BAB 15

5.1K 379 41
                                    

Gambar wanita itu ditatap lama. Ada kalanya ibu jari mengelus lembut sekeping potret itu, senyuman kecil terlakar di hujung bibir lalu dengan berhati-hati dilekatkan gambar itu pada ruang dalam loker besinya.

Zar senyum lagi, baru dua minggu tidak berjumpa dengan Adwa Naila sudah cukup membuatkan hatinya menahan rasa.

Yaa, dia akui dirinya sudah terpikat dengan wanita itu. Hatinya tidak mampu menafikan bahkan janji beberapa ketika lalu seolah dilupakan. Huh munafik pada diri sendiri? Persetankan segala itu. Bukan selalu dia meminta itu ini, namun untuk memiliki Adwa Naila dalam hidupnya, akan dia lakukan segala cara.

Walaupun menjadi perampas milik insan lain.

Gambar itu ditenung lagi, wajah Adwa Naila yang masam mencuka. Ditangkap gambar itu ketika mana Adwa secara tidak sengaja mengulum coklat asam ketika di rumah Nek Khadijah. Tahu sangat dirinya bahawa Adwa bukanya wanita pengemar makanan masam,
tetapi sengaja diberikan kepada si dia  dengan olahnya, hasilnya berbakul-bakul kata
makian dilemparkan padanya namun adakah dirinya ambil pusing?

Jawapanya tidak! Dia lagi rela mengusik Adwa dengan perangai tololnya berbanding melihat Adwa bercintan cintun dengan lelaki yang bernama Zaf itu. Bernanah hatinya namun memikirkan kembali bahawa Adwa melihatnya sebagai teman yang baik, ditahan segala perangai syaitanya.

“Hai Zar, pasaipa tenung loker hang lagutu? Awat ada muka awek ka kat situ?”

Tersentak dirinya, kelam-kabut dia menutup loker besi miliknya hinggakan bunyi dentuman kecil terhasil.

“ Bumm”

Lalu dipusing badanya menghadap pemilik suara tersebut, Endika Ukasyah elok menyandar badanya di dinding, jelas senyuman sinis terlakar di hujung bibir merah delima itu. Lagi membuatkan Zar tidak sedap duduk, ini kalau kumpulanya tahu bahawa dia sedang angau, bukan seminggu, tapi ada potensi berbulan-bulan dirinya akan dibahan.

Bukanya dia tidak tahu perangai rakan-rakanya ini bagaimana, yang paling normal sekalipun Qa’id, itupun kalau keluar perangai tidak eloknya, mahu mengucap Zar dibuatnya.

“Hang ni jangan merepek aihh, mana ada Aku tenung loker ni, Aku tengah kemas ni hang tak nampak?”

“ Hang ingat Aku bodoh sangat ka Zar, kata kemas barang awat hang punya tangan tu tak bergerak pun, hang punya bibir tu jaa duk tersengeh-sengeh macam kerang busuk”

Temberang sudah pecah, Zar menggeleng kepala sambil tersenyum. Dibawa tubuhnya lalu dilabuhkan pada bangku panjang yang terletak di tengah-tengah bilik itu. Kasut spike boot dibuka lalu ditukar pada kasut yang lain, melecet kakinya kalau dipakai lama-lama. Endika menghampiri dirinya lalu mengambil tempat di sebelahnya.

“So marka yang hang berkenan tu elok ka?”

Tanpa dalih, terus Endika bertanya. Dia tahu bahawa Zar Uzair, team leadernya ini bukanya kaki perempuan seperti kawanya yang seorang itu, untuk melihat rakanya ini jatuh hati amatlah susah, jadinya kalau benar seorang Zar Uzair sudah berjumpa pujaan hati, dia sebagai teman yang baik harus menyokong dan memberi semangat.

Because every fighter who fights for world peace, even if they have seen the darkest side of people and make them as a monster, they still deserve and feel love even if it is not much.

Itu apa yang diberitahu bapanya, dan itulah yang membuatkan Endika merasa hidup walaupun pekerjaan nya ini tidak seindah yang dikhabar,

Dipandang ke tepi dan Zar masih lagi berdiam diri, disiku perlahan bahu sahabatnya itu.

“Lawa tu memang la lawa, tapi...”

Ayat Zar tergantung seketika dan ianya membuatkan kening Endika ternaik sebelah.

ZAR Where stories live. Discover now