BAB 4 - KENANGAN SILAM

9.1K 340 21
                                    


AYRA bergegas ke lokasi yang dijanjikan. Selepas selesai meeting tengahari tadi, Ayra tidak senang duduk. Selepas dia membaca whatsapp dari PI yang diupahnya, hati Ayra membuak-buak untuk mengetahui hasil siasatan tersebut. Habis je waktu bekerja, Ayra terus bergegas.

Sampai sahaja di Restoran yang dijanjikan, Ayra terus menuju kearah lelaki itu setelah kelibatnya kelihatan. Makin dekat makin berdebar.

"Macam mana hasilnya?" sapa Ayra saat tiba dimeja. Lelaki itu menghulurkan satu sampul surat berisi gambar dan maklumat. Saat Ayra membuka sampul itu, matanya terbutang bulat. Seperti tidak percaya maklumat dihadapannya itu. Adakah ini suratan atau kebetulan?

"Are you sure all of this information ni betul?" soal Ayra seperti tidak percaya. Hatinya makin gugup.

"100% sure Cik Ayra. Mak dia memang dah meninggal since dia kecil lagi. Punca tak dapat dikenalpasti sebab keluarga mereka rahsiakan hal ni. Ayah dia pula usahawan yang agak terkenal dan mempunyai kuasa besar, Dato Zakery Adam, CEO Berkat Holding. Selepas kematian isterinya, dia tak kawin lain sampai lah sekarang. Any rumors dia dengan mana-mana perempuan pun clean. Kiranya.."

"So,dia susah untuk didekati? Susah nak terima mana-mana perempuan?" Ayra mencelah, sepertinya dapat diduga personaliti Zakery.

"Ya Cik Ayra. Sebelum ni ada yang cuba mendekati termasuk secretary Dato Zakery sendiri. Tapi,mereka dibuang kerja atas alasan tatatertib, dan perempuan yang bukan dalam kalangan pekerja pula,disekat terus untuk berhubung." jawapan PI nya itu agak mengejutkan. Sampai ke tahap itu dia taknak dengan perempuan? Dia ni gay ke atau masih sayangkan arwah isterinya?

Ayra tersenyum sinis. Sukar didekati? 'Ha! Sekarang aku disisi kau Zakery Adam!'

********************************

ZAKERY menghela nafasnya. Berat rasanya menanggung soalan demi soalan yang sama untuk sekian kalinya. Datin Faridah dipandangnya sekilas. Hari ini genap 69tahun umur ibunya. Sudah menjadi kewajipannya sebagai anak tunggal meraikan pemaisuri pertamanya itu. Kalau ada arwah abang sekarang, mungkin keadaan akan berbeza.

"Zack, bila Daniel nak balik?" soal Datin Faridah memecah kesunyian antara mereka. Sejak Danial tamat pengajian beberapa bulan lepas, dia masih belum pulang. Alasannya ingin stay disana untuk jangka masa beberapa bulan.

"Dia bagitahu Zack, around 2 atau 3 bulan lagi." jawab Zakery malas. Anak itu sering dimanjakan ibunya. Yelah, satu-satunya cucu dalam keluarga.

"Then, bila you nak kenalkan calon menantu dekat mummy?" Datin Faridah saje memancing topik yang sering kali anaknya cuba mengelak. Sampai bila nak menduda. Bukannya tiada rupa, hensem helokk je ha. Ala ala Hritik Roshan versi melayu. Harta? Bukan nya tiada harta, boleh je tanggung anak orang. Harta keluarga ada, harta yang Zakery usahakan sendiri pun ada. Takkan nak bersendirian sampai hari tua.

"Please mummy. Kita dah bincang hal ni kan?"

"No, mummy tak accept you punya reason. Mommy nak menantu. Sampai bila kamu nak kenangkan arwah Suri. Kalau Suri masih ada, dia pasti nak kamu bahagia." pujuk Datin Faridah penuh kelembutan. Dia tahu anaknya masih trauma dengan sejarah hitam yang berlaku. Kematian Suri memberikan impak yang sangat besar.

"Tengok lah macam mana. Mummy doakan lah untuk Zack ya." jawab Zakery acuh tak acuh. Itu lah jawapannya setiap tahun.

"Oklah my, Zack tak boleh lama. I have to go. See you next time,my. Jangan lupa jaga kesihatan, ubat tu makan ikut waktu." pesan Zakery. Dia harus balik segera kerana malam ini ada dinner dengan client dari Singapura. Sempat lah juga ia meraikan ibunya waktu 'Tea-time' sebelum ia tenggelam semula dalam kesibukkan bekerja. Ye, dia sengaja menyibukkan diri agar sejarah hitam tidak menyinggah difikiran.

How I Married Your FatherOnde histórias criam vida. Descubra agora