BAB 24 - DEMI PAPA

7.6K 267 21
                                    

JOHAN menyerahkan dokumen-dokumen mengenai projek terdahulu kepada Zakery. Satu per satu diperhalusinya. Kini, baru Zakery tahu bahawa arwah abangnya telah dikhianati.

Tender-tender projek yang sudah dipersetujui untuk kerjasama bersama sering dibatalkan disaat akhir. Manakala projek yang sedang berjalan pula mempunyai masalah ditapak binaan. Tanpa diketahuinya, ada gunting dalam lipatan yang cuba mencatas dari dalam.

"Apa perancangan kau?" soal Johan yang berdiri disisinya. Kopi panas itu dihirup perlahan-lahan. Zakery membuang pandangan jauhnya ke luar jendela. Dia cuba mengawal kemarahan yang memuncak. Otaknya ligat memikirkan perancangan untuk kembali merampas hak arwah abangnya.

Sebelum abangnya meninggal, pelbagai masalah yang berlaku didalam Berkat Holding. Kebelakangan ini, Bakery sering menghabiskan masanya di pejabat untuk mencari solusi kepada permasalahan yang dihadapi.

Tender kena curi, tapak pembinaan disabotaj dan lebih menyakitkan, plan-plan dan design pembinaan yang dihasilkan oleh Berkat Holding juga telah bocor kepada tangan pesaing. Ditambah pula dengan tekanan-tekanan daripada pemegang saham yang ingin perkara ini diselesaikan atau krebialitinya akan diragui untuk meneraju syarikat. Jika berterusan begini, keadaan syarikat akan runtuh.

Disebabkan terlalu sibuk, Bakery telah mengalami 'micro sleep' ketika dalam perjalanan ke hospital untuk berada disisi Suri yang akan melahirkan anak, kereta yang dipandunya telah terbabas dan Bakery telah meninggal ditempat kejadian. Bagi orang lain, itu adalah kemalangan namun tidak bagi Zakery dan ibunya. Semua ini berpunca daripada individu yang cuba menjatuhkan mereka.

Setelah Zakery mendapat tahu hal yang sebenar, dia mengarahkan Johan untuk menyiasat secara lebih dalam mengenai hal tersebut. Ternyata pekerja yang menjadi orang kepercayaan Bakery telah mengkhianati arwah abangnya sendiri. Dia telah berkerjasama dengan syarikat MK Sdn Bhd yang dimilikki oleh musuh utama mereka iaitu Rahman.

Rahman adalah bekas perkerja arwah ayahnya yang dipecat atas tuduhan pecah amanah. Kerana kasihankan lelaki itu, ayah Zakery tidak melaporkan kepada pihak polis. Oleh kerana rekod yang buruk, Rahman sukar mendapat kerja ditempat lain.

Dengan kebolehan dan pengalamannya, dia telah mendirikan syarikatnya sendiri dan perlahan-lahan syarikatnya mula berkembang. Tapi sayang, kerana sifat busuk hatinya yang ingin berada di puncak melebihi syarikat yang pernah membuangnya, dia telah mengambil langkah kotor dengan mensabotaj kerja-kerja dalaman syarikat dan mencuri tender-tender yang hampir ditandatangani oleh Berkat Holding. Hasil daripada orang dalam yang membocorkan maklumat tender tersebut, syarikat Rahman telah menawarkan harga yang jauh lebih murah sekaligus mencatas peluang mereka.

"Kumpulkan bukti mengenai orang tak guna tu. Dakwa sekali dimahkamah atas tuntutan pecah amanah dan demand ganti rugi atas kerugiaan yang syarikat tanggung. Kalau dia tak mampu bayar, harta sita dan sumbat dalam penjara. Aku takkan ikut jejak arwah daddy yang lepaskan orang macam ni." arah Zakery. Tangannya dimasukkan kedalam saku, wajahnya masih menghadap jendela yang terbentang luas didepan mata. Dasar orang yang tak bersyukur, seperti menolong anjing yang tersepit. Setelah dibantu, kita pula yang digigitnya.

"Then, Rahman pula macam mana?" soal Johan.

"Orang tak guna macam ni, satu je boleh bunuh hidup dia. We will drag him down sampai dia dah tak boleh bertapak langsung dalam bidang ni." Zakery tersenyum sinis. If you wanna play, let's play!

Johan hanya mengangguk dan terus beredar meninggalkan bilik pejabatnya. Kerjanya yang tangkas membuatkan Zakery sering menugaskannya dengan tugasan yang berat.

'Kenapa lah Zack tak suruh je aku bunuh si Rahman ni kan senang!' desis hati Johan. Dia hanya berani mempersoalkan didalam hati, apa sahaja arahan dari Zakery dia tidak boleh mengingkarinya. Johan adalah seorang yang taat dan berpegang kepada sumpahnya. Dia masih terhutang nyawa dengan lelaki itu.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now