BAB 2

7.4K 392 22
                                    

Aku mengerling sekilas cermin pandang belakang, rambut yang dibiarkan lepas tidak diikat aku kemaskan, lipsticsk berwarna merah lembut aku oleskan pada bibir, pemerah pipi saja aku touch-up, biar lagi nampak berseri, akhir sekali minyak wangi pilihan hati, Miss Dior Eau De Parfum aku semburkan pada dress merah jambu lembut yang aku pakai, biar banyak semburan asalkan si buah hati sedap mata memandang,

Muahh! Baru lawa

"drrrrrrrrr"

Telefon yang berbunyi menandakan ada panggilan masuk lekas aku jawab

" Hello mama"

Panggilan daripada mama aku jawab dengan hati berbunga, yelah, hendak berjumpa bakal tunang, siapa sahaja tidak gembira bukan?

" Kamu dah jumpa Zaf?"

"Belum lagi ma, ni Adwa baru sampai dekat pangkalan TLDM dia, lagipun tadi sesak, ramai sangat orang nak masuk dalam ni, mama kenapa call Adwa ni, nak kirim apa apa ke? Papa ada dekat rumah tak?'

Terdengar keluhan mama di hujung talian, Aku senyum senget, tahu sangat apa yang mama fikirkan sekarang ini

"Alah papa kamu tu, biasalah pergi healing dengan Engku Aiman, main golf dengan kawan-kawan dia, tinggalkan mama sorang-sorang dekat rumah, Abang kamu tu, selagi tak jumpa jalan balik, mana dia nak jejak rumah ni ha"

Sebal nada mama, bukan main panjang lebar lagi dia membebel,

"Tulah mama, papa kalau kahwin dua, takdelah mama bosan petang-petang, mama boleh ada teman, boleh borak-borak"

Sengaja aku mengusik mama aku,

Mama kalau dia sudah mula merajuk, jangan kan dapur tak berasap, rumah kami sekeluarga boleh jadi sawang lelabah

" Kamu Adwa, kalau teringin sangat nak merasa ada mama tiri, bagi mama Sadaqallahul Azim dulu!'

" Hahahahhahha yelah mama, Adwa gurau je, ni Adwa pergi dulu tau, rasanya Zafran dah sampai, nak kirim apa-apa tak?'

"Takdelah, tak kirim apa-apa, kalau ada nanti mama suruh papa belikan, ouhh kirim salam dekat bakal menantu mama, cakap dekat dia, kalau ada masa, datanglah rumah, bawakkan sekali Engku Melissa"

" Yelah ma, Adwa pergi dulu, Assalamualaikum"

" Waalaikumussalam"

Talian diputuskan, telefon pintar aku letakkan semula dalam tas tangan, sekali lagi mukaku aku belek di cermin pandang belakang, setelah puas, Aku ambil kek yang sudah diletak elok di dalam kotak kecil,

Zafran, Bakal tunangku, kami sudah menjalin hubungan cinta ini semenjak di bangku sekolah tingkatan lima, sudah tujuh tahun berlalu, dan tidak lama lagi, kami akan langsungkan majlis tunang sekaligus akad nikah, terasa berbunga hati ini, iyalah, keluarganya juga sudah merestui hubungan kami,

Dia datang daripada keluarga yang baik-baik, aku dan dia, tidak ubah seperti pinang dibelah dua, sama padan sama cantik,

Aku pegang elok kek itu di tangan kanan aku, sebelah lagi tangan aku tutup pintu kereta,

"Cik kuntum duduk sini elok-elok tau, nanti Adwa datang balik okey, Adwa jumpa Zafran kejap"

"Cik Kuntum" jangan silap sangka, ianya kereta Honda Civic berwarna merah, kereta yang papa belikan untuk Aku sempena majlis ulang tahun yang lepas,

Kaki aku bawa melangkah ke arah destinasi, mata aku liarkan ke arah kiri dan kanan, ramai sangat orang harini,

Aku lihat ada antara mereka sudah berjumpa dengan anak mereka yang mungkin baru pulang dari misi, sana sini anggota beruniform memakai pakain celoreng berwarna biru putih,

ZARحيث تعيش القصص. اكتشف الآن