BAB 22

1K 81 5
                                    

  "Awak, bangun.." Arissa mengejut Ariq yang masih lagi dibuai mimpi. Arissa mengejut lagi sekali tetapi masih tiada sahutan langsung. Aik tak terjaga langsung ye.

"Awak bangun lah, Jom solat subuh sama-sama." Arissa menggoncang-goncang tubuh Ariq. Ariq hanya mencelikkan matanya sesaat lalu dia membelakangi Arissa. Dia tidak tahu kenapa dia mengganguk sangat.

"Ngantuk lah. 5 minute lagi aku bangun." Kata Ariq sambil matanya tertutup. Arissa berdecit sedikit. Ini lah lelaki tak habis-habis dengan perkataan 5 minute. Sembang je nanti.

"No ngantuk-ngantuk. Jom kita solat subuh sama-sama." Arissa masih lagi memujuk Ariq. Tangan Ariq ditarik dengan kuat. Tapi, sengaja Ariq memberatkan tubuhnya. Malas teramat mahu bangun.

"Kau ambik lah wuduk dulu. Bagi aku tidur sekejap." Ariq memberi lagi alasan. Matanya terlalu berat untuk buka. Tubuhnya juga teramat berat mahu bangun.

"Bangun sekarang Tengku Ariq Denniz!" Arissa mula berkata dengan tegas. Guna cara lembut tak jalankan jadi mari kita guna cara tegas.

"Ish, kau ni." Akhirnya Ariq bangun dengan malas. Dia mengusutkan rambutnya akibat terlalu mengantuk dan malas. Arissa pula sudah senyum kemenangan.

"Saya ambik wuduk dulu. Jangan tidur ye.." Awas Arissa. Baru sahaja Arissa mahu bergerak ke tandas. Tiba-tiba tangannya ditarik kuat oleh Ariq. Serta merta tubuhnya terduduk atas riba Ariq.

Pipi Arissa mula berona merah. Dah kenapa mamat ni tiba-tiba tarik aku ni. Huwaaa mama help me!!!

"Kau tertinggal lagi satu perkataan." Berkerut Arissa memandang Ariq. Perkataan apa pula ni. Pipi aku dah merah-merah ni. Kau boleh pula nak perkataan sekarang.

"P-perkataan apa?" Tergagap Arissa. Dia terlalu malu sekarang dengan keadaan dia rapat ya amat dengan Ariq.

"Perkataan yang kau kemain lagi panggil aku waktu kat meja makan semalam." Kata Ariq lagi. Dia hanya merenung mata Hazel Arissa.

"Oh...Hubby?" Tergelak kecil Arissa dibuatnya. Lah perkataan ni ke? Aku ingatkan apa lah.

"Awak nak saya panggil awak hubby?" Ariq hanya diam sahaja. Angguk tidak geleng pun tidak. Perbuatan Ariq membuatkan Arissa mahu mengusik lagi.

"Okey hubby, Hubby it is?" Arissa mengusik Ariq lagi. Comelnya dia lihat telinga Ariq mula memerah.

"Betulkan Hubby?" Ariq masih berdiam. Dia hanya merenung dalam anak mata Hazel Arissa.

"Ke baby?" Ariq sudah memejam matanya. Telinga dia sudah makin merah. Lagilah Arissa mahu usik hubbynya lagi.

"Or hubby sayang?" Arissa menutur ayatnya sambil tersenyum lebar menampakkan barisan gigi putih Arissa.

"Hubby.." panggil Arissa dengan nada manja. Ariq terus menolak tubuh Arissa ke tepi. Lalu dia bangun dari duduk dan melangkah kaki ke bilik air.

"Eh hubby.. nak pergi mana?" Ariq hanya menghiraukan sahaja bila Arissa memanggilnya begitu.

"Comel lah telinga Hubby merah-merah!! Gigit kang!!" Arissa menjerit sedikit kuat supaya Ariq yang berada di tandas boleh mendengar.

Ariq yang mendengar isterinya tidak habis lagi mahu mengusiknya. Makin merah telinga Ariq dibuatnya.

"Shit! Kau merah sangat ni kenapa?" Cakap Ariq sambil memandang cermin. Gelak Arissa hanya diabaikan sahaja.

"Hubby!!" Terkejut Ariq dibuatnya. Ariq yang baru sahaja membuka pintu bilik air tiba-tiba Arissa menterjahnya.

"K-kau ni k-kenapa d-dekat-dekat." Arissa menahan ketawa mendengar Ariq tergagap-gagap. Asal comel sangat ni hubby.

"Hubby..." Arissa memanggil Ariq dengan nada menggoda. Dia mengunci pergerakan Ariq dengan tangannya.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now