BAB 13 - MISI MEMIKAT SUAMI?

10.7K 313 1
                                    

AYRA membuang padangannya jauh ke pemandangan yang terbentang luas dihadapan. Sesekali angin yang bertiup nyaman tidak sedikitpun mampu meredakan jiwanya yang bergelora. Ayra menyisir rambutnya kebelakang telinga. Dia menghirup kopi panasnya sambil mengambil angin malam di balkoni.

Sejak pulang dari Melaka tiga hari lepas, Zakery seolah-olah memberikan 'silent treatment' kepadanya. Kadang-kala Zakery sengaja menyibukkan diri dipejabat dan pulang lewat. Alasannya banyak kerja-kerja yang tertangguh. Bila balik rumah, pasti dia akn tidur disofa dalam bilik tidur mereka.

Ayra keliru, jika Zakery enggan tidur bersamanya, mengapa Zakery menyentuh dirinya pada malam pertama mereka. Untuk balas dendam ke?


AYRA terpaku seketika. Dia terasa janggal saat Daniel tiba di muka pintu rumah mereka. Sejak Zakery bernikah dengan Ayra, Daniel terus menetap di rumah neneknya, Datin Faridah yang sudah pun pergi menunaikan umrah semalam. Dia sudah bernazar, sekiranya Zakery berkahwin suatu hari nanti, dia akan menunaikan umrah dan membuat sedikit korban disana nanti.

"Papa sihat?" soal Daniel memulakan perbualan. Saat itu Biksue tiba bersama dulang minuman. Biksue adalah orang gaji baru dirumah itu. Zakery mengambil orang gaji baru khas untuk membantu isterinya dirumah. Walaupun masih marah, tanggungjawab dan keselesaan untuk Ayra tidak pernah dilupakan.

"Sihat alhamdulillah. Grandma bagitahu papa, you're going back to Australia?" soal Zakery inginkan kepastian selepas ibunya memaklumkan akan keputusan anak tunggalnya itu.

"Ya pa. Flight Daniel tengah malam ni. Kejap lagi Daniel akan gerak terus ke airport." jawab Daniel. Zakery mengerling jam ditanggannya. Masih awal untuk ke airport.

"Awalnya. Ni baru pukul 5petang."

"A'ah papa. Daniel banyak tempat nak singgah. Nak jumpa kawan dulu."

"Nak papa hantar?" soal Zakery sambil matanya menjeling kearah Ayra yang disisi. Ha, apalah yang difikirkan Zakery tu?

"No need pa. Kejap lagi kawan Daniel pick up me. Don't worry okey?" Daniel saja beralasan. Yang sebenarnya, dia tidak mahu melihat Ayra dan ayahnya menghantarnya ke airport. Dia masih terluka. Tujuannya ke Australia semula hanyalah semata-mata untuk merawat luka dijiwa.

Belum sempat Zakery ingin membuka bicara, telefon bimbitnya berbunyi. Zakery memberikan isyarat kepada mereka untuk menjawab telefon lalu beredar meninggalkan Ayra dan Daniel berdua-duaan di ruang tamu yang besar itu.

"You sihat, Ayra?" soal Daniel memulakan bicara. Ayra hanya mengangguk tanpa berkata-kata. Kekok!

"Ayra, before I pergi. I ada something nak cakap dengan you." Daniel menghela nafasnya. Berat untuknya mengungkapkan kata. Ayra masih diam membatukan diri.

"Ayra, I'm sorry. I'm really sorry for everything I did. I tahu yang I tak boleh ubah masa kita macam dulu. To be honest, I really love you. Sebab tu I tak pernah give up cari you kat Aussie dulu. If I knew you dah balik Malaysia masa tu, I dah balik dan cari you lebih awal dari tu. I tahu apa I buat kat you tu kejam, dan luka yang you tanggung pun dalam, but I tak tahu nak buat apa lagi untuk dapatkan sebuah kemaafan dari you. I tahu I takkan dapat you balik once you sah jadi isteri papa. Sampai bila-bila I takkan dapat you kembali Ayra." ungkap Daniel setulus hati. Dan menyambung kembali kata-katanya.

"I tahu you kahwin dengan my dad just for your revenge. But trust me Ayra, dendam ni takkan ke mana dan end up you akan seksa hidup you. I don't know what's your planning for this marriage, but please Ayra think twice before decide anything in future. Papa seorang yang ikhlas dalam mencintai. Once he fall in love, he fall harder. He will treasure you forever. trust me!" Daniel terhenti seketika. Sebak mula terasa. Begitu juga dengan hati Ayra, jiwanya terusik. Jahat sangat ke aku ni?

How I Married Your FatherTempat cerita menjadi hidup. Temukan sekarang