BAB 21 - KASIH IBU MERTUA

6.7K 240 1
                                    


SUDAH dua hari kejadiaan itu berlalu dan perkembangan terhadap kes tersebut masih menemui jalan buntu. Zakery sering tiada dirumah kerana sibuk menyiasat hal ini bersama Johan. Mujur di pejabat, ada Fiza dan Arshad membantu menyelesaikan hal-hal kerja. Jika ada perkara penting sahaja akan memerlukan komitmen Zakery untuk turun padang.

"Wah sedapnya bau. Ayra masak apa tu?" sapa Husna tatkala tiba di dapur. Kelihatan Ayra sedang sibuk menyiapkan makan malam bersama Biksue.

"Ayra masak ayam masak ungkep, sotong goreng kunyit, tempe dan tauhu goreng, kailan masin dengan puding mangga." jawab Ayra sambil jarinya mengira jumlah masakan.

"Banyaknya Ayra masak. Ada sesiapa nak datang ke?" soal Husna kehairanan. Selalunya Ayra akan masak satu sahaja jenis lauk dan satu jenis sayur. Kalini sampai tiga jenis, banyaknya.

"Lah akak lupa ke? Kan kejap lagi mommy, auntie Ija dengan Uncle Man sampai dari airport. Abang cakap, akak yang bagitahu dorang suruh balik." jelas Ayra. Husna terasa seperti tertampar, dia menggaru kepalanya yang tidak gatal. Setahunya, dia tidak beritahu Zakery apa-apa. Ini mesti ibunya atau Datin Faridah yang beritahu. Aduh, dah kantoi!

Sedang Husna tersengih macam kerang buruk, deruman kereta kedengaran. Ayra melihat jam didinding, waktu menunjukkan jam 6.45 petang. Dia segera mengelap tangannya dan membuka apron. Dia ingin segera menyambut kepulangan suami tercinta.

"Biksue, tolong sambung goreng tempe ni ya. Saya nak kedepan dulu." pinta Ayra lalu segera meninggalkan ruangan dapur.

"Biksue, buatkan air dulu boleh? Kita ada tetamu." pinta Husna lalu dia turut mengekori langkah Ayra. Jika dia tidak silap, pasti ibunya turut ada sekali kerana bunyi deruman kereta tadi melebihi sebuah kereta.

"Assalamualaikum. Sayang, mommy dah sampai ni." ucap Zakery seraya membuka pintu utama rumah itu. Tangannya dibimbit beg baju Datin Faridah. Ibunya itu berkeras ingin menginap dirumah Zakery malam ini.

"Waalaikumusalam. Jemput masuk mommy. Mommy sihat?" Ayra segera menyalami ibu mertuanya. Tangannya dikucup lembut.

"Mommy sihat sayang. Ayra macam mana? Getting better?" soal Datin Faridah lembut. Ubun-ubun menantunya diusap. Kerisauan jelas terpancar diwajah tuanya.

"Alhamdulillah Ayra sihat mummy." jawab Ayra bersama senyuman. Punggungnya dilabuhkan diatas sofa bersebelahan dengan ibu mertuanya. Auntie Ija dan suaminya turut duduk bersama mereka. Biksue datang bersama minuman untuk dihidangkan. Dia menuangkan minuman ke dalam gelas sebelum disuakan kepada tetamu.

"Assalamualaikum.." Daniel muncul dimuka pintu dan memberikan salam. Dia menghampiri Zakery dan menyalami tangan ayahnya.

"Waalaikumusalam. Duduk lah Daniel. Jemput minum, biksue dah buatkan air ni." pelawa Zakery. Ayra mengerutkan dahi kehairanan.

"Bukan ke Daniel sambung master?" soal Ayra ingin tahu.

"Yes I am. Kelas start next month. Kebetulan Grandma dengan Nekja melawat I kat sana, I follow diaorang lah balik sini. Are you okey Cik Ayra?" jelas Daniel. Dia membahasakan Ayra dengan panggilan cik bagi singkatan makcik. Dia masih belum bersedia memanggil Ayra sebagai mama.

"Why you call her Cik Ayra instead of mama? She is your mother juga tau." tegur Datin Faridah atas olah cucunya.

"Give me some time please. She was my collague at Aussie before. Kekok lah nak panggil mama. Slowly nanti berubah lah panggilan tu," Daniel memberikan alasan. Sesungguhnya, dia masih perlukan masa.

"It's okey Daniel. Take your time okey." Zakery mendokong anaknya. Dia tahu agak sukar untuk anaknya itu menerima Ayra sebagai ibu tirinya. Biarlah masa akan tentukan segalanya.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now