BAB 37

3.3K 330 28
                                    

Recommended song: Tiada dirimu by Shila Amzah

Bibir miliknya tidak henti-henti melafazkan kalimah suci Al-Quran. Segenap wad itu bergema dengan suara merdu Zar. Tenang hati miliknya apabila ubat penenang sepanjang zaman itu meniti di lidah. Adwa masih sama sedari pagi tadi, langsung tidak membuka mata, diam kaku didalam mimpi yang panjang.

“Sadaqallahul azim “

Dari surah Al Fatihah, Surah Al- Mu’awwidzat hinggalah ke surah Al- Isra’ ayat ke lapan puluh dua, setelah selesai kesemua bacaan surah itu, ditutup rapi, dicium lalu diletakkan Al-Quran itu di atas almari kecil. Mata kembali tertumpu pada wajah bersih Adwa.

Tipu kalau dia katakan dia tidak risau, malah bertambah rasa gelisahnya apabila si dia masih tidak membuka mata. Seiingat apa yang dikatakan oleh doktor, kesan ubat yang diberikan pada Adwa tidak lama, hanya beberapa jam sahaja namun wanita ini masih lagi tidak menunjukkan sebarang reaksi untuk sedar kembali.

Jam ditilik di dinding wad persendirian itu, angka menunjukkan pukul lima petang. Sehari suntuk dia ada di sini, Dahlia sudah pulang tadi, berbakul-bakul nasihat dan bebelan dilontarkan padanya, hendak tinggalkan Adwa? Langsung tidak boleh! Ibu bapa wanita itu masih tidak kunjung tiba.

Jadi dia di sini, menjadi peneman setia buat puteri yang sedang tertidur lena.

“ Tak sembahyang lagi ni...” Gumamnya perlahan. Adwa dikerling sekilas, hati yang berbolak-balik cuba ditenangkan. Mengapa dia kisahkan keselamatan Adwa hingga sebergini walhal Tuhanya akan sentiasa menjaga si dia? Tanpa banyak kata, ruang wad itu ditinggal sebentar, langkah kaki menuju ke bilik solat yang berdekatan.

Hampir lima belas minit dirinya mengadu kepada Tuhan yang satu, diluah segala isi hati yang terpendam jauh di dalam lubuk hati. Air mata yang menitis laju dibiarkan, sujud yang terakhir terasa lama, lelah di hati terasa diangkat dari bahu. Terasa segala beban hilang sama sekali.

“ Ya Allah...Aku memohon kepadamu, jagalah dia, kasih kan dia, lindungi lah dia daripada sebarang kecelakaan. Berilah dia bahagia yang selayaknya Ya Allah, dan andai antara Aku dan dia memang tiada ikatan takdir antara kami...maka Engkau buang lah rasa cinta ini sejauh-jauhnya, lemparkanlah rasa yang ada di hati ini kedalam lautan yang paling dalam dasarnya...dan hadirkanlah dia laki-laki yang mampu menjaganya hingga akhir nafas dan hingga ke syurga milikMu Ya Allah...dan andai...andai dia sememangnya dia tercipta buatku, maka berikanlah Aku peluang untuk bersama denganya buat selama-lamanya...”

Doa yang tulus dari jiwanya, terhincut-hincut bahunya saat dia lontarkan doa itu. Sesak di dada, sepanjang mana nafas ini terhembus, tidak pernah dia meminta lebih, namun kali ini, buat pertama kalinya hati milik Zar Uzair inginkan Adwa Naila. Sungguh! Cinta ini benar- benar membuatkan Zar hilang arah.

“ Aku memohon kepadaMu...”

Sekeping hati Adwa terlihat sangat mudah untuk dimiliki, diredah tanpa rasa peduli, walhal diri Zar Uzair berdarah di sana sini tanpa rasa peduli pada diri.

Langkah kaki dibawa semula ke wad Adwa ditempatkan, belum sempat tangan miliknya menolak penuh pintu itu, dirinya terkaku. Dia hadapan dia saat ini, adanya dua insan yang dia kenali, Ibu bapa Adwa Naila. Dan tika sepasang mata milik orang tua itu melihat ke arahnya, tanpa sempat dia berkata apa-apa, terasa pipi kananya terteleng ke kiri, pijar terasa juga.

“ Pang!” Tamparan hinggap di wajahnya. Terkedu diri Zar dibuatnya.

“ Apa yang kau dah buat dengan anak Aku? Berhari-hari kami cari dia! Hampir gila kami apabila dia hilangkan diri tanpa sebarang berita, dan hari ini kami lihat dia macam ini? Kau jawab!”

ZARWhere stories live. Discover now