BAB 17

1.3K 78 6
                                    

Airis tersenyum sinis nama panggilan orang yang menelefonnya. Heh. Lepas menunggu berapa saat baru lah dia mengangkat panggilan itu.

"KAU MEMANG SIAL! MANA FAIL AKU! KAU YANG CURI KAN!! KAU MEMANG TAK GUNA!! BODOH!!"

Airis menjauhkan telefonnya dari telinga. Memekak. Dah jauh pun masih dengar bebelan orang tua kerepot ni. Padahal dia langsung tak loud speaker.

"Hello Tan sri. Aku nak tanya lah kan..kau perempuan ke? Tak ada lah jerit cam orang gila lepastu memekak macam makcik bawang. Serupa perempuan. Atau lebih tepat lagi serupa dengan Mak nenek kat luar sana." Kata Airis dengan pedas.

Panas hati Tan Sri Malik mendengar. Tan Sri Malik atau dikenali sebagai Dragon taik kucing. Puih.

"KAU MEMANG SI.."

"Aku? Sial? Aku rasa kau patut tanya diri kau lah. Aku bagi cadangan ye. Apa kata kau diri depan cermin lepastu kau tenung lama-lama. Kau tanya lah "wahai cermin..aku ni bodoh ke?"

Airis yang melihat dari CCTV bilik pejabat Dragon hanya tergelak kecil. Dasar bodoh. Tak sangka aku kau ikut apa yang aku suruh.

"Aku tak sangka kau terlalu bodoh. Paling takleh blah kau ikut apa yang aku suruh tadi. Stupido!"

Tergelak gelak Airis melihat kebodohan Dragon yang melihat dirinya di cermin.

"M-macam m-mana k-kau.." tergagap gagap Dragon mahu menutur ayatnya.

"Macam mana aku tahu? Kau lupa ke aku siapa? Im Airis The Greatness Hacker. Setakat godam CCTV pejabat kau ni. Celah gigi aku je lah."

Mendengar kata-kata selamba Airis dia rasa mahu menghempas iPhone 13 dia.

"Lagi satu pembetulan! Fail tu aku punya bukan kau punya." Kata Airis lagi sebelum dia sendiri mematikan panggilan.

Skrin hitam milik dragon di pandang dengan marah. Dia tamat kan panggilan macam tu je. Tanpa membuang masa dia terus menghempas kuat iPhone 13 miliknya.

"Merda!!" Carut Dragon.

"Punya tetangga namanya wawan!" Kata Ariyan

"Asalnya dari Portugis." Sambung Ariana.

Ariq memandang pelik pada Ariana dan Ariyan. Siapa wawan? Portugis? Pebenda ni?

"Lo gausah jadi jagoan."

"Nanti di bantai nangis!!!"

"Musik please!" Kata Ariyan yang sudah siap sedia mahu berjoget. Tanpa membuang masa Ariana membuka musik.

Mereka berdua pargoy di depan tv.

"Sah gila." Kata Ariq. Lalu dia terus melangkah pergi. Duduk situ lama-lama takut terjebak sekali je.

"Good morning Tengku!" Kata Hareez dengan mesra.

"Morning." Balas Ariq kepada PA dia. Wajah dingin dipaparkan. Tiada ada langsung sedikit senyuman. Terus dia masuk ke bilik office nya.

"Aku nak beli!! Tak kira aku nak beli 5 buah hotel!!" Jerit Ariyan dari dalam bilik pejabat Ariq.

"Apa tamak sangat kau ni! Lek ah!" Kata Ariana dengan nada tak puas hati. Tak sedar ke duit monopoly kau tu hampir bankcrup.

"Suka hati aku lah. Duit aku kan! Kau apahal. Dah miskin tu miskin lah." Ariyan Menjeling kakak tirinya dengan tajam.

"Eh budak mentah ni. Aku dah lama tak tembak orang jangan sampai peluru aku ni kena dalam mulut kau." Kata Ariana. Fikir aku tak boleh membalas ke. Ini Ariana Derrisa kot.

"Look I care, stepsister?" Baru sahaja Ariana mahu membalas. Ariq memotongnya.

"Kau buat apa menyemak kat bilik aku ni." Ingatkan tenanglah datang office. Tapi hampa kat rumah hadap muka dua monyet ni..kat office pun sama je.

AriqRissa: His Little CherryWhere stories live. Discover now