BAB 7

5.2K 388 41
                                    

“Haa Adwa cuba hang perkena ni, hat ni kita panggil ulam pucuk putat, sedap ni, cicah pulak dengan sambal belacan tu, Opah ada tanam kat belakang, kalau suka habaq mai, boleh bawak balik nanti”

Aku lihat Nek Khadijah meletakkan beberapa jenis ulam di pinggan makan Aku, Aku tersenyum kekok seketika,

Selama dua puluh lebih Aku hidup, tidak pernah walaupun sekali Aku menjamah makanan seperti ini, hendak tolak rasa bersalah pula,

“Err saya sebenarnya...”

“Alah opah, orang bandaq, mana pernah makan laguni, depa makan stik stik jaa”

Aku pantas menjeling lelaki yang duduk bersila elok di hadapan Aku ini, Zar, dengan riak bersahaja tanganya laju sahaja mengambil ulam di pinggan makan Aku lalu diletakkan di pinggan nya,

Cis, selamba sungguh!

Aku memandang lauk-pauk di hadapan Aku, semuanya makanan aneka kampung, Aku hanya tahu gulai, masak lemak dan sambal dan selebihnya Aku tidak pasti, perlahan-lahan Aku menguis nasi di pinggan, senyuman manis dipamerkan pada bibir,

“Nanti kalau Adwa terasa nak makan, Adwa ambil yaa opah”

Nek khadijah tersenyum mengangguk, mata aku melirik ke arah Dahlia, berselera sungguh, langsung tidak pandang kiri dan kanan, dan Aku tahu Zar ada kalanya memandang aku seketika,

“Tadi petang lagumana Adwa boleh jatuh dalam bendang?”

Soalan daripada Nek Khadijah menyebabkan Zar tercekik, lantas dia meneguk air gelas secara rakus, mata dia memandang tepat ke arah Aku,

“Hang bagitau opah siap hang!”

Aku lihat bibirnya terherot kiri kanan menuturkan bait ayat tersebut, mukanya jelas mempamerkan riak cuak, Aku tersenyum sinis, Haa baru dia tahu langit itu tinggi dan rendah, Aku sudah cakap bukan ada ubi ada batas, ada hari aku balas!

Tak sampai setengah hari Tuhan sudah berikan peluang untuk Aku membalas perbuatan dirinya,

“Tadi petang, waktu Adwa nak tangkap gambar langit dekat bendang opah tu, tiba-tiba...”

Sengaja Aku hentikan ayat aku, Aku lihat riak mukanya, jelas semakin cuak, terasa selera makan malam terhenti sudah, kening nya juga sudah terjungkit sebelah ke atas, lagi sinis senyuman Aku pamerkan,

Mesti dia ingat Aku akan selamatkan dirinya, Tidak! Tidak sama sekali, ini Adwa Naila lah, sekali engkau cari fasal, memang Aku tidak lepaskan,

“Zar tiba-tiba sergah Adwa, kuat pula tu, terkejut punya pasal, high heel yang Adwa pakai tu tergelincir, tulah pasal Adwa jatuh tadi nek, nak pula tadi Zar baling high heel Adwa sampai masuk dalam reban ayam”

Ambik engkau Zar Uzair, Aku lihat mata Nek Khadijah sudah menikam tepat ke arah Zar, lelaki itu sudah tidak senang duduk, bukan dia tidak tahu perangai opah nya itu bagaimana, garang mengalahkan gangster kampung!

“Aku dah agak dah bang, hang punya pasai la ni, kalau dak takdak nya kawan aku nak tertomoih lagutu”

“Hang senyap sudah la Dahlia oii’

Pantas dia menekup mulut Dahlia, naik pening dibuat nya dengan bau tangan Abang nya yang penuh dengan sambal belacan, mata Zar memandang ke arah Aku sekilas lalu mulutnya dimuncungkan sedepa,

“Alah opah, bukanya Zar niat nak bagi dia jatuh sampai lagutu, Zar melawak jaa, bukan opah tak biasa, Zar mintak maaf laa kalau opah tak suka, bukan apa, Dahlia ni bukan selalu bawak mai kawan dia balik, Zar saja jaa nak kenai”

“Laa hang buat apa mintak maaf kat opah, mintak maaf kat Adwa, hang yang buat dia, bukanya opah yang jatuh terguling”

Zar menoleh ke arah aku, anak matanya bergerak sedikit, pegangan pada mulut Dahlia dilepaskan, tercungap seketika dibuatnya si Dahlia, mungkin lemas dengan bau belacan pada tangan si abang,

ZARWhere stories live. Discover now