BAB 19

4.6K 408 55
                                    

Ini dokumen yang Tuan mintak”

Huluran daripada seorang ahli kumpulanya Zar sambut. Diselak beberapa helain kertas berisi matlumat lalu kepalanya dianggukan, tanda berpuas hati dengan kerja anak buahnya.

“ Terima kasih”

“Ada apa-apa lagi yang saya boleh buat Tuan?”

Zar terdiam sejenak, ligat akal fikiranya berfungsi ketika ini. Rasanya semua informasi mengenai Macau Drugs sudah dia teliti, lagipula mereka juga masih buntu akan isu yang mereka hadapi sekarang ini. Perisik yang dihantar langsung tidak mendapat sebarang matlumat terkini, bibir diketap perlahan, kawaq yang mereka kendalikan ketika ini sangat licik.

Sangat bijak, bagaikan bayang-bayang yang langsung tidak terlihat.

“Buat masa laa takdak lagi, apa-apa saya panggil awak”

“Baik tuan”

"Hmm depa pakai dadah jenis syabu, dalam kuantiti yang sangat banyak, pasaipa? Gila ka apa depa ni?” gumamnya seorang diri.

Tanganya diselak satu persatu helain kertas berisi nama yang berkemungkinan terlibat dalam kes berprofil tinggi ini. Namun tidak! Setiap satu nama yang ada di situ sudah di soal siasat namun mereka semua didapati langsung tidak bersalah. Tiada bukti yang menunjukkan mereka semua ini terlibat dalam kes ini, bank mereka juga sudah diperiksa namun bersih.

“ Tun Syed Abdulullah”

Terhenti seketika bebola matanya padanya sebaris nama itu. Nama yang gah dalam bidang tekstil, berpuluh-puluh cawangan dibuka di semenanjung Malaysia bahkan juga di Sabah dan Sarawak, dan dia juga tidak terlepas daripada menjadi salah seorang yang disyaki.

“ Pelik-pelik manusia zaman laa”

Fail di atas meja ditutup, dikerling jam di dinding. Sudah menjangkau pukul lapan malam, nasib sahaja esok dirinya cuti. Dan esok juga merupakan hari pertunangan Adwa Naila. Ahh jiwa lelakinya terasa sakit, namun jauh di sudut hati dia sangat berharap bahawa jodoh Adwa bukanya dengan lelaki bernama Zafran namun dengan dirinya.

Doa yang tidak baik, namun sudah terang lagi bersuluh Zafran itu bukanya lelaki yang bagus.

“Habis hang tu baik sangat ka?” soalnya pada diri sendiri.

Hendak kata dirinya baik, tidaklah sangat. Ada juga hari akan datangnya perangai sewelnya namun dia masih tahu akan batasnya. Berhubungan dengan wanita? Langsung tidak pernah, ada namun hanyalah rakan sekerja, Adwa Naila adalah wanita pertama yang menawan hatinya.

Tanyalah mami nya, sebelum ini dirinya sangat kaku bagaikan robot dengan wanita.

Namun apabila dengan Adwa, hanya ketika itu sahaja sifat nakalnya memberontak keluar, apabila dengan Adwa dirinya terasa sangat selesa untuk menjadi diri sendiri. Tidak perlu berpura-pura untuk menjadi kuat, apabila dengan Adwa, terkadang dirinya selalu berfikir untuk membuat sesuatu yang di luar akal. Sama seperti sekarang.

Ingin sahaja dirinya merosakkan majlis pertunangan Adwa esok hari, namun nasib sahaja akal sihatnya mencegah perbuatan gilanya. Kalau dia lakukan perkara sebergitu, ianya akan menghancurkan sekeping hati Adwa dan itu hal yang paling dia ingin elakkan.

Jatuh cinta. Ini yang dia sedang hadapi sekarang, Zar gelengkan kepala. Aduh cinta yang sangat menggilakan dan menyesakkan jiwa. The second option serkiranya Adwa terluka.

“Nak bagi apa dekat dia, baju?"

Zar gelengkan kepala, dia bukanya tahu saiz and selera Adwa bagaimana? Buatnya kalau dia belikan untuk Adwa mentah-mentah ditolak dan yang lebih teruk Adwa buang terus. Bunga? Ahh terlalu simple. Nantilah dia fikirkan.

ZARWhere stories live. Discover now