BAB 7 - KEPULANGAN DANIEL

8.4K 307 23
                                    

HARI silih berganti hari, minggu berganti minggu. Setiap saat jam berdetak, menunjukkan masa yang pantas berjalan. Siapa yang masih lambat dan membuang masa, dia akan sentiasa ketinggalan dari segalanya. Namun, bagi sesiapa yang menghargai setiap detik, dialah orang yang paling beruntung di dunia. Sesungguhnya, Demi masa manusia dalam kerugian.

Sudah tiga minggu mereka pulang dari Terengganu. Kerja hakiki mereka kembali seperti biasa. Namun, hubungan diantara Zakery dan Ayra pula semakin akrab. Mereka berdua kerap meluangkan masa bersama ketika waktu makan tengahari dan juga makan malam sebelum pulang ke rumah. Dihadapan pekerja lain, personaliti Zakery kekal seperti biasa. Dia amat tegas dan serious ketika bekerja. Sikapnya yang komited dan disiplin membuatkan pekerja-pekerjanya sangat menghormati Zakery sebagai ketua mereka. Namun, apabila berdua sahaja dengan Ayra atau tempat dimana pekerja lain tiada, sikapnya berubah. Dari seorang yang garang bertukar kepada seorang yang gentleman. Nada bicaranya, gaya lembutnya dan sikap Zakery itu sendiri bisa membuatkan mana-mana gadis cair. Hanya Ayra sahaja nampak sisi Zakery yang satu ini. Adakah Ayra memegang kedudukan istimewa dihati Zakery?

"Bos, hari ni kita lunch kat office je boleh? Saya bawak bekal." pinta Ayra sambil menunjukkan mangkuk tingkat yang dibawanya.

"Wow amazing! Sempat ye awak masak. Ada portion for me?" usik Zakery. Matanya melirik kearah mangkuk tingkat yang dibawa oleh Ayra. Aroma yang menyelerakan mula menusuk hidung. Macam sedap je.

"Of course. Harini saya masak udang sambal dengan kobis goreng. Bos ok tak lauk ni?"

"Saya tak memilih,semua saya makan selagi makanan tu halal. Saya cuma tak makan batu dengan pasir je." Zakery cuba berseloroh. Dari hari ke hari, dia mula selesa untuk bergurau senda dengan gadis itu.

"Ouh, makan makanan halal je ye? So, bila bos nak halalkan saya pulak?" usik Ayra lagi. Tak serik kan?

"Awak ok ke kawen dengan orang tua?" soal Zakery lagi. Soalan itu kerap ditanya ketika Ayra mengusiknya soal kawen. Ayra tidak mengambil serious akan hal itu. Bagi Ayra, itu hanya omong kosong dan gurau senda diwaktu senggang.

"Haih, I told you already, umur tu bukan pengukur. If jodoh Ayra dengan orang tua, siapa Ayra nak menolak takdir?" dalam kata-katanya terselit kejujuran. Ya, jika itu takdir yang sudah tertulis buat dirinya, siapa dia ingin menidakkan. Untuk masa sekarang, dia hanya fokus untuk dirinya sahaja. Mengenai Zakery pula, Ayra sudah mula berbelah bahagi. Awalnya niat Ayra ingin menggoda Zakery hingga lelaki itu jatuh cinta kepadanya. Namun, semakin hari dia mengenali Zakery, dia tidak sampai hati untuk meneruskan rancangannya. Zakery terlalu baik, berbeza sangat dengan sikap dan personaliti Daniel. Jika ditanya siapa yang lebih baik untuk dijadikan suami, semestinya jawapan Ayra adalah Zakery Adam!

Zakery hanya tersenyum mendengar jawapan Ayra. Entah sejak bila, hatinya mula tertarik. Dia cukup berhati-hati mengenai soal hati. Sudah 23 tahun menduda, dia pun sudah lama lupa bagaimana rasanya bercinta. Lebih tepat lagi, Zakery tidak pernah bercinta langsung! Kasih sayangnya terhadap Suri pula bermula sebagai kasih terhadap seorang kakak ipar yang rapat dengannya. Kemudian perasaan itu beransur berubah kepada tanggungjawab dan kasih seorang suami yang mengasihi isterinya. Namun,cinta itu bagaimana pula?

"Ha, ini untuk bos. Make sure habisss haaaa" bebel Ayra sambil tangannya menghulurkan pinggan yang berisi nasi dan lauk kepada Zakery. Aduh, menyelerakan sungguh!

"Sedapnya. Pandai awak masak ya Ayra." puji Zakery ikhlas. Sambalnya pedas, kena betul dengan tekak old schoolnya.

"Of course, nak jadi future wife bos kan mestilah kena pandai masak." tatkala mendengar ayat Ayra, Zakery tersedak. Aduh Ayra, jangan salahkan Zakery ye jika dia benar-benar memperisterikan kamu!

"Pedas pedas! Air ,bagi saya air!" minta Zakery dalam keadaan cemas. Tekaknya perit betul. Dalam sehari, kalau Ayra tak mengusik dia, memang tak lengkap hidup Ayra agaknya. Ayra segera menyuakan secawan air kosong kepada Zakery. Di hati Ayra, ada sedikit terselit penyesalan. Alaaa gurau je pun!

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now