BAB 11 - SAHABAT YANG TERPISAH

8.2K 297 14
                                    

AYRA membelek cincin dijari manisnya, satu lagi pula tersarung di jari tengah. Satu cincin merisik, satu lagi cincin pertunangan. Haih, asalnya bercinta dengan anak, ehhh bertunang pula dengan bapak!

Ayra meraut wajahnya. Dia sendiri tidak pasti apakah keputusan yang dibuat ini betul atau tidak. Nak berpatah balik, agak mustahil lah. Satu keluarga besarnya sudah mengetahui hal mereka. Yang lebih parah lagi, ia akan dinikahkan dua minggu lagi. Gila, ini benar-benar kerja gila. 'Kenapa dua minggu lagi, kenapa tak bagi masa panjang sedikit? Ini semua angkara orang tua tu!' hatinya menjerit keseorangan. Huargggh, siap kau Zakery Adam! Kalau depan mata ni, memang sudah dilumat-lumatkan.

TUK! TUK!

Belum sempat Ayra menjawab ketukan itu, pintu biliknya dikuak. Wajah Aril menghiasi pandangan.

"Adikkkkkkk. Berangan ke tu?" sapa abang keduanya. Wajah Ayra mencuka.

"Eeeeee bengah ni. Kan adik dah pesan, tunggu adik nyahut baru masuk. Kalau tadi adik tengah salin baju macam mana?" omel Ayra. Sengaja muncung dipanjangkan. Bengah adalah panggilan manja yang dicipta Ayra sejak kecil. Dulu nak panggil abang ngah pelat, jadilah bengah.

"Alaaaa adik abang sorang ni. Sorry okey. Bengah rindu adik, baru ni haaa dapat bergurau dengan adik." pujuk Aril. Ayra hanya menjelirkan lidah tanda mengejek. Sejak kecil, mereka memang rapat. Cuma, bila meningkat dewasa, mereka kurang masa bersama. Jadi, waktu yang ada dimanfaatkan sebaiknya. Aril sampai dirumah tengah malam semalam. Sampai je dia terus sibuk membantu ayahnya mengemas dan susun atur barangan diruang tamu agar dapat memudahkan tetamu masuk. Ini baru ada masanya untuk menjenguk adik kesayangan.

"Adik dah solat isyak dah?" sambung Aril memulakan perbualan.

"Dah. Lepas habis iqamat tadi adik terus solat."

"Baguslah kalau macam tu. Ingat, jaga solat jangan lambat-lambatkan." pesan Aril kepada satu-satunya adik perempuan yang dia ada. Dia sering mengingatkan Ayra tentang kewajipan seorang muslim. Pernahlah Ayra dihambatnya gara-gara malas nak solat. Gadis itu tersengih, teringat pula kenangan masa remaja dahulu.

"Haaaa bengah lupa nak cakap, ibu suruh turun makan. Dorang dah tunggu tu." ajak Aril. Dia hampir-hampir terlupa pesanan ibunya. Ayra bingkas bangun dari katil lalu mengikat rambut ikalnya sebelum keluar dari bilik. Aril yang ingin melangkah keluar berpaling,

"Pakai tudung tu, ada tetamu." arah Aril lalu meninggalkan adiknya sendirian. Ayra kehairanan, setahunya semua tetamu sudah pun pulang. Sedara mara pula berkumpul dirumah pusaka yang berdekatan dengan rumah mereka, ada juga yang sudah pulang kerumah masing-masing kerana tuntutan kerja pada keesokkan harinya. Siapa pula ni?

'Hm, mungkin keluarga Paklang kut.' desis hatinya. Yelah, anak-anak paklang masih bersekolah di sekolah menengah. Ini kan cuti sekolah, alang-alang sudah pulang ke kampung, mereka bersambung cuti disini lah tu. Duga Ayra sendirian.

Tangannya pantas mencapai tudung sarung yang tergantung. Dia mematikan suis lampu sebelum meninggalkan bilik dan melangkah laju menuju kearah tangga. Matanya ralit menatap di skrin telefon.

BUPPPP!

"Aduhhhhhh!" Ayra mengeluh saat telefon bimbitnya terjatuh ke lantai. Tanpa sedar dia telah melanggar orang yang dihadapannya. Slow lah jalan!

"Bengah ni, jangan lah halang jalan aadd..." kata-kata Ayra terhenti saat matanya beralih. Dia seperti hilang bicara, matanya membutang bulat. Dia menyangkakan itu adalah abangnya, Aril namun sangkaan itu meleset!

"Eh, buat apa kat sini? Kenapa tak balik lagi?" Ayra terjerit kecil. Dia sangat terkejut dengan kehadiran lelaki itu. Bukankah majlis sudah tamat petang tadi?

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now