BAB 37

708 51 1
                                    

"Adrian, bawak aku pergi ke lokasi Dragon skrg! Now!!" Adrian terus memandang hairan ke arah Arissa yang terlihat sangat tergesa-gesa. Riak wajah Arissa juga agak menyeramkan.

Apa kes ni?

"Tapi Ar-." Adrian baru sahaja mahu bertanya tidak mahu bagitau Ariq ke tentang ni? Awal-awal Arissa sudah sampuk.

"Tak payah! Faster Han Adrian!!!" Tanpa memikir panjang Adrian terus masuk dalam kereta sebelum bergerak ke lokasi Dragon.

Sempat Adrian memberitahu hal ini pada Tengku Ariq Denniz dan Ahli Mysterious Shark.


Dragon sedang elok bersantai sambil menghisap rokok yang diapit oleh bibir hitamnya. Dragon tersengih sinis tatkala anak buahnya berjaya menikam peha Arissa masa konco Dragon serang Arissa dekat Italy. Dan secara tiba-tiba gelak terbahak-bahak. Dia masih belum puas.

"Boss! Ada Amoy mahu jumpa lu." Terhenti gelak ketawa Dragon tatkala anak buahnya mengatakan ada betina mahu jumpa samanya.

"Mana Amoy kau kata tu?" Soal Dragon. Sambil matanya meliar-liar mencari amoy yang dikatakan oleh anak buahnya.

"Amoy itu tunggu depan pintu utama. Katanya dia rindu sama boss." Jawab anak buah Dragon.

Rindu?

Betina mana yang berani cari dia sampai ke sini? Betina yang pernah bersama dia ke selama ni? Agaknya Ayu? Trisha? Mei ling? Shasha? Fiffy? Alicia? Siapa?!?!

Dragon dengan pantas melangkah ke ruangan masuk yanh ditunggu oleh gadis yang merinduinya.

Gadis itu memakai mask dan hoddie hitam yang menutup rambut gadis tersebut.

"Hai beautiful, you rindu i ke baby.." Kata Dragon dengan menggoda. Wajah Arissa disebalik mask tersenyum sinis. Rindu kepala tokmu!!

"Aku datang sini nak balas dendam!" Ujar Arissa dengan penuh makna.

"Balas dendam? Kau siapa?" Dragon memandang tajam pada gadis yang datang dari mana pun dia tidak tahu.

Arissa pula rasa nak tergelak sahaja. Dia rasa kelakar pula.

Arissa mula melangkah mendekati Dragon.

Apabila sudah berada dihadapan Dragon. Arissa mula membuka masknya dan turunkan hoddie yang menutup kepalanya. Bibir Arissa mengukir senyuman sinis pada Dragon yang sedang kecut melihatnya.

"Hai Dragon! Kenapa pandang i macam tu? Takut ke tiba-tiba i boleh berada di depan you sekarang?" Tanya Arissa dengan nada dibuat gedik.

"A..Ai...Airis.." Senyuman sinis Airis terus mati tatkala Dragon mula bersuara. Dia jijik mendengar suara jantan taik kucing ni!

Tubuh Dragon ditolak kasar. Dragon yang hilang keseimbangan terus tersungkur jatuh. Tidak sempat Dragon mahu membangkit Arissa terus pijak kuat dada Dragon dengan kasut tumitnya.

"Kau ni kan Dragon memang tak serik lagi kan. Suka sangat buat taik dengan aku. Kau tahu tak apa perasan aku nampak anak buah taik kau tu tembak suami aku?!! Kau tahu tak!?!?" Wajah Dragon dipandang penuh benci!

Pisau kesayangan Airis yang berada di poket seluarnya dikeluarkan. Dragon yang melihat mata pisau yang sedang menghala ke lehernya terus meronta.

Airis mula mengukir semula senyuman sinis.

Rambut Dragon dicengkam kuat. Sekuat-kuat hatinya. Rontaan Dragon diabaikan. Langsung tiada rasa belas kasihan.

ZAP!!!

Dragon menjerit sakit apabila mata pisau itu ditikam pada bahagian paha.

"Kau suruh taik taik kau tu serang aku dan suami aku!! Suami aku!! Kau tahu tak suami aku masuk hospital!! Dan ini semua disebabkan kan kau Dragon!!!" Bentak Airis.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now