BAB 1

2.5K 101 5
                                    

Bodoh ah,mana jantan ni. Aku dah kata aku sampai Malaysia pukul 11 pagi. Ni dah pukul 11:30 batang hidung pun aku tak nampak." Rengus Ariq.

Ariq mengeluarkan telefon dari poket seluar kanannya. Ariq mendail nombor sahabatnya. Dia meletakan telefonnya di telinga.

Tut...tut...

Yow, whats up.

Ariq tercengang. Tak rasa bersalah ke mamat ni. Dia dah lah tak ambik aku lagi kat AirPort ni.

"Yow,yow Mende. Kau kat mana sekarang.

Kat rumah ah. Kan harini hari Sabtu. Siapa je berkerja.

Panas je telinga Ariq mendengar perkataan kat rumah ah.

"Sekarang baru aku faham." Ariq mengetap rahangnya.

Apa yang kau faham ni nyah.

"Dekat rumah ye..."

Haah. Dekat rumah lah.

"Tengku Dayyan Louis."

Y-ye. Dayyan menelan air liur nya. Dia ada buat salah ke.

"Kenapa kau kat rumah!! Aku suruh kau ambik aku kat AirPort pukul 11 kan!!! Kau lupa ke setan!!!" Ariq tidak peduli bila semua mata-mata memandangnya. Yang penting sekarang dia tengah geram akan sikap kawannya itu.

Ar-riq sorry wey,aku lupa. Tak tipu aku betul-betul lupa kau balik harini. Sabar jap aku pergi AirPort sekarang jugak.

"Kau memang fu-." Tak jadi Ariq nak mencarut kerana Dayyan sudah menamatkan panggilan.

Ariq mendengus geram. Dengan kasar dia menyimpan iPhone 13 dia ke dalam poket seluarnya.

Ariq dari jauh sudah nampak kelibat Dayyan yang berlari ke arahnya. Buang tebiat ke apa senyum lebar pastu tangan dah terbuka untuk memeluk badannya.

Tidak sempat Dayyan mahu memeluknya. Ariq terlebih dahulu menunjukan penumbuknya ke wajah sepupunya.

"Wey bro apa khabar?" Dayyan menyapa Ariq dengan baik.

"Tak payah nak Ber apa khabar lah dengan aku. Dah buat salah tu buat cara dah bersalah." Ariq menjeling Dayyan dengan tajam. Setajam cintaku padamu. Joke.

"Alaaa bro. Kan aku dah kata aku lupa. Kau pun tak reti nak ingat kan aku." Dayyan memeluk bahu sahabatnya.

"Tepi ah kau. Bawak beg aku ni. Kau ingat cuaca Malaysia ni macam cuaca kat Australia ke." Ariq menepis kasar tangan Dayyan yang ada pada bahunya. Rimas.

"Okey apa kata aku belanja kau makan. Amacam." Dayyan menjongket 3 kali keningnya.

"Okey tapi lain kali. Aku nak kau hantar aku kat rumah family aku. Dah lambat." Ariq bersetuju sahaja dengan permintaan sepupunya. Malas mahu gaduh lama-lama.

"Cun, lets go buddy." Dayyan terus mengempit kepala Ariq di bawah ketiaknya. Rasakan lo.

"Woi lepas,lepas. Busuk siot. Kau tak mandi ke?" Ariq meronta mahu Dayyan melepaskan kepalanya dari ketiak Dayyan. Namun hampa. Dayyan mengerat kan ketiaknya.

Ariq hanya pasrah. Tawakal. Redha. Sepenuhnya kerana mendapat kawan dan sepupu macam ini. Haih.



"Asslammualaikum Mummy,Ariq dah balik." Ariq membukak pintu rumahnya lalu terus membawa kakinya ke dapur.

"Waalaikummussalam, ya Allah anak aku. Rindunya Mummy kat anak Mummy sorang ni." Puan Aliya terus memeluk tubuh tegap anaknya itu. Melepas kan rindu katanya.

"Denniz pun rindukan Mummy." Ariq turut membalas pelukan mummynya.

"Pergi bersihkan diri kat atas dulu. Nanti bila Derron,Derrisa dan daddy balik kita makan sama-sama. Mummy ada masak makanan favourite Denniz. Tomyam ayam." Ariq hanya mendengar sahaja celoteh mummynya.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now