BAB 20

5.1K 345 56
                                    

Ni hang punya

Dahlia yang tiba-tiba sahaja muncul  dengan dua pinggan berisi nasi putih menyebabkan Aku cepat-cepat memandang ke arah dirinya. Muka terasa panas.

Zar Uzair! Dalam sehari dia tidak lakukan perkara yang luar akal memang tidak sah.

“ Ehh makan lah, jangan malu-malu, kalau nak tambah pergi je sebab rasanya makanan hari ini banyak sangat.”

“ Bila?”

Kening ku ternaik sebelah dengan soalan yang tiba-tiba sahaja meluncur keluar daripada bibir Zar. Aku pusingkan wajah menghadap dirinya, tangan membuka balang berisi kerepek yang memang siap diletakkan pada setiap meja di khemah sederhana besar ini. Diambil satu kerepek ubi lalu disuap di dalam mulut. Fuhh memang sedap.

Bukan main susah payah lagi Aku menahan lapar dan terasa otot di muka juga sudah kejang kerana tidak henti-henti senyum daripada tadi, dari mula keluarga Zafran datang hinggalah selesai perbincangan antara dua keluarga kami. Aku lirik pada Dahlia, bukan main khusyuk lagi dia melantak.

“Bila apa Zar?” Soalku kembali pada dirinya.

Makanan yang ada di hadapan dirinya masih lagi tidak disentuh, pandangan matanya masih lagi tajam menikam diriku, seolah-olah di sebalik mata itu, tersembunyi beribu rasa di hati, rasa yang Aku sendiri tidak pasti.

“ Bila hang dengan laki tu nak nikah?’

Aku anggukan kepala, Cis lain kali cakaplah bagi habis, ini tidak suka sangat buat ayat separuh-separuh. Bila Aku tidak fahami erti maksudnya mulalah mulut itu membebel itu ini.

“ Bulan depan” Balasku ringkas.

“ Weh, tak cepat sangat ka?” Aku alihkan pandangan pada Dahlia, soalan itu membuatkan Aku ketawa kecil, kepala digelengkan beberapa kali sebelum perhatian kembali tertarah pada mereka berdua. Dahlia dengan riak muka yang agak terkesima, dan Zar yang masih tenang.

Tenang bagaikan laut malam. Silent but deadly.

“Itulah, I pun rasa macam cepat sangat, hampir-hampir nak jadi drama hindustan tadi, tapi bila fikirkan balik that's the best decision untuk I dan Zafran, lagipun kami dah bercinta sejak sekolah menengah. Dah bertahun-tahun jadinya benda yang baik macam ini kan bagus kalau dicepatkan?’

Bukan main panjang lagi Aku berikan penerangan kepada mereka berdua, Dahlia mengangguk faham namun Zar masih lagi diam membisu bagaikan patung cendana. Tanganya disilang ke dada bidangnya dan mata dibawa melirik pada Zafran yang duduk tidak jauh daripada kami bertiga.

“Kenapa nak kahwin dengan dia? Dia ada apa sampai hang pandang dia tinggi sangat?’ Soalnya selamba, anak mata hitam itu masih lagi statik pada Zafran.

Dahlia tersedak, cepat-cepat digapai air sirap lalu diteguk rakus. Gila Abang nya ini, hendak bertanya soalan pun langsung tidak bertapis. Riak wajah Aku berderau, bukan sekali namun sudah berkali-kali dia bertanya soalan seperti ini dan jawapan Aku masih sama.

“Sebab saya cintakan dia.” Balasku yakin, langsung tiada rasa goyah.

“Dan cinta hang tu cukup ka nak buktikan dia tu lelaki yang baik?”

Terasa tegang susana kami, Aku memaling wajah ke tepi. Aku menjemput dirinya dan Dahlia untuk berkongsi kegembiraan Aku pada hari istimewa ini namun dia memilih untuk menyebalkan hati. Dahlia sudah menepuk perlahan bahu Abangnya, menyuruh agar Zar berhenti daripada berkata-kata lagi.

“Zar, kenapa dengan awak? Saja nak sakitkan hati saya dah kenapa?”

Dia pandang Aku kembali, jelas wajah dia mengukirkan senyuman yang cukup sinis pada pandangan mata Aku. Aku cebikkan bibir,

ZARWhere stories live. Discover now