BAB 9 - CROSS BORDER

8K 313 10
                                    

ANGIN pagi meniup lembut kewajahnya. Awning tudung dibetulkan, lilitan nya pula dikemaskan. Entah mengapa pagi ini, anginnya terasa sejuk. Ayra melangkah masuk kedalam bangunan pejabatnya itu. Pulang sahaja dari makan malam semalam, Ayra terus merebahkan badannya ke atas katil setelah selesai mandi dan solat. Awal pula lenanya.

"Morning bos!" ucap Ayra saat wajah mereka bertemu. Zakery hanya mengangguk tanda membalas sapaannya. Ayra rasa janggal, selalunya ceria sahaja Zakery menyahut sapaannya. Mengapa kali ini berbeza? Arghh! Perasaan mungkin!

Ayra segera ke ruang pantri. Dia mengambil satu sachet Latte lalu dibancuhkan ke dalam air panas. Itu rutinnya setiap pagi setelah Zakery masuk ke ruang pejabatnya. Dia perlahan-lahan membawa cawan panas itu ke bilik Zakery.

TUK ! TUK!

Ayra memasuki ruang itu setelah mendapat keizinan. Dia menghadiahkan senyuman kepada lelaki itu namun disambut sepi. Moodnya seperti dingin. Sedingin ais batu!

"This coffee for you as usual." ucap Ayra. Zakery hanya diam membisu. Matanya tertumpu ke skrin komputernya.

"Are you okey bos?" soal Ayra ingin kepastian.

"Anything else?" soal Zakery dingin. Soalan Ayra dibiar tak berjawab. Hati Ayra terasa kecut, dia keliru dengan perubahan mendadak Zakery. Kecil hati dibuatnya.

"Sorry, saya keluar dulu." pinta Ayra lalu meninggalkan ruangan itu. Dia agak kehairanan. Adakah Daniel dah bagitahu semuanya?

Jari jemari Ayra pantas mencapai telefon bimbitnya. Number Daniel segera dihubungi. Nasib baik Zakery berikan number anaknya itu sebagai number kecemasan jika ada apa-apa yang berlaku kepada majikannya.

"Hello.." suara garau lelaki kedengaran dihujung talian.

"Daniel, its me Ayra. Can we talk?" soal Ayra. Dia ingin kepastian. Hati Daniel berbunga. Tidak disangka bahawa Ayra akan menghubunginya.

"Yes sure. Why Ayra?"

"Kau ada bagitahu bapak kau pasal kita?" soal Ayra tanpa melengah. Dia malas nak basa-basi.

"Pasal kita?" soal Daniel kehairanan. Setahunya, dia tidak sempat bertemu dengan ayahnya selepas makan malam semalam. Selepas berjumpa sahabatnya, dia terus pulang ke rumah neneknya, Datin Faridah.

"Nope. I tak bagitahu apa-apa pun. Semalam I balik rumah nenek I and kita orang belum berjumpa lepas makan tu. Why Ayra?"

"Nothing. Thanks!" Ayra terus meletakkan panggilan itu. Dia malas nak berlama-lamaan. Hm, jika Daniel masih belum bertemu dengan Zakery, ini bermakna rahsia itu masih kemas dalam simpanan. Jika bukan kerana itu, mengapa pula dia berubah?

SUDAH satu jam masa berlalu. Dia seperti cacing kepanasan. Ada je benda yang tak kena dimata. Barangan diatas meja diubah beberapa kali sedangkan barang tu memang sudah cantik tersusun. Ni semua gara-gara perubahan Zakery yang agak mendadak. Argh! Tak boleh jadi, dia tidak suka berteka-teki. Apa nak jadi, jadilah. Kalau ditakdirkan dia dipecat hari ini, dia sanggup daripada terus bermain perasaan sendirian. Dia bingkas bangun dari kerusinya lalu melangkah laju keruangan Zakery. Kali ini dia langsung tak ketuk pintu, dan meluru masuk tanpa keizinan.

"Now tell me Dato Zakery Adam,apa salah saya?" soal Ayra dengan tegas. Zakery agak terkejut dengan kedatangan gadis itu. Dia tidak menyangka Ayra akan bertindak diluar batas.

"Kenapa tak ketuk pintu dulu sebelum masuk?"

"Hah! That's not important right now. Saya nak tahu apa salah saya sampai bos layan saya macam ni? Kalau ada salah, tell me. Bukan bagi silent treatment." omel Ayra. Zakery meletakkan fail yang ditangannya ke atas meja. Dia berdiri tegak menghadap Ayra sambil menyilangkan kedua-dua tangannya.

How I Married Your FatherWhere stories live. Discover now