BAB 27

5.1K 379 63
                                    

Zar lihat pernampilan dirinya sekali lagi. Rambut yang ditata rapi dan wangian hugoboss yang sudah disembur ke serata tubuh. Wangi lain macam. Iyalah hendak berjumpa dengan Adwa, mestilah dirinya harus kemas semaksima yang mungkin.

“Fuhh, releks Zar, hang jangan gemuruh. Hang laki Zar anak jantan, hang kena cool, kena nampak ala-ala lelaki kiriman tuhan untuk Adwa”. Gumamnya sendirian.

Diulang ayat-ayat itu seumpama mentera untuk menenangkan gelora di hati namun tidak!. Hati terasa hendak melonjak keluar, lagi-lagi apabila ini kali pertama dia akan bersemuka dengan wanita itu selepas Adwa bergelar isteri kepada lelaki lain.

Diingat lagi ketika mana dia meluahkan rasa cinta terhadap Adwa pada hari itu tanpa rasa segan silu, dan sekarang ini ingin sahaja dia sorokkan muka ke dalam bantal. Allah malu! Keadaan antara mereka akan menjadi sangat akkward.

Namun dibuang rasa yang satu itu, dilempar jauh-jauh ke tepi. Kerana hari ini adalah hari graduasi Adwa, dan dia takkan sesekali membiarkan Adwa menyambutnya seorang diri. Akan dia lakukan sesuatu untuk pastikan si gadis ketawa hingga ke gusi.

“Kemaih”. Ucapnya setelah pakain itu disarungkan. Pakain yang khas dibeli untuk hari ini. Kredit seratus peratus diberikan kepada adiknya yang bongsu, Danisya kerana sudi memilih untuknya.

Kalau ikutkan hati Zar, dia ingin memilih kostum lipas ataupun labah-labah, lagi menarik pada pandangan matanya namun apabila dia fikirkan kembali apa yang Danisya kata...

“Abang, hang ni pelik-pelik laa, taste macam orang serupa zero fashion. Patutlah Kak Adwa reject hang Abang.” Itu yang dikatakan Danisya tempoh hari, ingin sahaja dicubit mulut murai adiknya itu namun ada benarnya juga.

“Hang takkan sambut sorang-sorang hari laguni Adwa, Aku teman hang, macam Aku selalu buat.”

Dan terima kasih beribu kasih dia ucapkan pada Dahlia, kalau adik yang satu itu tidak khabarkan dia mengenai hal ini, dia tidak akan berdiri di hadapan cermin dengan kostum pelik tersarung di badan.

Tunggu cheq ya Adwa!.

Aku hela nafas buat kesekian kalinya. Cincin yang bertakhta permata yang cantik terletak elok di jari manis Aku tenung lama. Ada suami namun tidak serupa bersuami, ada keluarga namun tiada yang menemani. Aku bawa pandangan ke arah sekeliling, rata-rata mahasiswa dan mahasiswi yang menghadiri majlis konvekesyen hari ini semuanya ditemani dengan ahli keluarga, rata-rata dihujani dengan kata-kata tahniah dan ucapan yang menggembirakan hati.

Cemburunya Aku. Sumpah rasa cemburu yang semakin menjalar di hati ini ibarat barah yang mencengkam jiwa.

Ketika ini adalah waktu yang sepatutnya ahli keluarga bersama denganya, mengambil gambar sebagai tanda kenangan pada hari yang mendatang.

“Zafran pun satu, takkan tak boleh luangkan masa even satu jam untuk Aku, lain kali kahwin aje dengan kayu jati tu, jangan kahwin dengan Aku.” Cemuh Aku perlahan. Memanglah dia berjanji untuk membelikan barangan berjenama sebagai tanda maafnya namun...

Masa bersama insan yang kita sayangi lebih bermakna, bahkan tidak ternilai kalau hendak dibandingkan dengan handbag berjenama.

“Ehh kau punya fam tak datang ke?”.

Lamunan Aku terhenti apabila adanya rakan-rakan yang pernah sekuliah dengan diriku datang menegur. Bebola mata dibawa melihat ke arah empunya suara. Mulut Aku mencebik perlahan. Ahh free rider dalam kelas.

Dengan senyum yang dibuat-buat Aku balas pertanyaan mereka, sibuk sahaja akan hal orang lain.

“You ada nampak family I keliling I ke? Tak kan, diorang tak datang I je yang ada hari ini.”

ZAR Where stories live. Discover now