BAB 10

5.3K 392 44
                                    

“Hang cuba sabar, sat la bagi Aku pilih jajan yang Aku nak dulu”

Aku mengeluh, ini sudah masuk ke berapa kali Zar berpusing pusing dalam kedai jajan ini, bukanya kedai ini besar mana pun, tapi haih, punya lama betul dia berfikir, nak beli coklat sesen pun payah ke?

“Ambik la banyak mana pun takpe, saya tak kisah, tapi cepatlah, panas ni”

Rungut diriku, iya panas, memang kedai ini terletak betul-betul di tepi pantai berdekatan rumah Nek Khadijah, cumanya kedai ini sempit dan punya banyak barangan, rambut yang melekit pada batang leher membuatkan rasa rimas bertambah berganda-ganda, diambil getah rambut di pergelangan tangan lalu diikat rambut dengan style messy bun,

“Hang cuba sabaq, kata nak belanja, orang kalau nak belanja mana boleh banyak songeh, hang cuba duk diam diam”

Aku jelirkan lidah kepadanya, dia cebikkan bibir, Aku ambil keputusan untuk menunggu dia di luar, sambil kena angin bayu dari pantai, jeling aku sekilas pada diri Zar yang masih membelek balang gula-gula, Dengan kopiah di kepala, baju t-shirt berwarna navy dan seluar pelikatnya, mana tidaknya sejurus dia tunaikan solat di masjid terus di ajaknya Aku datang ke sini,

“Mana boleh, tadi siang hang dah janji nak tapau Aku, hang nak jadi munafik ka? Takmau tunai janji?”

Itu kata-katanya tadi, dengan hati yang tidak rela, Aku turutkan juga permintaan dirinya, kelibat Dahlia juga sudah hilang entah ke mana, mungkin berjalan-jalan di tepi persisiran pantai,

Aku hirup udara malam, sungguh, rumah Nek Khadijah sangatlah tenang, dengan suasana kampung nya,
membuatkan Aku rindu dengan kampung Tok Abah dan Tok Ummi, mama dengan papa dekat UK sihat ke? Along macam mana? Makan ke dia? Amsyar itu kalau sudah mabuk dengan kerjanya sampai makan pun juga akan dilupakan, orang suruh kahwin taknak, haihh, sekurang-kurangnya kalau Along punya suri rumah, tidaklah Aku risaukan sangat diriya,

Seketika Aku tersenyum senget, tapi siapa sahaja yang mampu hadap perangai Abang sulung aku yang terkadang “ sewel” itu?

“Adwa, mai bayaq”

Suara Zar mengalihkan perhatian Aku, Aku hampiri dirinya, amboi, bukan main banyak lagi dia pilih, mentang-mentang Aku yang bayar,

“Awak taknak tambah apa-apa lagi?”

Perli Aku kepada dirinya, dia memandang aku sekilas lalu diambil lagi beberapa bar chocolate, Ya Tuhan, lelaki ini memang, Aku mengeluh perlahan, agaknya kalau lagi lama kami berada di kedai jajan ini, mau pokai poket Aku,

“Haihh Zar, lama tak jumpa, ni hang punya marka ka? Lawa noh hang pilih”

Suara Pak Cik pemilik gerai ini menerpa telinga, Aku pandang Zar sekilas, Aku, jadi gilfriend  dia? Apa pakcik ini terlalu rabun untuk melihat kah? Malas melayan Aku keluarkan beberapa not ringgit dan dihulurkan pada pakcik itu, senyuman tipis Aku pamerkan,

“Mana ada laa Pakcik Rostam, ni kawan si Dahlia tuu, mai singgah sini sebab depa cuti semester, takdaknya aihh, cheq pun kalau nak pilih bukan hat laguni”

Seusai dia berkata seperti itu, Aku angkat kaki sedikit lalu...

Aku jijak kaki Zar sekuat-sekuatnya, mukanya jelas berkerut menahan sakit, senyuman manis masih lagi Aku pamerkan pada Pakcik yang bernama Rostam ini,

“Ehh Zar, pasaipa hang buat muka lagutu?”

Zar tersenyum kelat, tangan nya mengambil plastik berisi jajan yang dipilih

“Mana ada aihh, kena ketik semut ni haa”

“Terima kasih yaa pakcik, saya beli”

Ucap Aku ikhlas lalu berjalan keluar daripada kedai jajan itu, Zar membontoti dari belakang,

ZARWhere stories live. Discover now