BAB 34

820 73 4
                                    

"Aku nak keluar kejap. Nanti ambik aku pukul 3. Aku share location." Kata Arissa pada Adrian.

Adrian hanya mengumam sahaja. Malas dia mahu bertanya kemana Arissa mahu pergi. Dia bukan lah seperti Ryan dan Daniel. Yang selalu sangat sebuk tentang kisah hidup orang.

Serupa seperti makcik bawang!!


"Im Carl Que William. Today i just want to make some announcement. That Arissa Amanda or Miss Rissa. Its not My girlfriend. I repeat. Not. My. Girlfriend." Kata Que pada wartawan sebelum melangkah pergi.

Semua wartawan mula bisik dan kecoh tentang pengakuan terkini yang dibicarakan oleh Carl Que William.

Arissa yang duduk di Cafe sambil menonton berita Que yang dia adalah bukan milik Carl Que William.

Setelah 20 minit dia habiskan masanya di cafe tersebut. Akhirnya dia balik jua. Lagipun sudah mahu dekat pukul 3.

Tidak lama lagi Adrian akan menjemputnya.

Sedang Arissa berjalan sendirian. Tiba-tiba satu tangan menekup mulutnya dengan sehelai kain. Arissa meronta-ronta.

Namun, Arissa tidak sempat untuk berlawan. Matanya sudah terpejam. Dunianya sudah gelap.

Pengsan.

Ariq mencepung tubuh Arissa lalu meletakkan perlahan-lahan atas katil. Ariq duduk di birai katil sambil memandang wajah cantik Arissa.

Dia terpaksa buat macam ni.

"Im sorry baby...aku terpaksa." Kata Ariq dengan serba salah buat Arissa begitu.

Sementara menunggu Arissa bangun, dia bersihkan dirinya terlebih dahulu.

Arissa yang baru sahaja mencelik mata. Terus bangun dari perbaringan. Ini bukan rumah dia. Dia diculik.

Mata Arissa mula melilau mencari telefonnya. Namun hampeh. Tiada langsung barangnya.

Tiba-tiba pintu bilik air yang berhadapan dengan katil terbuka. Ariq keluar dengan sehelai tuala dipinggang.

Terbutang mata Arissa melihat kelibat Ariq. Ariq ke yang menculiknya. Tapi takkan Ariq nak culiknya pula kan.

"Dah bangun?" Tanya Ariq sambil mengelap rambutnya yang basah.

"Tak lah! Tengah tidur lagi." Perli Arissa. Geram dia terhadap Ariq. Lagi-lagi bila Ariq sedang gelakkan dirinya.

"Asal garang sangat kau ni." Kata Ariq yang masih tersisa gelaknya tadi. Comel sungguh isterinya.

"Kenapa awak culik saya!" Tanya Arissa. Ariq terus berhenti ketawa mendengar soalan Arissa.

"Saja. Salah ke?" Jawab Ariq dengan tenang.

"Salah lah. Tak pernah dibuat orang lagi Suami culik isterinya." Ujar Arissa dengan geram. Dia terlalu geram dengan Ariq.

"Rilek lah. Aku culik bini aku je pun. Bukan culik bini orang." Gurau Ariq.

"Ouh...kalau awak curi bini orang...saya tak teragak agak nak potong tangan awak ye." Ugutan Arissa membuatkan Ariq susah untuk menelan air liur sendiri.

Lepas sahaja dia tahu yang bini dia mafia terus dia jadi takut ingin mengugut Arissa dengan kerap. Kerana Arissa juga akan mengugutnya balik.

"Tunggu sini. Aku nak pakai baju dulu." Kata Ariq.

Lepas sahaja Ariq memakai pakaian ditubuhnya.lalu di bergerak ke katil yang diduduki oleh Arissa.

Ariq merenung mata Hazel Arissa manakal Arissa turut merenung mata biru Ariq. Masing-masing melepaskan perasaan rindu.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now