BAB 18 - BUNGKUSAN DERITA

7.9K 259 15
                                    

ZAKERY menghela nafas beratnya. Permintaan Ayra kali ini sangat berat untuk ditunaikan. Kesilapan yang dilakukan, tidak mampu Ayra menggalasnya. Dia meraut wajahnya, dirinya serabut dan hatinya tidak keruan.

"Abang dengar tak apa Ayra minta?" desak Ayra kembali.

"Abang tak mampu sayang. Hilang Ayra, matilah abang. Please Ayra, bagi abang peluang." rayu Zakery. Matanya kemerahan menahan tangisan. Dia cuba meraih lengan isterinya namun sentuhannya ditepis.

"Abang jangan sentuh Ayra. Ayra jijik dengan abang. Ayra nak abang ceraikan Ayra sekarang juga!" Ayra semakin mendesak. Tangisannya semakin kuat.

"Ayra cakap ceraikan Ayra sekarang! Ceraikan Ayra! Ceraikan!!!"

ZAKERY tersentak dari mimpinya. Dia terus terbangun duduk. Nafasnya termengah-mengah kelelahan. Mimpi tadi seolah-olah telah terjadi di alam realiti.

"Allahuakbar" ucap Zakery seraya meraut wajahnya. Kepalanya masih terasa berat. Perlahan-lahan dia mengamati suasana sekelilingnya. Bilik yang ditidur terasa asing baginya. Dia tidak pernah menjejakkan kaki ke tempat ini. Dia dimana?

Sedang Zakery cuba mengingati kembali kejadian malam tadi, tiba-tiba tangan wanita itu melingkari pinggangnya. Wanita itu dikerling sekilas, tubuh wanita itu hanya ditutupi dengan selimut tanpa seurat benang. Wajahnya asing bagi ingatan Zakery.

Zakery tersentak lalu menolak pelukan itu. Dia segera berdiri dan menjauhi katil. Perilaku Zakery tadi turut membangunkan tidur wanita itu. Wajahnya terpisat-pisat.

"Who are you? Macam mana aku ada kat sini?" soal Zakery dengan nada yang marah. Wanita itu tergelak melihat Zakery yang panik.

"Hahaha. You yang call I malam tadi suruh temankan you. I dah bagi my service, tak kan you tak ingat?" tawa wanita itu. Zakery cuma mengamati satu per satu apa yang telah terjadi, matanya merah menahan marah.

"Siapa upah kau untuk kenakan aku?" soal Zakery. Matanya tajam merenung kearah gadis itu.

"You lah yang upah I." wanita itu tersenyum sinis seperti mengejek dirinya.

Setelah beberapa kali dipaksa, wanita itu masih mengulangi jwapan yang sama. Zakery mengenggam tangannya kuat. Amarah mula menguasai diri. Dia tahu, tak guna kalau disoal berlebihan kerana wanita ini tidak akan membuka mulut. Menggunakan kekerasan? Dia tidak akan sesekali mengotorkan tangannya.

Zakery mencapai baju kemeja dilantai lalu disarungkan ketubuh sasanya. Dia mengambil telefon bimbitnya lalu kamera telefon dihalakan kewajah wanita itu.

SNAP!

"You nak buat apa gambar I tu?" soal wanita itu yang mula menggelabah.

"I will find you later. Now, ada benda lagi penting untuk aku uruskan." Tanpa berlengah, Zakery terus merapikan dirinya lalu melangkah laju kearah pintu. Langkahnya terhenti seketika dan dia berpaling,

"Aku dah bagi kau peluang untuk bagitahu siapa yang upah kau. Tapi sayang, kau sia-siakan peluang aku bagi. Lepas ni, kau akan hadap neraka dunia yang aku akan sediakan!" amaran Zakery. Silap orang jika dia ingin bermain api.

Zakery terus keluar dan menghempas pintu bilik. Number bilik sempat dikerlingnya. Dia perlu segera menyelesaikan hal ini dan pulang ke rumah. Dia pasti, Ayra sedang menunggunya.

Dia membuka telefon bimbitnya, lalu cuba menghubungi seseorang. Namun, panggilan itu tidak dapat disambungkan. Rupa-rupanya, sepanjang malam telefonnya telah ditukarkan kepada 'flight mode' agar tiada panggilan atau mesej yang masuk.

Dia mematikan 'flight mode' ditelefonnya. Selang beberapa saat, berderu-deru mesej yang telah masuk. Sepanjang malam, Ayra tidak berputus-asa cuba untuk menghubunginya. Aplikasi whatsapp nya juga penuh dengan pesanan yang dihantar oleh Ayra.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now