APPRECIATION POST (PLEASE READ)

5.4K 179 48
                                    

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Saya ingin mengenalkan diri saya terlebih dahulu dengan nama pena yang diberikan iaitu 'Fasyah'.

 'How I Married Your Father' (HIMYF) adalah sebuah karya sulung yang dihasilkan setelah kegagalan saya suatu ketika dahulu.

Pada umur saya 14 tahun, saya gemar menulis sajak dan cerpen pelbagai genre. Karya saya hanya dibaca oleh rakan-rakan sebaya. Pada suatu hari, saya memberanikan diri untuk menghantar salah satu karya saya kepada seseorang yang sudah terlibat didalam bidang penulisan untuk sekian lamanya. Pada awalnya, galakkan yang diberikan membuatkan saya teruja. Namun, panas yang disangkakan hingga kepetang, rupa-rupanya hujan ditengahari. Setelah saya menghantar manuskrip itu, saya cuba menghubunginya untuk mendapatkan komen dan maklum balas tentang penulisan namun hanya dibiarkan sepi tanpa jawapan. Ketika itu saya menganggap penulisan saya telah gagal dan sejak itu saya berhenti menulis. Semestinya saya tidak menyalahkan individu tersebut kerana mungkin ada perkara yang perlu diselesaikan sehingga lupa untuk memberi maklum balas mengenai manuskrip yang dihantar. (Alfatihah untuk beliau).

Setelah 13 tahun berlalu, kini saya telah mengambil keputusan untuk kembali berkarya dalam bidang penulisan ini setelah mendapat kekuatan yang baru. Apabila saya menulis semula, saya mula 'bernafas' kembali dan ia improve my mental health. Dan yang paling membuatkan saya terharu adalah penulisan saya di wattpad ini mula mendapat sokongan dan dipandang. Walaupun pembaca karya saya ini masih kecil, sokongan kalianlah yang membuatkan saya rasa  'hidup' dan bersemangat untuk terus menulis.

Saya ingin mengucapkan ribuan terima kasih atas sokongan yang tidak berbelah bahagi daripada kalian. Untuk karya sulung ini semestinya mengandungi banyak kelemahan daripada pelbagai aspek, pendapat-pendapat anda saya amatlah hargai dan ia menjadi satu pembakar semangat untuk saya memperbaiki gaya penulisan saya dari semasa ke semasa. Jangan lupa untuk follow @byFasyah di Tiktok dan nantikan update terkini dari Fasyah dari semasa ke semasa ya.

Pengalaman pertama saya dalam karya ini memberikan sejuta rasa ketika menghasilkan plot cerita dan membina watak-watak didalam HIMYF terutamanya watak Ayra Maisarah dan Zakery Adam. Kedua-dua watak ini sangat dekat dihati dan saya juga mengharap Ayra Maisarah dan Zakery Adam bisa membuatkan kalian jatuh cinta kepada mereka.

Oh ya, are you ready for next story?

sincerely , Fasyah :)

psssttt : Syah rest for two weeks tau untuk promosikan How I Married Your Father sebelum kemunculan cerita baru. Sepanjang dua minggu itu juga, Syah akan develop new story with new character untuk kalian. Keep follow me on tiktok for next sinopsis tau.  See you soon love! 

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now