SPECIAL CHAPTER 2

7.6K 267 48
                                    

DANIA mendengus kesal. Oleh kerana parking tiada yang berdekatan, dia telah meletakkan kenderaannya sedikit jauh dari kedai musik yang ingin dia pergi. Setelah selesai menguruskan beberapa pesanannya dan meminta pihak kedai untuk terus menghantar ke rumah, hujan mulai turun membasahi bumi.

'Aduh, mesti basah lencun ni' gumam hatinya sendiri. Nak tak nak dia harus redah sebelum hujan itu turun dengan lebih lebat.

Baru sahaja dua langkah kakinya pergi, tiba-tiba seorang lelaki hadir disisinya. Dia melindungi Dania daripada terkena hujan dengan payungnya ditangan. Dania yang terkejut dengan kehadiran lelaki itu segera menoleh kewajahnya.

"Abang Raed?" soal Dania kehairanan dengan kehadirannya. Lelaki itu tersenyum manis. Terselah lesung pipit di pipi.

"Wanna get some coffee?" pelawa Raed ramah. Dania melihat keadaan sekelilingnya dan terdapat sebuah kafe yang terdekat. Apa salahnya kalau dia menerima pelawaan lelaki yang menjadi sahabat adiknya sendiri. Lagipun keluarga mereka rapat sejak dari kecil.

"Sure, why not? Kita ke sana okey?" soal Dania sambil jarinya menunjukkan kearah kafe itu. Raed mengangguk lalu berjalan seiring dengan gadis itu menuju ke kafe yang Dania pilih.

Tiba sahaja di kafe itu, badan Dania mula menggigil kesejukkan. Dengan cuaca yang hujan ditambahkan lagi dengan kesejukkan daripada penghawa dingin di kafe itu membuatkan Dania tidak tahan. Dia memeluk tubuhnya erat.

Mata Dania membulat saat jaket itu mula membaluti tubuhnya. Raed memberikan jaketnya untuk membantu menghangatkan tubuhnya. Mata Raed dipandang.

"Kenapa you bagi Dania jaket ni? You tak sejuk ke?" soal Dania saat matanya memandang kearah baju t-shirt yang berkolar v dipakai oleh lelaki itu.

"Takpa. T-shirt ni tebal. Lagipun i tak rasa sejuk pun. Dania tu, sampai menggigil." Raed tergelak kecil melihat wajah Dania yang sudah pun menggigil. Dania mengetap bibirnya malu.

Selang beberapa minit, minuman yang dipesan tiba bersama sepotong kek. Dania memadang pelayan itu kehairanan.

"Saya takda order cake."

"Oh ini free cik. Setiap hari rabu, kita akan bagi sepotong kek secara percuma untuk pasangan yang datang ke kafe kami." ucap pelayan itu dengan senyuman lalu pergi meninggalkan mereka berdua. Wajah Dania mula merona kemerahan, dia segan dengan Raed. Walaupun mereka kenal sejak kecil, tapi Dania jarang berbual apetah lagi rapat dengannya. Keadaannya sedikit kekok.

"Dania beli apa dekat music shop?" soal Raed memulakan bicara.

"Oh, i beli piano baru. Yang kat rumah dah problem."

"I see. Dania suka musik ya?"

"Biasa-biasa je. But I really love playing the piano."

"why?"

"Sebab melodi dia. First time Dania jatuh cinta dengan melodi piano saat papa mainkan untuk mama. He love my mom a lot and I adore their love." jawab Dania tersenyum-senyum saat mengingati kembali romantis cinta Ayra dan Zakery.

"You put them at the highest place huh?"

"Of course I am. Sebab tu I tak pernah bercinta. I put high expectation to my future." jawab Dania jujur. Ya, dia tidak pernah menerima mana-mana lelaki yang mendambakan hatinya. Kerana dia sangat memilih dan ingin memiliki lelaki yang persis ayahnya,Zakery Adam.

Senyuman mula terukir dihujung bibir. Raed menghirup kopi latte itu perlahan-lahan. Seperti yang diduga olehnya.

"Seorang ayah adalah benchmark kepada anak perempuannya untuk mencari pasangan. Semakin tinggi value seorang ayah, semakin tinggi expectation seorang anak itu terhadap bakal pasangan. Cinta papa awak membuatkan awak tidak mahu menerima cinta yang kurang daripada itu. Betul?" Raed memandang tepat kearah mata Hazel Dania. Dania mengangkat keningnya dan mengangguk.

How I Married Your FatherDär berättelser lever. Upptäck nu