BAB 14 - EGO VS CINTA

10.3K 327 22
                                    

AYRA mengeringkan rambutnya yang basah dan menyisirnya rapi. Entah mengapa, selepas solat isyak tadi,dia berasa kurang selesa dan mengambil keputusan untuk mandi malam. Gaun tidur satin yang berwarna biru dipakainya. Talinya halus dan pendek gaun itu diatas lutut sekaligus menyerlahkan pehanya yang putih gebu. Ayra menyembur minyak wangi ke tubuhnya. Sudah menjadi tabiatnya memakai minyak wangi sebelum tidur. Bagi Ayra, itulah stress treatment dan membuatkan tidurnya lebih nyenyak.

Jam didinding menunjukkan pukul 11 malam. 'Hm, malam ni pun tak balik lagi.' keluh Ayra dalam hatinya. Sejak semalam, Zakery langsung tidak membalas mesejnya. Malah, apabila Ayra menghubungi pejabat, dia mendapat tahu bahawa Zakery telah keluar di luar kawasan dari rakan sekerjanya. Ayra menghela nafas beratnya. Entah sampai bila dia mampu bertahan jika berterusan begini.

Sedang asyik Ayra mengelamun, pintu biliknya dikuak. Dipantulan cermin, mata Ayra tertangkap akan sosok tubuh yang masuk ke biliknya. Dia segera membalikkan badan untuk menghadap lelaki itu.

"You... you dari mana?" soal Ayra setelah kelibat Zakery didepan matanya. Entah mengapa, jantungnya mula berdetak. Dia sendiri tidak pasti apakah perasaan yang dirasainya ketika ini setelah berjauhan dengan Zakery yang tak balik sejak semalam. Sebelum ini, Zakery ada depan matanya walaupun tidak dilayan langsung.

"I tanya ni you dari mana? Kenapa semalam tak balik? Text I pun you tak reply." soal Ayra lagi setelah Zakery hanya mendiamkan diri.

Zakery menanggalkan jam tangannya dan diletakkan diatas meja sisi. Tali leher direnggangkan dan butang baju bahagian atas ditanggalkan. Saat bertalu soalan Ayra menjamu halwa telinga, Zakery menyilangkan kedua tangannya dan bersandar didinding. Matanya merenung tajam kearah Ayra Maisarah.

"Kenapa tenung I macam tu? I tanya ni you dari mana?" Ayra mula hilang sabar. Dia bingkas bangun dari kerusi soleknya lalu melangkah laju ke arah Zakery. Kolar baju lelaki itu dibeleknya, dan hidung mancungnya di rapatkan kearah dada. Dia cuba mencari bau perfume wanita di badan suaminya namun tiada. Ia hanyalah bau maskulin dari Clive Christian perfume yang sering dipakai oleh suaminya.

"What are you trying to do?" soal Zakery saat Ayra semakin rapat.

"I nak check lah ada tak gincu kat kolar baju you, or bau perfume perempuan lain ke kat baju tu. Dah lah tak balik seharian without any explaination!" terang Ayra sambil mata dijenggelkan. Bibirnya mencebir. Zakery tersenyum sinis melihat gelagat isterinya. Cemburu ke? Dia merangkul pinggang wanita itu dan sengaja dirapatkan,

"Hm, sebab tu ke you pakai seksi malam ni? Wangi-wangi macam ni, you tunggu I ae?" goda Zakery. Suaranya berbisik dan nafasnya terasa. Jantung Ayra bagai nak meletop, wajahnya merona kemerahan.

"Ma.. mann.. mana ada! I pun tak tahu tau you balik malam ni." ucap Ayra jujur. Dia sangka Zakery tidak akan pulang malam ni. Tergagap-gagap dibuatnya. Rangkulnya semakin dikemaskan, Ayra semakin hilang nafas.

"Really? But now I dah balik, so..." Zakery mengelus lembut rambut wanita itu. Hujung rambutnya dicium. Wangi! Ayra seakan terpukau seketika, saat rambutnya dicium, baru ia sedar yang Zakery sedang bermain tarik tali dengannya.

"Eeeee dasar gatal! Dah lah abaikan kita selama ni!" ucap Ayra lalu memukul lembut dada lelaki itu. Geram!

"You terasa ke?"

"Of course I am. I benci diabaikan! I'm your wife bukan tunggul!" ucap Ayra jujur. Ada rajuk dihujung suaranya. Dia menolak dada lelaki itu dan menjarakkan dirinya.

"Dah lah, pergi mandi sana. I nak tidur!" arah Ayra lalu melangkah pergi kearah katil. Dia perlu menjauhi lelaki itu sementara waktu, kalau berlama-lamaan, mahu meletop jantungnya.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now