BAB 36

1K 101 5
                                    

"AIRIS!!!" Jeritan Que membuat Arissa dan Ariq terperanjat. Que merempuh pintu wad dengan kasar lalu dia berlari pada Arissa.

"Kau okey tak? Ada cedera kat mana-mana? Siapa buat kau? Baik kau cakap sekarang.!!" Soal Que dengan gelabah. Que terus memeluk Arissa dengan erat. Tanpa Que sedar mata biru Ariq menikamnya sekarang.

"Eiii lepaslah! Aku ok je!! Gelabah teruk lah." Jawab Arissa dengan rimas. Que memeluknya dengan erat. Nak sesak nafas Arissa dibuatnya:

"Thanks god!" Que melepaskan nafas lega.

"Ehem" Ariq berdehem. Dia sudah panas hati. Suka hati mak nenek Que je memeluk isterinya. Dan paling sakit isterinya langsung tidak tepis.

Seolah-olah suka.

"Bro.." Que sedikit terkejut melihat Ariq terlentang di katil hospital itu. Bagaimana dia tidak perasan dengan kehadiran Ariq.

"Lepas." Arah Ariq dengan ringkas dan padat. Que seakan baru tersedar yang dia sekarang sedang memeluk isteri Ariq cepat-cepat melepaskan pelukan.

Memang mati kau lepas ni Que.

Mata Ariq yang masih menikam tajam mata Que membuatkan Que ketar ketir.

Wajah Ariq sekarang sangat lah gerun. Namun, bukan hanya Que sahaja ketar ketir akan tetapi Arissa juga sama.

Masing-masing mengelak dari memandang wajah dingin Tengku Ariq Denniz.

Seram.

  Lepas sahaja kejadian Que memeluknya, terus Ariq langsung tidak bercakap dengannya. Bila dia bertanya Ariq hanya balas 'hmm' atau geleng dan angguk.

Cis orang tua ni! Kalau merajuk buruk rupanya. Macam macam cara Arissa buat untuk memujuk sang suami. Asal dia nak cuba je Ariq dengan pantas mengelak.

Macam mana dia mahu pujuk!!

Ariq sekarang sedang menonton anime di ruang tamu. Dan Arissa pula berada di dapur. Arissa sedang membuat Air Ais Americano untuk baby tua yang tengah merajuk itu.

Arissa mengacau air Americano itu dengan penuh kasih 'sayang'. Siap sahaja Air Ais Americano, Arissa terus melangkah ke ruang tamu.

"Ais Americano untuk Hubby Tercinta Arissa." Ujar Arissa dari tepi sofa. Sekarang Arissa sedang berdiri di tepi Ariq.

Ariq memandang Arissa sekilas sebelum matanya kembali ke TV. Panas je hati Arissa bila Ariq tidak langsung ambik Air kasih sayang yang dia buat.

Baru sahaja Arissa mahu bersuara Ariq sudah menadah tangan pada Arissa. Arissa tersenyum dalam diam bila Ariq mahu Air yang dia buat.

Tanpa menunggu lama Arissa memegang tangan Ariq. Sedikit terkejut Ariq namun wajah ketatnya harus dipaparkan.

Arissa melutut di hadapan suaminya sambil memegang erat tangan Ariq. Glass Ais Americano di letak dia atas meja.

Perlahan-lahan Arissa mencium tangan Ariq sekilas. Lagi sekali Ariq terkedu. Namun dia hanya diam dan tunggu tindakan lanjut oleh Arissa.

"Thank you." Ucap Arissa dengan ikhlas sambil menatap mata kegemarannya. Iaitu mata biru Ariq.

"Thank you for what?" Tanya Ariq dengan dingin. Ariq turut menatap lembut mata hazel Arissa.

"Thank you sebab cemburu dengan baby, merajuk dengan baby. Tu maknanya Hubby sayangkan baby kan." Luah Arissa dengan tersenyum manis pada wajah kacak Ariq. Ariq pula memandang tempat lain.

Dia mudah tergoda dengan senyuman manis isterinya.

"Que sayang saya tak?" Usik Arissa menggunakan nama Que. Saja nak gurau manja dengan suaminya.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now