BAB 13

5.3K 363 56
                                    

“Jadinya sayang balik esok la?’

Hampir sejam Aku membuat panggilan dengan buah hati kesayangan, Zafran.

Seminggu juga dia tidak mengaktifkan telefon bimbitnya dan tiba-tiba sahaja malam ini dia menelefon diriku, bagai orang mengantuk disorongkan bantal pantas sahaja Aku menjawab panggilan dari dirinya, duduk di pangkin berhadapan rumah Nek Khadijah dan melayan angin malam, semuanya terasa sempurna. Dengan buah hati di hujung talian membuatkan hati merasa senang.

“You tahu tak, tadi petang I hampir accident”

Kataku selamba padahal hanya tuhan sahaja yang tahu betapa luruhnya jantung Aku tadi, tidak sampai hati hendak membuatkan Zafran merasa risau akan diriku

“Sayang, jangan memain please, tulah Zaf dah cakap ikut je mama dengan papa pergi England tapi degil sangat, bukanya Zaf ada dekat situ nak jaga sayang, Dahlia tu perempuan, kalau dua-dua kena musibah siapa yang nak tolong?’

Jelas nada kerisaun pada suaranya, helain nafas juga terdengar, Aku senyum simpul, mesti dia tengah risaukan keadaan Aku sekarang, rasa cinta pada Zafran terasa membuak- buak di hati.

“Adwa ok lah, takde cedera pun”

“Are you sure, esok Zaf balik selangor, nak jumpa tak?”

“Of course nak, mama dengan papa pun dah balik semalam, kalau macam tu Zaf datang rumah nak tak? Kita dinner sama-sama”

"Sayang...even kalau Adwa tak cakap pun, Zaf memang nak jumpa sayang esok, nak bincang fasal majlis tunang kita"

Hormon gedik sudah mula melanda diri, hati bertambah riang apabila Zaf katakan dia pulang esok, boleh lah dating walaupun sekejap, hampir lima belas minit Aku celoteh itu ini dengan Zafran, dari hujung mata Aku lihat Zar turun dari tangga kayu rumah lalu menghampiri Aku,

Aku jauhkan sedikit telefon pintar dari diriku lalu bertanya kepada dirinya,

“Awak buat apa dekat sini?”

Namun tidak dijawabnya, Zar labuhkan punggung di sebelah Aku lalu dia memandang Aku tepat, sudah kenapa dengan lelaki ini? Tiba-tiba sahaja turun daripada rumah lalu duduk di sebelah Aku? Hendak menguping lah tu, Aku biarkan sahaja kehadiranya lalu menyambung panggilan Aku dengan cinta hati.

“Sayang cakap dengan siapa tu?’

“Ouh no one ni ha abang Dahlia yang Adwa beritahu tadi, so Zaf esok janji tau datang rumah, jangan mungkir pulak,”

“Anything for my love, even Zaf kena sneak out from my base for you, Zaf buat tahu”

“Eii mulut manis”

“Yes sayang, mulut manis pun untuk bakal isteri Zaf, siapa aje lagi Zaf nak manis-manis kecuali si Adwa Naila kesayangan Zafran?”

Zar perhatikan sahaja wanita ini, tentu itu laki-laki yang Adwa selalu ceritakan, tentu itu teman wanita Adwa Naila, dia tidak betah melihat Adwa bergurau senda, ketawa dengan lelaki lain selain dirinya. Hatinya entah mengapa rasa tidak selesa, dipegang dadanya dan jantung nya berdetak laju, dilihat Adwa masih lagi ralit lagi bersembang itu ini, ketawa bersama suara di talian,

Haa sudah mengapa dengan dirinya?

Adakah dia sudah gila? Niatnya hanya untuk menemani Adwa dan menghayati langit malam namun dirinya pula yang tidak senang sekarang. Ditenung lagi wajah itu, masih lagi dengan dunianya, kalau diikut kan hati ingin sahaja dia merampas lalu melempar telefon itu jauh-jauh. Biar terjatuh ke dalam parit kecil belakang rumah Nek Khadijah, biar rosak terus telefon itu!

Yaa, dia cemburu, dia cemburu apabila melihat Adwa bersama lelaki lain, Dia akui dia sudah gila, sejak bila? Dia juga tidak pasti.

Yang dia pasti sekarang ini, dia harus mencari cara agar panggilan itu diputuskan!

ZARWhere stories live. Discover now