SPECIAL CHAPTER 1

6.5K 222 24
                                    

SUASANA yang indah dan nyaman di pagi hari di nikmatinya sambil menghirup kopi susu panas. Sesekali matanya dipejam seketika untuk merasai kedinginan angin pagi yang bertiup lembut di balkoni bilik. Sepasang tangan mula melingkari pinggangnya dari belakang dan bahunya dikuncup.

"Morning cinta." Zakery menyapa lembut kepada isterinya yang ralit menikmati suasana. Walaupun mereka mula menginjak usia senja, hubungannya masih erat seperti baru-baru berkahwin.

"Morning syurgaku. Your coffee on the table, still hot." jawab Ayra mesra sambil jarinya menunding kearah meja yang jaraknya hanya lah beberapa langkah.

Kaki Zakery melangkah ke arah meja itu lalu tangannya mencapai cawan yang sudah berisi minuman. Air panas itu dihirup perlahan-lahan.

"Abang, Danish dah balik ke belum?" soal Ayra. Kebelakangan ini Danish kerap menginap dirumah Johan sehingga nak nampak batang hidup anaknya sendiri pun susah.

"Tadi abang dah call dia, dia cakap pada abang yang dia akan balik this afternoon. Sayang jangan lah risau. Dia kat sana pun dengan Raed." pujuk suaminya bersama senyuman.

Selama ini, isteri Johan, Mona telah menetap diluar negara demi keselamatannya kerana Johan mempunyai musuh disekeliling yang akan menghancurkannya bila-bila masa. Oleh kerana Zakery yang telah membuka banyak peluang untuk dirinya sebelum ini membuatkan Johan berjaya mencipta kerjaya dan hartanya sendiri. Hubungan jarak jauh yang memerlukan komitmen untuk berulang alik antara Malaysia ke Korea Selatan bukanlah satu masalah baginya kerana kewangan mereka tidak menjadi satu penghalang. Mereka dikurniakan dua orang anak lelaki iaitu Raed dan Aedy. Setelah keadaan semakin baik, Johan merancang untuk membawa isteri dan anak-anaknya pulang ke Malaysia dan menetap bersama.

Namun, disangkakan panas hingga ke petang, hujan pula ditengahari. Mona telah disahkan menghidapi barah payudara dan telah meninggal dunia 10 tahun yang lalu. Anak-anaknya dibawa kembali ke Malaysia dan menetap bersamanya.

Sejak perkenalan Raed dan Danish, hubungan mereka semakin rapat sehinggalah mereka memasuki ke asrama private high school bersama-sama pada usia anaknya 13 tahun manakala Raed pula 16 tahun. Anak keduanya, Aedy pula umurnya sebaya dengan Dany Mikail.

"Abang ni jangan manjakan sangat anak-anak tu. 5 tahun tau Danish kat asrama, bila school dah habis dia pula selalu ke rumah Johan. Sekali-sekala apa salahnya kalau ajak Raed ke rumah pula. Tidur sini lah sekali sakala." bebel Ayra. Sebetulnya, dia rindukan anak lelaki sulungnya itu.

"Sayang, awak tahu sikap protective Danish tu macam mana kan? Dia mana nak bagi kawan-kawan lelaki dia tidur sini sebab Dania ada dirumah. Dia protect kakak kesayangan dari dikacau. Sayang lupa ke?" Zakery cuba mengimbas kembali kenangan ketika anak-anaknya masih bersekolah rendah. Kerana rupa kembar itu yang tidak seiras dan mempunyai wajah yang cantik dan tampan, mereka sering menjadi tumpuan di sekolah sehinggakan hampir setiap hari kembar itu menerima surat cinta dan hadiah terutamanya Dania Mikayla. Kecil-kecil lagi dah gatal.

Kerana tidak suka menjadi tumpuan, Dania membuat keputusan untuk home school dirumah sahaja berbeza pula dengan Danish yang tidak mengambil pusing akan hal yang remeh dan sering membuat hal nya sendiri bersama Raed.

Pada awalnya, Ayra tidak bersetuju memisahkan kembar itu dan membenarkan Dania berlajar dirumah namun kasih seorang ibu yang tidak sanggup melihat Dania yang sering tertekan membuatkan ia pasrah. Sejak itu Dania dan Danish tidak lagi bersekolah dibawah bumbung yang sama.

Ayra mengeluh berat. Walaupun mereka berdua kembar, sikap mereka jauh berbeza. Dania lebih ramah dan periang. Berbeza pula sikap Danish yang pendiam. Mujur Dany pula santai sahaja orangnya.

"Hm, please remind him malam ni ada celebration birthday dia dan Dania." Ayra mengingatkan Zakery berulang kali mengenai acara malam ini. Setelah 5 tahun, baru kali ini Dania bersedia tampil dihadapan orang lain. Jika tidak, dia sering mengelak saat Ayra ingin membawanya kemana-mana majlis.

How I Married Your FatherDonde viven las historias. Descúbrelo ahora