BAB 32

4.3K 371 46
                                    

Itu.... Ahh Aku ingat lagi kejadian itu, dimana Aku jatuh tersungkur ke dalam bendang siap pakej lumpur dan selut, tidak ubah seperti nangka busuk dan semuanya gara-gara Zar Uzair. Lama mata Aku terpanah pada arah itu sebelum bahu Aku ditepuk perlahan dari arah belakang.

“ Termenung apa?” Soal Zar curiga, kepala pula dia jengah kan sedikit ke arah hadapan untuk melihat apa yang ada di hadapan mata Aku. Aku ketawa kecil.

“ Takde apa” Balasku senada. Beg galas yang terletak elok di seat belakang Aku keluarkan, betul-betul definisi seperti orang yang lari daripada rumah. Tidak banyak yang Aku bawa, hanya beberapa helai baju, keperluan diri dan Aku bawa juga perasaan duka yang berbakul-bakul daripada rumah.

“ Hang tipu, duk tengok bendang lagutu mesti ada benda, habaq la kat Aku, hang pikiaq apa?” Dia masih lagi tidak berputus asa.

“ Saya tengah teringat ada ni haa, mamat biul sewel pernah sergah saya dekat situ sampai saya terjelopok jatuh, bukan nya dia nak mintak maaf. Punya la kurang ajar mamat tu, dia siap baling high heel saya masuk reban ayam, kurang asam betul!”. Aku balas pertayaan dirinya dengan nada mengusik.

“ Cehh” Dia mencebik perlahan, tahu sangat bahawa apa yang Aku katakan itu ditujukan kepada dirinya.

“ Jahat-jahat Aku pun, Aku kutip balik high heel cabuk dia tu, siap Aku basuh elok lagi” Bebelnya perlahan, bibir pula sudah memuncung seperti mulut anak itik.

“ Ya Allah, lama opah tak tengok hang, mai sini opah nak peluk”

Aku dan Zar pusingkan badan ke arah belakang, dari tangga rumah kampung itu dengan jelas Aku mampu lihat Nek Khadijah tergopoh-gopoh menuruni anak tangga, dan sebaik sahaja dia berdiri di hadapan Aku, tubuh Aku didakap erat. Tangan tua itu mengelus rambut Aku dengan penuh kasih.

Allah...ingin sahaja air mata jatuh ketika ini. Kebaikan apa yang Aku lakukan hingga didampingi orang yang baik seperti keluarga Zar?

“ Opah dah tau. Zar dah cerita semua dekat opah, Adwa mai duduk dengan opah yaa, selama mana yang Adwa nak”

Pelukan dilepaskan, dan tangan tua itu turun lalu menyentuh kesan-kesan lebam dek dipukul oleh suami jahanam, lembut elusan nya dan mampu Aku lihat sepasang mata itu merenung sayu ke arah Aku. Simpati mungkin?

“ Terima ...kasih opah, sebab bagi Adwa stay sini untuk dua tiga hari, Adwa janji tak akan susahkan Opah...Adwa” Kata- kataku laju dipintas Nek Khadijah, kepala pula dia gelengkan perlahan.

“ Aippp apa kata lagutu, Adwa ni dah serupa cucu opah, mai sini bila-bila pun opah tak kisah, Adwa bukanya orang luaq, dah mai masuk opah dah masak semua dah, beg apa semua tinggai tauk lagutu, satgi Zar angkut naik”

Ditarik tangan Aku untuk mengikuti langkah nya, Aku palingkan seketika wajahku ke arah belakang dan Zar...sedang tersenyum lembut memandang ke arah kami berdua.
Senyuman yang cukup lembut.

Terima kasih Zar...kerana selamatkan Aku daripada terus patah dan mati.

Aku intai kepalaku ke arah dalam bilik, baru sahaja Aku selesai menolong Nek Khadijah hidangkan makan malam, dia menyuruh Aku untuk memanggil Zar, entah apa yang dia lakukan sekarang ini. Di balik muka pintu ini, Aku lihat dia sedang mengemas barang milik Aku, dipasang cadar, disusun baju milik Aku dan...kipas angin juga dipasang lebih daripada satu.

“ Zar”

Dia pandang ke arahku, tangan miliknya mengesat peluh di dahi dan dia bertanya mengapa.

“ Awat, pasaipa hang nak apa?”

“ Nek Khadijah panggil makan”

“ Haa sat sat sikit ja lagi ni, satgi Aku turun” Dan tangan itu kembali lincah mengemas. Aku gelengkan kepala, kenapa dia perlu susahkan diri semata-mata demi orang lain?

ZAR Where stories live. Discover now