BAB 40

659 56 4
                                    

"Mana Adrian?" Tanya Ryan pada Daniel dan Leo. Sekarang ni mereka berada di hadapan wad Arissa. Disebabkan kami bosan jadi Ryan memberi idea untuk pergi melawat Arissa Amanda.

"Entah. Tandas kot." Jawab Daniel dengan ragu-ragu. Dia pun tidak tahu mana Adrian tu pergi. Tadi elok je jalan sebelah aku. Eh tup tup hilang.

"Ok jantan tu biarkan. Sekarang ni kita oh som siapa nak masuk dulu. Kalau taknak oh som kau je lah Niel masuk dulu." Membulat mata Daniel tatkala namanya dipetik.

"Apahal aku pula! Suruh Leo." Daniel petik nama Leo pula.

"Aku yang diam dari tadi pun kena ke? Taknak aku." Tolak Leo. Kenapa dia yang harus masuk dulu?

"Ok kita oh som." Ujar Ryan.

"Oh som!" Kata mereka bertiga serentak. Ryan membuat burung, Daniel pula membuat air manakala Leo Buat sama seperti Ryan. Burung.

So disini kita tahu pemenangnya adalah Ryan Dan Leo.

Ryan dan Leo bersorak gembira namun tidak pada Daniel. Dia kemurungan kerana kalah.

"Jadi Tuan Nash Daniel sila membuka pintu untuk kami berdua." Kata Ryan sambil menahan ketawa melihat muka cemberut Daniel.

Daniel tanpa kata terus membuka pintu wad Arissa Amanda dengan perlahan. Mereka bertiga mendekati katil yang Arissa baring sekarang.

Mereka bertiga tekun melihat wajah Arissa yang pucat. Akan tetapi walau bagaimana pun Muka Arissa pucat namun kecantikannya sentiasa menyerlah.

"Aduh!" Ngadu Niel tatkala Ryan menampar kasar tangannya. Sakit tahu tak!??

"Jangan usik lah!" Marah Ryan. Daniel yang tadi memicit pipi Arissa terus menarik tangannya kembali.

Sempat Daniel menjeling tajam pada Ryan. Leo pula mampu menggeleng kepalanya sahaja. Penat nak layan.

Tiba-tiba Leo merasakan tangan Arissa bergerak dan dahi Arissa juga berkerut. Bukan Leo saja yang perasan, Ryan dan Daniel juga perasan.

Masing-masing diam.

Arissa mencelik mata dengan perlahan. Bukak saja mata, wajah Ryan, Leo dan Daniel menyapanya.

Ryan, Leo dan Daniel terkaku saat Arissa melihat mereka sambil tersengih-sengih gedik.

1
2

"Hai abang-abang handsome! Single tak??" Ujar Arissa sambil tersipu malu.

"ARGH!!!!!" Jerit Ryan, Daniel dan Leo.

"ARGH!!" Diikuti oleh Arissa sekali.


"Kenapa dengan Arissa?!" Soal Ariq yang baru sahaja sampai ke wad Arissa. Dari pintu utama hospital lagi dia sudah dengar jeritan isterinya.

Dan 3 ekor beruk tu.

"WEYH ARIQ! AKU RASA BINI KAU NI DAH GILA!" Ujar Daniel. Leo dan Ryan mengganguk apa yang dikatakan oleh Daniel.

"Kau merepek apa sial!" Maki Ariq. Berasap kepalanya tatkala Daniel mengatakan bininya gila.

"Hisk..hisk.." Kemakian Ariq terhenti apabila suara seseorang yang sedang menangis teresak esak. Laju saja dia melangkah ke katil Arissa.

"Baby.." panggil Ariq dengan lembut. Baru sahaja dia ingin menyentuh tangan lembut sang isteri, Arissa menepis.

"Angan entuh Ecah!!" Bentak Arissa tiba-tiba. Ariq, Ryan, Daniel dan Leo tergamam seketika.

Masing-masing batu kecuali Arissa.

"Nape engok Ecah acam tu!!" Lagi sekali para lelaki kacak itu terdiam. Masing-masing lidah menjadi kelu.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now