BAB 12 - IKATAN YANG TERCIPTA

10.1K 343 17
                                    

AYRA membasuh inai daun yang sudah kering di jari jemarinya. Warna merah pekat mula mewarnai. Pagi-pagi lagi rumahnya sudah riuh dengan rombongan marhaban. Ibunya yang beriya sungguh untuk mengadakan majlis khatam dan marhaban pada sebelah pagi. Selepas majlis khatam, bersambung pula untuk sesi berinai.

Selepas malam itu, hubungan mereka bertambah baik. Dia meminta agar Zakery meluluskan cutinya selama sebulan untuk membantu keluarganya membuat persiapan. Dua minggu nak settlekan semua, memang huru hara. Baki lagi dua minggu tu pula adalah waktu untuknya berehat setelah bertungkus lumus untuk majlis mereka.

"Dua minggu awak nak cuti lepas majlis?" soal Zakery terkejut. Lama betul cuti kawinnya ya.

"Iya lah. Ingat tak penat ke? Dah lah rushing nak kesana sini. Siapa suruh awak minta cepatkan? Kalau kita bertunang lama sikit, takdelah kelam kabut macam sekarang." omel Ayra. Siapa suruh minta pertunangan mereka ni hanya dua minggu?

"Lagi cepat kan lagi bagus?"

"So, awak kena approve lah cuti saya. Lepas majlis, saya nak rehat puas-puas!"

"Honeymoon sekali kan sayang?" soalan Zakery membuatkan lidah Ayra kelu untuk berkata-kata. Honeymoon? Sayang? Weiiii, memang awkward ke kalau tak bercinta?

"AYRA! Pickup your phone! Dari tadi berbunyi je." suara Alisa mematikan lamunannya. Dia mengarukan kepalanya yang tidak gatal. Malam ni nak nikah dah, masih boleh teringatkan dia lagi?

Ayra mencapai telefon di meja soleknya, nama Daniel terpapar di skrin. Debar didada mula memenuhi jiwa. Mengapa saat ni dia call?

"Assalamualaikum." ucap Ayra setelah punat hijau ditekan.

"Waalaikumusalam. Ayra,can we talk?" suara Daniel kedengaran dihujung talian.

"Hm, cakaplah."

"Ayra, please pikir betul-betul. Jangan disebabkan dendam, you nak korbankan hidup you. It's not worth it Ayra. I still love you, i tak boleh tengok you kawin dengan orang lain. Hati I sakit, jiwa I merana!" Daniel merayu. Dia sudah hilang arah sejak hari pertunangan mereka.

"Apa kau merepek ni Daniel? Kau sedar tak apa kau cakap ni?" kemarahan Ayra mula membuak.

"i know you still love me. I know you very well sayang. Please Ayra, jangan buat keputusan bodoh ni. You jujur dengan perasaan you, I boleh fixed kan everything sebelum malam ni." Daniel masih tidak berputus asa. Baginya, selagi Ayra belum sah menjadi isteri orang, selagi itu dia mencuba.

Ayra muak mendengar perkataan cinta. Baginya semua yang keluar dari mulut lelaki itu semuanya dusta. Kenapa baru sekarang nak hubunginya. Kenapa bukan dalam masa tempoh dua minggu ini?

"Stop it Daniel. I pilih your father as my husband. So please respect my decision."

"But you tak ikhlas dengan my dad kan Ayra? Tolong lah Ayra, I love you and I love him too. I taknak you sakitkan hati dia, I taknak you buat dia merana hanya kerana nak balas dendam pada I. Kalau you nak balas dendam, balas pada I je Ayra. Kita kawin, and after marriage, you nak buat apa pada I you buatlah. I sanggup terima apa sahaja. Please Ayra, I'm begging. I taknak dia kecewa macam mana I kecewakan you." Daniel mula merintih. Kedengaran suaranya semakin serak menahan sebak. Ya, dia tidak mahu Zakery merana kerana tiada cinta yang akan diberikan gadis itu. Dia hanya ingin membalas dendam!

Hati Ayra bertambah sakit. Kini, dia sedar satu perkara. Daniel sanggup lakukan apa sahaja demi melindungi ayahnya. Cinta dia terhadap ayahnya lebih besar dari cintanya kepada Ayra. Kecewa? Seperti mana kau kecewakan aku, begitu juga kecewa yang akan kau rasai. Jika dengan cara ini bisa membuatmu menderita, aku sanggup meredahnya.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now