BAB 18

1.1K 70 5
                                    

  "Amanda bangun. Kita dah sampai." Dia mengejut Arissa dengan nada yang lembut.

Arissa merengek kecil lalu melenakan dirinya balik. Eh budak ni nak kena tangkap basah dengan aku ke.

Ariq melihat rumah Arissa sudah pun gelap gelita. Mesti semua orang dah tidur kan sekarang. Arissa ni pula taknak bangun. Haih.

"Fikir Ariq Fikir...argh!! Asal tiba-tiba jadi lembab ni sial. Dah nak mampus ke. Bodoh!" Kata Ariq sendiri. Cukup dia sorang je dengar.

Setelah lama berfikir dia membuat keputusan untuk mengangkat tubuh Arissa. Ini je jalan dia. Kau expect apa? Aku dah tak ada idea. Otak pula taknak beri kerjasama.

Ariq berjalan keluar ke arah penumpang bahagian depan. Dia membongkok kan sedikit tubuhnya. Ariq membuka perlahan tali pinggang kereta di tubuh Arissa. Belum sempat dia mahu mengangkat Arissa tiba-tiba....

"Astaghfirullah!!! Apa yang korang berdua buat ni!!" Kata sorang ahli pejabat agama.

Guess what?

Mereka berdua kena tangkap basah.

Shit!

"Aunty, Uncle Ariq langsung tak buat apa dekat Amanda. Sumpah Ariq kata. Ariq hantar dia balik sebab kereta Arissa tak boleh start tadi" terang Ariq. Ni kalau tak percaya aku tak tahu lah nak kata apa.

"Aunty dan Uncle tak percaya Ariq ke?" Ariq mengeluh. Nak tak nak dia kena kahwin dengan Arissa lah juga. Gadis itu hanya diam dan langsung tidak membantah apa-apa. Pelik kan.

"Saya rasa encik terangkan macam mana pun tetap tidak kukuh. Elok ke berdua duaan dalam kereta pada waktu malam. Sudah lah tinted gelap. Jadi saya rasa kita kahwin sahaja mereka berdua. Saksi juga tiada." Kata Lelaki itu.

"Cik Arissa setuju ke?" Tanya Lelaki itu lagi.

"Setuju setuju!!! Saya suka saya suka!! Tak sabarnya!!" Arissa yang berkata itu semua memandangnya dengan pelik.

"Aku rasa baby aku ni dah tak betul. Kena tangkap basah pun suka nyah." Kata Luth. Lucas dan Luke mengangguk kepala mereka tanda setuju.

"Cuba kau tanya mama, waktu budak ni lahir ada masalah otak ke? Mana lah tahu lahir-lahir otak dah senget." Kata Lucas pula. Macam biasa Luke dan Luth mengangguk kepala mereka berkali kali.

"Boleh tak aku campak budak ni dekat Israel?" Kata Luke dengan perlahan. Cukup hanya mereka bertiga sahaja yang dengar.

"Tapi kan apa kena mengena dengan Israel dho." Bisik Luth dekat telinga Lucas.

"Angguk je lah. Kang menangis pula member." Bisik Lucas pula. Jadi mereka pun hanya mengangguk.

"Rissa...betul ke Rissa setuju ni." Pelik Puan Syu dengan perangai anak daranya.

"Kalau semua dah setuju. Kita kahwin je lah kan mereka berdua ni." Kata Lelaki itu.

"Baiklah saya setuju." Ariq tergamam melihat Tuan Ikmal. Kalau family Arissa dah setuju nak buat macam mana. Terpaksa lah dia mengikut.

Dia memang lah suka nak kahwin dengan buah hatinya. Tetapi dia taknak dengan cara ini.

"Saya mula ye." Ariq hanya mengganguk.

"Tengku Ariq Denniz bt Tengku Khair Rahman." Ariq menarik nafas lalu menghembusnya.

"Ye saya."

"Aku nikahkan dikau dengan Arissa Amanda binti Mohd Ikhmal dengan mas kahwinnya 1,500 ringgit tunai."

"Aku terima nikahnya Arissa Amanda binti Mohd Ikhmal dengan mas kahwinnya 1,500 ringgit tunai."

"Sah?"

"SAHH TOK  SAH!!" Kata Luth dengan penuh semangat.

Kepala Luth ditepuk kuat oleh Lucas dan Luke. Tak guna punya adik tahu memalukan keluarga je kerja.

Dengan sekali lafaz Ariq sudah pun menjadi suami kepada Arissa.

Allhamdullilah.

Air mata jantan Ariq hampir jatuh tapi cepat-cepat dia menahan. Buat malu je menangis depan orang.

"Huhuhu tak sangka baby Aku dah kahwin. Kita ni yang abang patut kahwin dulu. Ini tak single sampai mampos." Kata Luth dengan nada buat-buat sedih.

"Tak payah nak jadi babi kat sini. Lap air mata palsu kau tu." Kata Lucas. Bebel bebel pun. Still kasi tisu. So sweet..

"Korang dua je single sampai mampos. Aku tak." Luke berkata selamba lalu melangkah ke Puan Syu.

Lucas dan Luth memandang sesama sendiri lalu mereka berdua membulat mata dan ternganga mulut mereka.

Luke dah ada kekasih ke?

"You're mine Now My little Cherry." Bisik Ariq yang baru sahaja lepas sesi membatalkan air wuduk mereka. Tergamam Arissa dibuatnya.


"Ariq pergi lah masuk bilik Arissa dulu. Bersihkan diri. Besok sahaja lah kamu bagitau family kamu." Kata Puan Syu. Dia tahu menantunya penat.

"Baik Aunty."

"Apa pula Aunty. Panggil Mama je lepasni. Kamu dah jadi menantu mama dah pun." Kata Puan Syu lagi.

"B-baik mama." Agak kekok sikit mahu memanggil puan Syu dengan panggilan mama.

Ariq yang sudah berada depan pintu Arissa dipandang kosong. Nak masuk ke tak? Masuk jela.

Ariq mencari kelibat isterinya Namun hampeh batang hidung pun dia tak nampak. Kemana isterinya pergi?

CEYH isteri bhai.

Tanpa membuang masa Ariq terus membaringkan tubuhnya atas katil Arissa. Penat. Padahal akad nikah je. Mungkin dia berkerja harini tanpa rehat lepastu terus jumpa Arissa.

Arissa yang baru habis mandi itu hanya berkemban. Dia lupa mahu mengambil baju tadi. Sebaik bawak tuala. Arissa sedikit terkejut melihat Ariq yang sedang tidur itu.

Omo My husband guys.

Arissa menghampiri Ariq dengan keadaan masih berkemban. Nanti-nanti je lah pakai baju malas.

"Awak...bangun. Mandi dulu baru tidur." Kejut Arissa yang menepuk lengan Ariq berkali kali.

"Hmm.." Ariq yang baru mencelik mata terus terbuntang matanya melihat Arissa dalam keadaan berkemban. Tak reti nak pakai baju ke?

"K-kau nak goda aku ke apa? T-tak reti pakai b-baju ke?" Tanya Ariq tergagap gagap. Ariq menelan air liurnya. Dia ni lelaki tau. Nafsunya sudah bergelora.

"Goda? Awak nak saya goda awak ke?" Kata Arissa yang senyum menggoda. Tangannya gatal mengusap Dada Ariq dan beralih ke rambut Ariq.

"K-kau jangan baby..aku ni lelaki tau." Budak ni biar betik tangan tu tak reti duduk diam ke. Suka hati dia je usap rambut aku. Dia tak tahu ke dia seksi sekarang ni.

"Memang lah awak lelaki takkan lah pondan pula." Geram sahaja dia melihat isterinya menggelakan dia. Tak boleh jadi ni. Dia sudah tak tahan.

Dia terus terbalikkan tubuh Arissa. Sekarang Arissa sudah berada di bawah dan Dia berada di atas Arissa.

"Ti amo marito mio." ( i love you My husband)   Ucap Arissa dengan jujur.

"Te quiero, mi esposa." (I love you My wife) Ariq mengucap penuh ikhlas dan jujur.

Ariq mengusap lembut bibir merah jambu Arissa. Lantas dia mencium bibir itu. Arissa hanya membalas perbuatan Ariq dengan hati terbuka. Ciuman itu makin lama berubah Makin rakus.

Setelah beberapa minit mereka bercumbu. Ariq melepaskan pautan. Wajah Ariq mula merah. Terkejut Ariq melihat bibir Arissa sedikit bengkak akibatnya.

"A-aku mandi dulu. Kau tidur lah." Kata Ariq sebelum dia menjauhkan tubuhnya dari menghimpap Arissa. Laju sahaja dia memasuki bilik air.

"Gelojoh sangat ke aku tadi. Oh shit jantung aku ni pahal laju sangat." Kata Ariq dihadapkan cermin bilik air.

"Eiiii sukanya sukanya nak lagi!!" Jerit Arissa yang menekup wajahnya dibantal. Malam ni malam tidur paling indah!!! Buat seorang Arissa Amanda.


TBC

VOTE

Haih tak sangka kena tangkap basah😭

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now