BAB 11

5.3K 403 57
                                    

Semalam hang buat apa dengan Abang aku?’

Soalan daripada Dahlia menyebabkan Aku memandang ke arahnya, dengan sengihan seperti kerang busuk di bibir, Aku tidak lah terlalu bodoh untuk memahami maksud disebalik itu, Ehh ada juga yang kena luku pagi-pagi ini

“You jangan fikir bukan-bukan ok, I pergi belanja abang you jajan, terhutang something dengan dia”

“Mana la tau, tiba-tiba Cik Adwa kita ni jatuh hati dekat abang kita”

“I ? Jatuh cinta dengan abang you? Habis tu si Zafran tu nak lempar mana? dalam laut?”

Terburai tawa di bibir munggil Dahlia, nasi lemak yang hampir disuap di dalam mulut terhenti, terasa selera makan sudah mati kerana pertayaan sahabatku ini, tiba-tiba sahaja bertanya mengenai Zar Uzair, menonong sahaja menuduhku sudah tertangkap cintan dengan abang nya walhal hati ini sudah ada pemiliknya,

Huh tidak sangka rupanya  Dahlia ini juga ada mewarisi perangai sengal si Zar itu.

“Eleh macam la Aku tak nampak hang semalam ngan Abang Aku, main lari-lari serupa filem hindustan, siap package baling pasir bagai, auchh melting hati cheq”

Terimbas kembali adengan malam semalam, iyaa, memang serupa filem hindustan namun tiadanya babak-babak cinta cintun, yang ada hanyalah bebelan Zar yang tidak henti-henti kerana Aku sudah mengotorkan dirinya dengan pasir pantai, bungkusan nasi lemak yang kedua dibuka lalu disuap ke mulut, malas melayan karenah si Dahlia ini, makin lama makin merapu future katanya, 

“Up to you lah Dahlia oii, malas nak layan, baru I tau yang perangai you dengan abang you tu dua darab lima sama je”

“Dah nama pun abang aku memang la perangai sama, sama mak ngan pak, what do you expect huh?”

Aku mengerling dirinya sekilas, riak wajahnya semakin galak mengenakan Aku, namun perhatian diriku tertoleh semula pada nasi lemak pandan yang dibuat oleh nek khadijah,

Sumpah!

Dengan aroma pandan yang menyelerakan, ditambah pula dengan sambal yang cukup pedas sudah mampu untuk membuatkan perut aku berkeroncong tidak henti-henti, lagi lama aku bercuti di rumah Nek Khadijah ini, komfirm berat badan aku naik seperti tong dram yang dipam-pam,

Aku lihat jam di dinding, pukul sembilan setengah pagi, namun kelibat Zar masih tidak kelihatan, hairan, selalunya lelaki itu sebelum waktu subuh sudah bangun, dan pada masa-masa seperti ini, dia akan pergi menangkap ikan di sungai tidak jauh di rumah Nek Khadijah, atau paling kurang sekalipun dia akan duduk di pangkin berhadapan bendang untuk hayati mentari pagi, sepanjang seminggu Aku di sini, sudah dihafal jadual lelaki itu, namun pagi ini terasa lain,

“Abang you pergi mana?’

Dahlia menoleh ke arah aku, lagi sekali senyuman kerang busuk itu ditayangkan kepada aku, air milo dihirup seketika sebelum membalas pertayaan aku,

“Awat, hang risau ka?’

Namun tidak aku membalas soalan Dahlia, nasi lemak disuap lagi ke dalam mulut, tangan dengan berhati-hati mengambil teko air teh lalu dituang dengan berhati-hati ke dalam cawan.

“Ada lah tu hang jangan risau laa, bukanya setahun dua dia duduk sini bertahun dah, Insyallah takkan sesat jantung bendang haihh”

Perkataan bendang itu membuatkan Aku juga menyemburkan ketawa tidak henti-henti, Aduh, teringat kembali kejadian di mana Aku penuh dramanya terjatuh ke dalam bendang belakang rumah,

Dapat Aku bayangkan bertapa masam nya muka Aku ketika itu, di mana Zar juga hampir benjol kepalanya akibat Aku melemparkan high heel kepadanya, Alih-alih, diambil high heel Aku lalu dia pula yang melemparkan dalam reban ayam, sebut fasal high heel, aku tersenyum simpul seorang diri, high heel itu juga sudah Zar pulangkan, elok pula dia letakkan di dalam kotak dibalut kemas, A plus untuk usahanya itu,

ZARWhere stories live. Discover now