BAB 5 - KEBETULAN ATAU SURATAN?

9.1K 308 26
                                    

HARI ISNIN atau gelarannya 'Monday Blues' oleh kebanyakkan orang setelah bermalasan sepanjang hari minggu. Waktu rehat tu rasa macam tak puas, sekejap je masa berlalu. Badan pula rasa lemau bila nak mulakan rutin bekerja seperti biasa.

Namun, itu bukan masalah utama bagi Ayra Maisarah. Kejadian minggu lepas masih segar diingatan. Perasan malu tu juga masih menebal didalam diri. Rasa macam nak pakai topeng! Kenapalah jatuh kat dada lelaki itu, biar jelah jatuh kat lantai. Takdelah malu sangat. Tapi, jatuh kat lantai pun sakit, hmm...

"Ayra, masuk bilik saya sekarang." arah Zakery sebaik sahaja ia tiba di ruang pejabat. Kakinya melangkah laju, seperti orang yang terburu-buru. Ayra hanya mengangguk dan mengekor sahaja langkahnya tanpa bicara. Dia sedikit lega apabila Zakery menunjukkan riak biasa apabila tiba sebentar tadi. Takdelah dia rasa segan sangat kan?

"Yes bos, ada apa-apa yang bos perlukan?" soal Ayra sebaik sahaja tiba dibilik pejabat Zakery.

"After lunch, Follow saya ke Terengganu untuk visit our branch hotel kat sana." arah Zakery. Terengganu? Bukankah itu tempat Alisa ditugaskan?

"Tempat Alisa transfer ke bos?" soal Ayra inginkan kepastian. Dia tidak mahu berharap. Bohonglah jika dia tidak rasa teruja, dia amat merindui sepupunya itu. Hm, lebih tepat lagi rindu nak bergosip!

"Ye, tempat Alisa kena transfer. Kita akan bermalam kat sana around dua malam. So, please arrangekan kerja pada Fiza seperti biasa dan make sure sepanjang saya takde kat sini, Arshad akan incharge." arah Zakery. Sememangnya Fiza dan Arshad adalah orang yang akan dipertanggungjawabkan sekiranya majikan mereka oustation. Segala urusan syarikat, merekalah orang kuat yang akan menguruskan.

"Kita berdua je ke bos?" soal Ayra polos.

"Awak nak bawa satu kampung ke?"

"Eh taklah. Saya tanya je. Yelah, kalau selalu berdua je, bahaya lah bos" Jawapan Ayra sememangnya spontan. Nak cakap lurus bendul, dia pandai orangnya.

"Apa yang bahaya? Saya bukan makan orang pun. Lagipun you're not my type." Jawab Zakery selamba. Matanya terus tertumpu pada skrin komputer tanpa mengendahkan reaksi gadis itu. Ayra mencebik. Bukan taste kau ye orang tua?

"Eleyh, sekarang boleh lah. Nanti kalau bos terjatuh cinta pada saya, haaa saya taknak tanggungjawab ae. Saya dah bagi warning awal-awal. Sebab kebanyakkan lelaki yang jatuh cinta dengan saya, susah nak move on." selamba je Ayra berkata-kata. Tanpa menunggu jawapan Zakery,Ayra segera melangkah keluar. Kalau ditunggu, mahu dibambunya nanti. Bukan dia tak tahu, mulut Zakery boleh tahan hebatnya. Daripada biarkan telinganya kena tadah, baik dia keluar cepat. Sememangnya Ayra taknak kalah! Berani dia kata aku bukan taste dia. Alang-alang dah sakit hati, marilah kita sakit hati bersama.

Zakery terkedu mendengar kata-kata dari mulut secretarynya. Dia menghantar gadis itu keluar dengan ekor matanya. 'Bila lah budak ni nak belajar takut dengan aku. Tak cukup garang ke aku ni?' desis hatinya. Nak marah pun tak guna, sebab Ayra bukan orang yang makan saman. Dia sangka Ayra akan lebih behave setelah kejadian malam itu. Dia sengaja membalas kembali usikan Ayra ketika itu. Dia ingin lihat sejauh mana Ayra akan menjawab. Tapi lain pula yang terhidang. Wajah Ayra kemerahan, dia jadi tidak tentu arah dan clumsy. Sejujurnya, dia terhibur dengan keletah Ayra. Nak usik orang, tapi bila diusik, dia yang mengelabah. Tanpa ia sedar, sebaris senyuman terukir diwajah tatkala gadis itu bermain difikiran. Adakah Zakery mula tertarik?

********************************************

JANTUNGNYA berdegup kencang. Ayra tidak keruan saat Daniel melamarnya dihadapan pelajar lain di kampus. Entah sejak bila, Daniel mula memenuhi ruang dihatinya. Effort Daniel yang tidak putus asa untuk meraih cintanya telah mengubah keputusan yang dipertahankan sekian lama. Untuk pertama kali, Ayra menerima kehadiran seorang lelaki dalam hidupnya selain ayah.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now