BAB 26 - ENDLESS HAPPINESS

9.4K 255 23
                                    

"Amin ya Rabb Al-amin" usai membacakan Alfatihah yang dihadiahkan, Zakery menyiramkan air diatas tanah perkuburan itu. Daun-daun yang gugur dan ranting-ranting pokok dibuang. Nama dibatu nisan dipandang lama, kenangan demi kenangan bermain di minda, kerinduaannya pula menyesakkan jiwa.

'Tenanglah kamu disana. Terima kasih atas jasamu kepadaku.' desis hati kecilnya. Dia menyeka air mata yang mula mengalir dipipinya.

"Abang, Jom kita balik." sapa wanita itu lembut. Wajahnya dipandang dan senyumannya mula terukir. Zakery hanya mengangguk lalu kakinya melangkah pergi meninggalkan perkuburan itu.

'Daniel Mikail bin Bakery Adli, namamu akan sentiasa terpahat dihati kami.' gumam hatinya sendirian saat kubur anaknya dipandang sekali lagi sebelum dia masuk kedalam kereta.

Sudah empat tahun peristiwa itu berlalu, namun ia masih segar diingatan. Selepas kejadian, Ayra mengalami trauma yang sangat teruk dan dia sering menggigil ketakutan. Kerana ketabahan Ayra dan kekuatan anak didalam kandungan, Ayra menjalani rawatan bersama pakar psychiatry untuk membantunya keluar dari trauma yang dihadapi. Syukurlah kandungannya tidak terjejas dan dia selamat melahirkan sepasang kembar lelaki dan perempuan.

"Mommy, kenapa abang Daniel duduk dalam tanah?" soal Dania Mikayla, puteri sulungnya. Wajah gadis kecil itu dipandang sekilas oleh Zakery melalui cermin tengah keretanya.

"Ish, sebab abang Daniel dah meninggal. Kan papa dah bagitahu." sampuk Danish Mikail, kembar Dania. Walaupun umur mereka masih tiga tahun, personaliti mereka sedikit berbeza. Danish lebih matang dan pendiam berbanding Dania walaupun Dania lahir lima minit awal darinya. Sebijik ikut perangai papanya. Manakala Dania pula sememangnya copy paste sikap Ayra yang banyak celoteh.

"Dania tahu lah. Tapi kenapa orang yang meninggal duduk bawah tanah?" soalan Dania mencuit hati kecilnya. Kadang-kala soalan anak kecil ini sering membuatkan Ayra dan Zakery terdiam dan sukar untuk menerangkan jawapan untuk soalan-soalan rare yang diajukan.

"Nanti dah besar, Dania akan belajar lebih mendalam mengapa orang yang meninggal perlu ditanam. Sekarang, kita sama-sama doakan untuk abang Daniel agar rohnya ditempatkan dalam golongan orang yang beriman. Amin.." jawab Ayra lembut.

"Amin. Nanti kita jumpa abang kat syurga kan mommy?" sambung Dania lagi.

"Iya sayang. Kita akan jumpa abang kat sana okey?" jawab Ayra bersama senyumannya.

"Betul tak papa?" soal Ayra kepada suaminya. Zakery hanya melemparkan senyuman kepada isteri tercinta.

"Betul mama." jawab Zakery pendek bersama senyumannya. Tangan Ayra diraih dan digenggam kemas. Walaupun sudah mempunyai anak, tiada sikit pun yang kurang layanannya kepada sang isteri. Dia kembali fokus kepada pemanduannya. Fikirannya juga turut melayang bersama.

"Daniel, Maafkan papa kerana terlalu mencintai Ayra Maisarah sehingga melukakan hati kamu. Terima kasih atas kasih dan sayang Daniel pada papa hingga ke hujung nyawa. Berehatlah anakku. Kini, kamu bersama-sama kedua-dua orang tuamu dialam sana. Berehatlah dari dunia yang penuh pancaroba ini. Semoga Allah meredhaimu anakku. Daniel akan sentiasa hidup dihati papa buat selama-lamanya." - Zakery Adam

Ayra memandang anak-anaknya di tempat duduk belakang. Biksue asyik melayan keletah anak-anaknya sepanjang perjalanan. Mujur ada Biksue, dialah yang sering membantunya menguruskan sepasang kembar itu.

Kemudian, dia membuang pandangannya keluar tingkap kereta. Suasana disepanjang jalan dinikmatinya. Fikirannya mula keawangan, dia menghela nafasnya perlahan, sekejap sahaja masa berlalu pergi.

Kini dia sudah pun bergelar ibu kepada dua orang anaknya. Kenangan bersama Daniel sepanjang dia bergelar isteri kepada Zakery Adam terimbas di minda satu per satu. Walaupun tidak banyak masa diluangkan, kenangan yang bersisa masih diingati sehingga kini. Kali terakhir kenangan mereka bersama adalah waktu makan malam yang diluangkan bersama keluarga mertuanya yang baru sahaja pulang ke Malaysia. Waktu itu mereka menghabiskan masa bersama-sama dengan pelbagai cerita dan angan-angan yang diselangi gelak tawa dan gurau senda.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now