BAB 10 - ONE STEP CLOSER

9.3K 301 14
                                    

DANIEL melangkah laju kearah bilik tidur Zakery. Berita yang disampaikan neneknya pagi tadi sangat mengejutkan. Sejujurnya, dia tidak dapat menerima keputusan ayahnya untuk meminang gadis yang dicintai. Dia tidak rela Ayra menjadi ibu tirinya.

Belum sempat ia mengetuk pintu, Zakery telah membuka pintunya terlebih dahulu. Mata mereka bertemu.

"Can we talk?" soal Daniel. Jiwanya meronta-ronta. Dia inginkan penjelasan Zakery atas keputusannya itu. Bukankah papa terlau terburu-buru?

"Sure, masuklah." pelawa Zakery. Mereka menuju ke arah balkoni biliknya, disitu udaranya agak segar pada waktu pagi,sesuailah untuk mereka berbincang empat mata.

"Grandma told me just now yang papa nak masuk meminang Ayra, betul ke?" soal Daniel tanpa basa basi. Zakery hanya mengangguk tanda mengiyakan pertanyaan anaknya.

"Why Ayra papa? I told you already, papa nak kawin dengan sesiapapun papa kawin lah but not Ayra Maisarah!" rengek Daniel. Masih ada waktu untuk mempengaruhi ayahnya untuk mengubah keputusan gilanya itu.

"Why?" soal Zakery. Matanya dipejamkan seketika, menikmati pagi yang indah. Dia usaha untuk nampak tenang, sedangkan dalaman sebaliknya.

"Dia sebaya Daniel, papa. Jauh sangat beza umurnya. Lagipun ramai yang lebih matang nak kan papa, papa tinggal pilih je dengan siapa papa nak kawin. Please lah papa, pikir balik keputusan papa." rayu Daniel bersungguh-sungguh.

"Walaupun papa bahagia dengan Ayra?" duga Zakery. Dia memandang sayu kearah anaknya untuk dimengerti.

"You know me very well Daniel. Papa bukanlah seorang yang mudah jatuh cinta pada sesiapa. 23 tahun hati papa tertutup dengan mana-mana perempuan. Papa taknak kehadiran orang lain akan menjejaskan pembesaran kamu. Papa taknak kamu terabai dan papa cuba untuk berikan kasih sayang dan perhatian sepenuhnya kepada kamu. Sekarang, Daniel dah besar. Bila-bila masa sahaja Daniel akan berkeluarga, dan papa akan mula keseorangan. I need someone by myside, someone yang boleh teman papa dihari tua papa. If you ask me why Ayra Maisarah, she make me felt like a home. She's my comfort zone and I'm happy with her. Dia satu-satunya wanita yang buat papa rasa ingin bercinta semula. If I let her go, I don't know either I can love someone else again or not. Jika kamu ditempat papa, do you still nak papa cancel off this engagement?" sambung Zakery lagi panjang lebar. Hanya kali ini sahaja dia mengutamakan perasaannya. Salahkah?

Daniel menghela nafas beratnya. Dia sendiri keliru dan lidahnya seakan kelu. Dia mencintai Ayra Maisarah, namun dia juga sangat menyayangi ayahnya. Jika benar kebahagiaan Zakery bersama gadis itu, Daniel rela mengorbankan jiwa raganya. Tapi dia masih ragu, adakah Ayra juga tulus mencintai Zakery atau hanya ingin membalas dendam atas olahnya di Australia? Kerana kesangsian itulah yang membuatkan dia membangkang.

Namun, luahan Zakery membuatkan ia teragak-agak. Tidak sampai hatinya untuk melukakan satu-satunya lelaki yang paling bermakna didalam hidupnya. Benar, lelaki itu telah mengorbankan seluruh hidupnya hanyalah untuk membesarkan dirinya. Tiada yang kurang, semuanya cukup. Apa yang dia minta, semuanya akan dipenuhi. Kerana mengenang jasa Zakery, Daniel sentiasa menjaga diri dan memastikan nama Zakery Adam terjaga. Walaupun kehidupannya agak sosial di Australia, tetapi Daniel tidak pernah melampaui batas. Dia tidak mengambil arak apatah lagi mengamalkan seks bebas. Dia bukanlah seperti sesetengah anak orang kaya, yang menyombong diri tak kena tempat dan menjadi seorang yang demand tinggi. Dia bergaul dengan semua orang termasuklah golongan B40. Pakaiannya bukan lah semuanya berjenama. Asalkan selesa, baju dipasar malam pun dia boleh pakai. Walaupun kekakayaan keluarganya boleh sampai tujuh keturunan, tidak sekali pun Daniel berbangga atau riak dengan harta keluarganya. Ia dididik oleh Zakery sejak kecil bahawa harta dunia hanyalah sementara. Semua ni hanyalah pinjaman semata-mata. Kerana kasih sayang yang diterima sepenuhnya sejak kecil, mana mungkin dia menghalang kebahagiaan ayahnya. Namun, ikhlaskah Ayra Maisarah?

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now