PTSD

3.3K 160 4
                                    

APA ITU PTSD?

PTSD ataupun Gangguan Stress Pasca Trauma yang merujuk kepada keadaan mental dimana pesakit mengalami episod panik yang dirangsang oleh pengalaman yang lalu. Pengalaman melalui peristiwa traumatik boleh jadi sangat membinasakan bagi ramai orang.Tetapi sebahagian orang menghidapi gangguan stres pasca trauma selepas mengalami peristiwa yang menyakitkan atau mengejutkan seperti kemalangan jalan raya atau peperangan.

Penghidap PTSD akan kerap memikirkan tentang peristiwa traumatik tersebut dan ia boleh memberikan kesan kepada hidup mereka. PTSD ini kerap berlaku dan kebiasaannya berlaku kepada perempuan lebih daripada lelaki. Ini adalah kerana kebanyakan perempuan lebih sensitif kepada perubahan berbanding lelaki menyebabkan mereka mengalami emosi yang lebih kuat

Siptom PTSD

-  Tidak boleh berhenti berfikir tentang peristiwa spesifik yang menyebabkan PTSD, seringkali berhalusinasi dan mengalami mimpi ngeri.

-  Mengelakkan diri dari kehidupan sosial. Berasa takut akan mengalami serangan panik.

-  Mengalami masalah sukar fokus, tidur. Dari segi fizikal ada tekanan darah tinggi, degupan jantung laju, pernafasan laju, ketegangan otot, mual dan muntah

Dapatkan rawatan kalau ada siptom macam ini. You deserve to be happy again.

-  Sumber, HelloDoktor

ZARWhere stories live. Discover now