BAB 28

5K 362 75
                                    


Awak ok ke tak Zar?”

Itu soalan pertama yang meluncur laju daripada bibir Aku apabila kami berdua selamat keluar daripada rumah hantu itu. Personal ranting Aku berikan terhadap tempat itu hanyalah lima per sepuluh, langsung tidak menyeramkan, malah mampu membuatkan Aku berasa mengantuk!

Namun tidak pada insan yang bernama Zar Uzair.

Aku mengerling ke sebelah kanan, wajahnya jelas pucat lesi dan halkum nya juga bergerak-gerak.

Seksi!

Namun cepat-cepat Aku gelengkan kepala. Berkali-kali Aku Istighfar di dalam hati, Ishhh apa yang Aku merepek ini? Aku sudah bersuami, Aku punya cinta hati yang bernama Zafran Anaqi dan di sebelah Aku ini hanyalah kawan semata-mata.

Jangan Adwa, jangan buat kerja gila. Gerutuku di dalam hati.

“Fuhh takut nak mampuih, tapi belum mampuih lagi”. Balasnya sambil peluh di dahi dia kesat secara kasar. Mulut itu pula sudah memuncung dan membebel sana sini kerana tidak puas hati akan rumah hantu itu.

Eleh, dia yang penakut tahap Mak Nyah, disalahkan pula hantu-hantu di dalam sana. Aku ketawa kecil. Mengingatkan tingkah laku dia membuatkan Aku hairan seketika, harap badan sahaja sado, dalam hati penuh dengan script drama yang panjang berjela.

“Lepas ni hang nak pi mana lagi?”

Soalan daripada dirinya membuatkan Aku berfikir sejenak. Jam di tangan di kerling sekilas, baru pukul enam setengah petang, masih awal lagi untuk Aku beransur pulang. Aku pandang dia, dia pandang Aku kembali.

“Kan Aku cakap yang Aku akan tunaikan semua benda yang hang nak hari ni, hang nak apa, Aku bagi”.

Katanya tulus, dari bening mata itu tiada langsung pernipuan. Sama seperti selalu, dan ianya membuatkan Aku ingin bertanya lagi dan lagi.

“Kenapa awak selalu buat baik dengan saya?”.

Dan pertayaan itu membuatkan derap langkah nya terhenti, betul-betul tepat di sebelah Aku. Matanya tidak lepas memandang seraut wajahku lalu tanpa Aku sangka tangan nya mengusap kepalaku yang berbalut tudung. Terkedu Aku dibuatnya. Habis herot berot tudung bawal Aku.

“ Sebab Aku nak”

“ Ishh Zar, jawab lah betul-betul, kenapa awak layan saya baik sangat, saya bukanya selalu ada dengan awak, saya reject awak, saya patahkan hati awak, saya banyak lukakan hati awak. Jadinya kenapa awak masih baik dengan saya?" Bertubi-tubi soalan Aku tanyakan padanya.

Kerana semua ini sangat membingungkan Aku. Aku tolak dia, Aku patahkan sekeping hati milik dia dan berkahwin dengan lelaki lain. Kalau lelaki yang waras akalnya, sudah lama meninggalkan wanita seperti Aku. Tapi dia? Masih teguh berdiri di sini, tempat yang seharusnya diisi oleh suamiku Zafran.

Dia helas nafas seketika, dipandang wajah Aku lembut lalu dia berkata...

“ Sebab Aku ni bingai”,

Terlongo Aku dibuatnya, belum sempat Aku bertanya dengan lebih lanjut, tangan Zar dibawa lalu menekup kedua-dua telinga nya, isyarat untuk tidak menerima sebarang soalan lagi.

Aku cebikkan bibir, iya-iya sahaja jawapan dirinya. Nampak sangat tidak mengambil enteng akan soalan Aku tadi.

“ Tunggu la Zar”

“ Cepat laa jalan, duk terhegeh-hegeh lagi tu pasaipa, satgi hang nak pi tempat lain lagi”

“ Zar, tunggu!”

“ Tu lah, pakai lagi kain panjang berjela lagutu serupa nak mop lantai, jalan pun dah serupa ayam katik”

“ Zar!”.

ZARWhere stories live. Discover now