BAB 2 - REVENGE?

10.2K 324 9
                                    

Angin bertiup sepoi-sepoi bahasa, ombak menghempas pantai pabila tiba. Sesekali Ayra menyisir rambutnya. Sudah 7bulan dia tiba di Malaysia setelah menamatkan pengajian di Autralia. Apa yang terjadi di sana masih segar dalam ingatannya. Kesakitan yang dirasai masih berdarah. Takkan mudah untuknya melupakan apa yang sudah berlaku.

"Uitt, termenung apa tu?" sapa sepupunya, Alisa sekaligus mematikan lamunannya.

"Ish Lisa ni, terkejut tau! Kalau Ayra ada sakit jantung macam mana?" sedas cubitan hinggap di lengan sepupunya itu.

"Sakitlahhhhh Raa. Haha, kalau Raa sakit jantung, Lisa hantar lah pergi hospital." gurau Alisa memecah suasana.

"Jangan memain ae, kang Ayra balik tinggalkan Lisa sorang-sorang padan muka!" Ayra pura-pura merajuk. Apabila Alisa mendengar sahaja kata-kata Ayra, dia mula menggelabah. Mana taknya, dia yang beriya-iya memujuk Ayra untuk menemaninya oustation, first time dapat Greenlight dari majikannya pula tu. Selama ini, dia kebosanan apabila diarahkan untuk keluar kawasan demi tugasan hakiki. Habis meeting, dia akan terperap dibilik. Esok pula sambung meeting lagi. Alang-alang sepupunya tiada apa-apa kerja, lebih baik diajak teman. Taklah bosan sangat kan ? Mujur majikan nya tidak banyak soal.

"Aloloooo intan payung kita sorang nii. Lisa gurau jelah tadi. Jom Lisa belanja you makan Pizza kat pantai Chenang nak tak?" pujuk Alisa dengan nada manja. Alisa dan Ayra memang sangat rapat sejak mereka kecil. Panggilan aku-kau memang jarang bagi mereka sebab kasar bukanlah satu norma dalam hubungan kekeluargaan mereka. Walaupun Ayra ni tegas dan garang dengan orang lain, bila bersama keluarga, dialah yang paling lembut dan manja. Masa Ayra nak sambung belajar, macam-macam lah drama Alisa ni untuk menghalang Ayra ke luar negara. Mujur ibunya menghalang dan memujuknya agar memberikan laluan untuk Ayra mengejar impian.

"Ok lah, kalau bab makan ni Ayra kalah lah. Sebab Ayra suka makan! So tak jadi merajuk. Jom!!" dengan pantas Ayra menyahut. Yelah, jarang sekali dapat bercuti di Langkawi secara percuma. Makan minum mereka sepanjang disana turut ditanggung. Akan ku manfaatkan!

****************************************************

Sesekali matanya melirik kearah jam di tangan. Matanya melilau kesana kemari mencari kelibat Alisa. Hampir setengah jam dia ditinggalkan bersendirian di meja makan. Makanan yang terhidang hampir sejuk.

"Ayraa, sorry lambat." sapa Alisa sebaik tiba disisi Ayra.

"Alisa. Awak ke mana ye?" soal Ayra sambil matanya melirik kearah lelaki disamping sepupunya itu. Matanya redup, kening cantik terbentuk, hidung mancung, wajahnya sedikit bujur, dan yang paling menarik, matanya berwarna hazel. Sekali pandang, ada iras ala-ala Hrithik Roshan. Jika dianggarkan umurnya dalam lingkungan 40-an. 'Hm, not bad! Hensem jugak ya' desis hatinya.

"Sorry Raa, masa Lisa keluar tandas tadi, Lisa terserempak dengan boss Lisa. So, Lisa bawak sekali ke sini nak kenalkan dengan awak." kembang kempis hidung nya bila menerangkan hal yang berlaku. Apa tak nya, boss terlalu jaga kebajikan sangat. Siap tanya dengan siapa, ke mana dan warning jangan merayau keseorangan. Malas nak basa basi, dia heret sekali majikan nya itu agar tidak meninggalkan Ayra bersendirian dalam masa yang lama. Alang-alang kenalkan sekali sepupu kesayangan nya itu. Senang lah nanti dia nak bawak Ayra menemaninya setiap kali dia perlu oustation bersama majikannya itu.

" Ouh ya, Lisa nak kenalkan my boss, Dato Zackery. Boss, she's my cousin yang saya ceritakan tu,Ayra." Alisa perkenalkan mereka tanpa melengahkan waktu. Ayra hanya tersenyum dan sedikit menunduk tanda salam perkenalan. Walaupun Ayra belajar di negara asing, dia masih tahu untuk menjaga batas antara lelaki dan permpuan. Zackery juga turut menundukkan sedikit kepala sebagai tanda hormat.

"Ok ladies, I have to go. Enjoy your dinner. Your bills on me." kata zackery sambil mengenyitkan mata kepada kedua gadis dihadapan nya itu dan berlalu pergi. Cukup hanya perkenalan dan tidak perlu lebih baginya. Zackery seorang usahawan berjaya. Walaupun dia mempunyai ramai peminat dek kerana statusnya sebagai "Duda Hot", namun dia tidak berminat unyuk menjalinkan hubungan dengan sesiapa pun. Bagi Zackery, itu bukan suatu kepentingan dalam hidupnya.

"Ok boss. See you tomorrow" jawab Alisa sebaris dengan senyumannya. Apabila bayang majikan nya kian menghilang dari pandangan, dia menghela nafas lega.

"Macam mana awak boleh bawak boss ke sini?" soal Ayra pingin tahu.

"Tadi masa terserempak, kena soal macam-macam beb. Risau sangat lah staff dia ni merayau tak tentu hala. Dia jaga kebajikkan staff dia sebab tu banyak tanya. So, Lisa bawak lah terus kesini. Alang-alang biar boss tu kenal dengan Ayra, so boleh lah Lisa request nak bawak Ayra lagi." sengih Alisa meleret panjang. Haa ada lah tu akal dia. Ayra ingin bertanya lebih tentang majikan Alisa, namun dia membatalkan niatnya. Taknak Alisa pikir bukan-bukan pula. Bukan boleh percaya akal budak ni.

Sedang asyik menikmati juadah, mata Ayra tertangkap dengan sosok pasangan di meja hadapannya. Kemesraan mereka membawa Ayra mengimbau kenangan bersama Daniel. Yelah, cinta pertama. Bukan semudah itu untuk dilupakan.

"Ayra, are you okey?" soal Alisa. Dia perasan Ayra banyak termenung sejak pulang dari Australia. Dia tahu apa yang telah berlaku antara Ayra dan Daniel. Sejujurnya,hatinya turut merasai kesakitan saat melihat Ayra menangis apabila menceritakan kembali luka-luka yang ditanggungnya. Cubit peha kiri,peha kanan pun terasa. Geram,marah dan kecewa menjadi satu. Itu baru dirinya sebagai pendengar dan insan yang rapat, macam mana pula tuan badan yang menangunggnya? Pasti lagi sakit!

"Entahlah Lisa, I don't know how to describe about my feeling right now. I'm lost maybe." jawab Ayra dengan nada sedih. Hatinya kembali dirundum kekecewaan dan kerinduan. Rindu bukan tanda sayang, mungkin masih terperangkap oleh kenangan.

Tiba-tiba idea jahat melintasi benak akal fikiran Alisa. Dia taknak tengok Ayra tersakiti sendirian. Dia nak Daniel juga turut merasai kesakitan seperti Ayra.

"I have an idea. Why not you seek for revenge?" cadang Alisa dengan senyuman jahatnya. Sejujurnya, idea tu memang sudah ada dalam perancangan Ayra, cuma dia mengambil sedikit masa untuk laksanakan. Well, nak balas dendam perlukan masa dan strategi.

"Ayra memang akan balas dendam kat dia. Mulanya Ayra nak putus je tanpa ada rasa dendam. Dia pilih curang, so dia boleh teruskan hubungan dengan perempuan tu. Ayra rela undur diri. Tapi yang buatkan Ayra tak boleh terima, dari awal perkenalan kami, semua bermula dengan sebuah permainan. Ayra rasa bodoh gila. How could he plays with my heart for one year? One year Lisa, sakit sangat Ayra rasa. Sampai saat ni, api kemarahan tu tak pernah padam." airmata Ayra mula bergenang. Kesakitan yang ditahan, terhambur jua. Alisa mengenggam tangannya untuk memberikan sedikit kekuatan.

"So,what's your planning?"

"To be honest, I tengah investigate tentang family dia. Masa kitaorang bercinta, dia just bagitahu yang dia anak tunggal, mak dia dah meninggal dan ayah dia single father."

" Itu je ke dia cerita? Background family dia?" soal Alisa ingin tahu. Ayra menggeleng. Sememangnya Daniel sangat perahsia jika melibatkan hal yang lebih dalam mengenai keluarganya. Dia tidak pasti sama ada rakan terdekatnya tahu atau tidak.

"Nope. Dia tak pernah bagitahu. Sebab tu upah private investigator. All details PI dah ada. But I asked him to keep it till we going back to KL."

"Then, after dapat maklumat family dia, Ayra nak buat apa? Nak bagitahu ayah dia apa anak kesayangan dia dah buat kat you?"

"Hahaha, macam budak kecik lah Lisa nak mengadu kat bapak."

"Then?" cuorisity Alisa semakin meninggi. Kalau bukan nak mengadu, then.....

Alissa membutangkan matanya. Mulutnya sedikit ternganga. Rasanya dia dapat mengagak apa yang ada di fikiran Ayra. Walaupun Ayra tidak bercinta dizaman sekolah, tapi dia banyak 'mengajar' lelaki-lelaki yang sering menganggunya. Kan dah cakap, Ayra memang garang!

Seperti dapat menebak apa yang disangkakan Alisa, Ayra tersenyum panjang.

"Yes Lisa, for this time I take a risk. I will seduce his father!"

BINGO ! Tepat sangkaanya. Gila, ini benar-benar kerja gila. From ex-girlfriend to step-mother?

How I Married Your FatherDove le storie prendono vita. Scoprilo ora