BAB 33

4.4K 314 46
                                    


Recommended song: Christina Peri, A thousand year.

Zar Uzair...adakah dia baru sahaja melamar Aku? Aku lihat dalam-dalam raut wajahnya, ingin mencari kebohongan pada wajah itu namun tiada, hanya ada kejujuran sahaja. Gila, Aku ini isteri orang dan dia selamba badak sahaja berkata seperti itu.

Yaa mungkin dia bergurau senda, apa yang Aku faham mengenai Zar Uzair ini, dia seorang yang sangat suka berjenaka.

“Pftttt jangan melawak lah Zar, bukanya saya cintakan awak pun, pergilah lamar perempuan lain, crush awak ke, gilfriend awak ke, ayam or itik Nek Khadijah ke, kenapa saya pula yang awak nak?”

Dia gelengkan kepala laju-laju menandakan dia tidak bergurau atau membuat jenaka. Dia serius.

“ Aku tak main-main ni, sungguh Aku betul-betul nak jaga hang. Cinta ka dak semua tu belakang kira, kita boleh bercinta after nikah kan lagi sweet gitu? Laa ni Aku mana boleh sentuh hang, kalau kita bernikah haa dua puluh empat jam hang boleh peluk Aku. Aku ni gebu serupa polar bear hang tau dak?”

“ Awak melamar perempuan lain serupa suap gula-gula je kan?”

“ Habis romantik dah ni Adwa, takpa kalau hang tak boleh jawab laa Aku boleh bagi masa. Selama mana yang hang nak, kalau hang sudi lah. Aku ni kerja kat laut sana mana la orang nak kan? Kalau mati pun entah-entah takdak batu nisan”

Pantas Aku menampar kuat bahunya, apa pula dia kata sebergitu? Dia mengaduh kesakitan dan bibir merah delima itu mula ketawa terbahak-bahak.

“ Hahahahaha haih Aku gurau jaa tapi hang tampaq Aku pulak. Sayang jugak hang dekat Aku kan?” Aku gulingkan bebola mata ke atas, malas melayan dirinya ini. Mata kembali teralih pada dada langit yang terhiasi bintang-bintang.

“ Tadi Aku tak main-main tau Adwa, Aku sungguh maksudkan hat Aku cakap tu, hang pun tau perasaan Aku dekat hang lagumana, dari awal lagi Aku tak pernah anggap hang kawan, hang tau tu” Telinga mendengar luahan hati dia buat kali kedua, wajah Aku pula masih beriak seperti biasa walhal jantung sudah berentak irama yang tidak menentu,

Ahh Zar Uzair tolong berhenti buatkan otak fikiran Aku menjadi lebih runsing. Sudah lah hal Zafran masih lagi tidak selesai, ditambah pula dengan si dia ini. Sungguh dunia Aku tunggang terbalik ketika ini. Berkahwin dengan Zar? Kedengaran mudah tapi apa yang menimpa Aku pada saat ini membuatkan Aku sedikit trauma dengan kaum Adam.

Kerana lihatlah Zafran Anaqi, suami yang dulunya Aku puja dan cintai, suami yang konon nya baik seperti malaikat hakikatnya adalah syaitan.

Cukup trauma. Tidak mustahil perkara yang sama akan terjadi antara Aku dan Zar serkiranya Aku bersetuju dengan lamaran si dia. Lagipun hati Aku perlukan masa, untuk sembuh seperti sedia kala.

“ Jadinya kalau hang dengan Aku ada jodoh, Aku nak suap gula kat hang, biaq manis sepanjang waktu hang dengan Aku, takkan ada lagi derita Adwa, Aku janji dengan nyawa Aku sendiri.” Zar menyambung kata lagi.

Diam, tidak Aku iyakan mahupun menidakkan. Tidak ingin Aku katakan apa lagi, kerana takdir itu bukanya boleh diramal. Lagi Aku benci, bertambah dekat pula jodoh Aku dan dia. Mintak simpang lah!

Lama suasana antara kami menjadi jeda dan sunyi, hanya bunyi cengkerik malam yang menemani, dada langit malam ini pula kelihatan luar biasa. Seperti Zar Uzair yang sentiasa bersinar walaupun di dalam gelita. Kerna dia mampu membuatkan hati yang luka kembali tawa. Suara garau Zar menerpa kembali ke telinga.

“ Hang nak dengaq Aku nyanyi dak Adwa? Dahi Aku berkerut seribu, random sangat dia ini. Namun Aku anggukkan sahaja, biarlah dia lakukan apa sahaja yang dia mahu janji topik lamaran tadi hapus buat seketika.

ZARDove le storie prendono vita. Scoprilo ora