terus kakinya melangkah ke bilik Arissa. Dia mahu mengejut Arissa. Dia pasti yang Arissa sedang terbongkang sekarang di atas katil. Baru sahaja dia ingin memulas. Ada orang yang membuka pintu bilik ini dulu dari dalam. Mungkin Arissa?

Terkedu Luke melihat seorang gadis yang amat cantik. Gadis itu memakai baju kurung bewarna merah jambu cair dan tudung bawal berwarna cream. Gadis itu tidak memakai sebarang make up. Gadis itu hanya memakai lip glos berwarna pink. Sangat cantik.

"Aw-awak siapa eh?" Zarra tergagap sikit bila menyoal. Dia takut bila lelaki di hadapannya asyik merenungnya dari atas hingga bawah. Meremang babe.

Luke masih dalam imaginasinya sendiri. Jadi dia hanya mengendahkan sahaja soalan gadis cantik itu.

"Awak? Ouh awak?" Zarra melambai lambai tangannya ke wajah kacak lelaki di hadapannya ini.

Zarra mendengus geram. Lelaki ni dah kenapa asyik memandang dia sahaja. Seram tahu tak. Ish ini abang Arissa ke?? Mungkin betul?? Entah lah. Akhir sekali Zarra terus menepuk kedua dua tangannya.

Luke yang tersedar akan tepukan kuat itu terus memandang gadis di hadapannya. Ya Allah aku leka sangat ke tadi. Gadis di hadapannya ini panggil dia ke???

"Ha?"

"Awak, awak siapa??"

"Luke, abang Arissa. Kau siapa?"

"Saya Zarra Sophia. Kawan baik Arissa." Zarra tersenyum lebar waktu memperkenalkan dirinya tadi.

Luke terus berjalan laju masuk balik ke biliknya. Berkerut dahi Zarra. Kenapa dia blah macam tu je. At least bagi lah salam. Hump.

Lepas je Luke  menghempas pintu biliknya. Dia terus bersandar di pintu lalu memegang dadanya yang berdegup kencang.

"Dah kenapa dengan dada aku ni. DUP dap DUP dap ni." Luke mengomel sendirian. Tiba-tiba fikiranya keluar wajah manis Zarra Sophia. Apa lagi dada Luke lagi berdegup kencang.

"This is not you Luke. Takkan kau dah fall in love dengan gadis kau baru jumpa beberapa minit lepas. Tak logik bodoh." Luke meraup rambutnya ke belakang.



"Lamanya kau kencing."

"Weyh aku nak tanya ni. Kau ada berapa abang?" Malas dia mahu menjawab soalan Arissa. Soalan dia lagi penting.

"Aku ada 3 je abang. Kenapa kau ni?" Jawab Arissa. Pelik je Zarra ni. Dah kenapa tanya pasal abang dia pulak.

"Tiga?? Bukan 2 je ke. Setahu aku abang kau hanya Lucas dan Luth je kan?."

"Nope babe. Abang aku ada 3 sahaja. Luke,Lucas dan Luth. Untuk pengetahuan kau, diorang bertiga adalah kembar." Terang Arissa.

Melompong terus mulut zarra bila Arissa berkata "diorang bertiga kembar!?!? Serius lah. Tapi asal muka diorang tak sama langsung."

"Tutup mulut tu. Kang tak pasal-pasal buaya masuk." Arissa menjeling Zarra.

"Ish. Apa pula buaya yang nak masuk mulut aku ni sial." Zarra menampar manja bahu Arissa. Pelik2 lah si Arissa ni.

"Dah lah. Sebok je nak tahu pasal abang aku. Dah tersuka ke. Tak kan, jadi Jom kita makan."

Suka? Rasanya belum tersuka lagi.

TBC

VOTE

Okey 3 update for today. Lepas exam baru saya sambung Update!!!

AriqRissa: His Little CherryNơi câu chuyện tồn tại. Hãy khám phá bây giờ