BAB 15 - MISSION ACCOMPLISHED

10.3K 330 16
                                    

AYRA laju melangkah masuk ke bangunan Berkat Holding setelah meletakkan kenderaannya di parkir bawah tanah. Mangkuk tingkat ditangannya dibawa bersama. Hari ini, dia ingin membuat kejutan kepada sang suami yang masih lagi dengan rajuknya. Sudah tiga berhari berlalu, Zakery sedikit menunjukkan perubahannya. Daripada seorang yang dingin, kini dia mula bercakap dengan Ayra. Untuk mesra seperti sebelum ini, masih memerlukan masa dan usaha keras darinya. Chaiyok Ayra Maisarah!

TUK! TUK!

"Masuk!" Ayra tersenyum saat mendengar suara garau suaminya.. Pintunya dikuak dan kakinya melangkah masuk.

"Hello my cinta!" sapa Ayra. Mata Zakery yang sedang asyik tertumpu pada skrin komputer beralih ke sosok tubuh wanita itu. Dia sedikit terkejut dengan kehadiran Ayra yang secara tiba-tiba.

"Ayra buat apa kat sini?" soal Zakery ingin tahu.

"Ayra bawakan potion cinta untuk abang." ucap Ayra tersengih sambil tangannya mengangkat bekal yang dibawa.

"Ayra bawa apa tu?" soal Zakery pura-pura tidak mengerti.

"Potion cinta Ayra untuk abang. Harini Ayra bawa potion ayam masak lemak cili api dengan sayur kobis goreng." Jawab Ayra dengan nada yang teruja. Dia melangkah ke sofa diruangan itu lalu membuka mangkuk tingkat itu satu per satu. Aroma yang menyelerakan mula  merebak keseluruh ruang udara bilik sekaligus mengundang perut Zakery untuk turut menari kelaparan.

Zakery menghela nafasnya. Ada sahaja kerenah si isteri dari sehari ke sehari. Nak buat-buat tak tahu, perut pula lapar. Bau nya macam sedap!

"Sedap tau Ayra masak. Tadi Biksue makan bertambah!" pancing Ayra lagi. Sengaja dilibatkan Biksue dalam usaha memujuknya.

'Argh! Lantaklah ego aku ni,perut dah lapar! Lagipun Ayra masak memang sedap.' gumam hatinya sendirian. Ya, dia kalah pertahankan egonya demi ayam lemak cili api! Lebih tepat lagi, lauk kegemarannya sejak kecil. Mujurlah Ayra sempat soal siasat ibu mertuanya tentang kesukaan anaknya yang satu itu.

Zakery bingkas bangun dari kerusinya lalu melangkah laju kearah Ayra yang sedang asyik menghidangkan bekal yang dibawa. Pinggan untuk bahagian Zakery sudah pun terhidang, tunggu untuk dimakan sahaja.

"Ye ke Ayra masak ni? Bukan beli kat luar?" Zakery sengaja menuduhnya. Lebih tepat lagi sengaja nak cari pasal! Tapi kali ini, Ayra tidak mudah melatah, misi harus diteruskan, maka apa jua rintangan ayuh kita tentang!

"Ish abang ni, mana ada Ayra bungkus kat luar. Ayra masak sendiri tau. Sebab dalam masakkan ni Ayra dah campur macam-macam. Yang paling penting dari air tangan Ayra sendiri tau. Barulah menjadi potion cinta Ayra!"

"Campur macam-macam? Ayra nak racun abang ke?"

"A'ah lah. Ayra campurkan kasih dan sayang. Ayra nak racun abang dengan cinta Ayra. Biar abang mabuk dalam cinta kita." jawab Ayra selamba. Zakery terkedu seketika. Ada-ada sahaja jawapan yang diberikannya. Tak pernah nak kalah!

Zakery hanya membiarkan sahaja Ayra dengan madah pujangganya. Dia membasuh tangan lalu menjamah masakkan yang dihidangkan Ayra. Seperti yang dijangka, memang sedap! Pedas, masin dan sedikit masam dari buah belimbing buluh yang dicampurkan cukup membuka seleranya. Lagi sedap dari makan dikedai.

"Sedap tak abang?" soal Ayra teruja.

"Hm, boleh lah." jawab Zakery acuh tak acuh. Haih, dasar egois!

"Nak lagi..." pinta Zakery dengan wajahnya yang tak bersalah. Ayra mencebir. Sama je macam haritu, cakap biasa-biasa je, tapi mesti menambah.

"Eleh, cakap biasa je masakan Ayra, tapi mesti menambah. Cakap jelah sedap. Memang sah lah potion Ayra menjadi, lepas ni abang akan angau dengan Ayra!" ucap Ayra sambil tangannya menyeduk nasi tambah kedalam pinggan suaminya. Zakery hanya menjeling tanpa berkata-kata.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now