BAB 34

3.9K 302 28
                                    

Dah ambil semua dah?”

Aku anggukkan kepala, langkah kaki menyaingi langkah Zar Uzair. Seperti yang dia janjikan untuk membawa Aku ke klinik desa hari ini, luka di lengan terasa semakin mencucuk-cucuk walhal hanya terkena serpihan kaca. Kalau Aku tidak hilang akal waras pada malam itu, semua ini tidak akan terjadi. Dan andai kalau waktu dapat diundur sekali lagi, tidak ingin Aku berjumpa dengan lelaki bernama Zafran anaqi.

Andai sekali...

“ Haih hang termenung apa?” Aku palingkan wajah menghadap Zar, kerutan di dahinya jelas berlipat-lipat, bibir Aku ketap perlahan. Perihal mesej dan gambar semalam juga Aku masih tidak memberitahu si dia. Cukup...Aku terlalu banyak menyusahkan Zar.

Dia bukanya cinta hati, jauh sekali suami, hanya teman yang memendam perasaan kasih terhadap Aku. Dia bukanlah lelaki yang bertanggungjawab akan diriku tetapi kenapa kisahnya dia terhadap Aku melebihi semua orang?

“ Adwa...jantan tak guna tu ada call hang ka? Ada mesej hang? Kata hat bukan-bukan ka?” Betul tebakan Zar, ingin sahaja Aku luahkan segalanya namun cukuplah Aku bebankan dia. Ini hal Aku dan suami tidak guna itu, dan biarlah Aku selesaikan nya sendiri. Tidak perlu babitkan dia, dia juga ada hal yang perlu dia peduli.

“ Ehh mana ada, awak ni kalau cakap main lepas aje, dah lah cepat, Nek Khadijah ada kirim beli barang kan, cepatlah!” Tergesa-gesa Aku melangkah masuk ke dalam pancuan empat roda miliknya, tidak mahu panjangkan topik ini lagi. Dia melangkah masuk, dipakai tali pinggang namun matanya masih tetap memandang Aku.

“ Aku dah cakap banyak kali, sampai buih mulut Aku ni yang Aku ada dengan hang, kalau ada apa-apa yang hang nak share hang boleh bagitau Aku, tak payah pendam sorang-sorang Aku ada, Dahlia ada, Mama ngan Pak hang pun ada lagi, Abang hang pun buat apa semua nak pendam sendiri? Kita ni Adwa jangan sombong nak mintak tolong orang lain, tak luah aihh”

Namun Aku biarkan sahaja dia berkata-kata, mata memandang ke arah luar tingkap, esok Aku akan pulang ke Selangor. Urusan rumah tangga Aku dan Zafran harus diselesaikan dengan segera. Cerai, itu yang akan Aku tuntut!

Kereta milik Zar berhenti di hadapan warung lama, seingat Aku Nek Khadijah ada mengirim sesuatu tapi tidaklah Aku tahu. Mungkin sekejap sahaja, jadinya malas Aku ingin melangkah keluar. Yang bagusnya, warung ini terletak berhampiran pantai, jadi dari tingkap kereta ini Aku dapat rasakan angin laut menampar wajahku. Nyamanya.

“ Hang nak ikut dak? Aku gelengkan kepala. Malas lah. Mata Aku kembali melirik ke arah pantai, dengan kilaun mentari petang yang terbias pada permukaan air laut, Masyallah sangat cantik. Hati terasa tenang, kan bagus kalau masalah ini hilang buat selamanya.

Jauh di sudut hati, walaupun terasa mustahil, Aku sangat berharap bahawa apa yang Zafran lakukan selama ini hanyalah satu jenaka, selama bertahun-tahun kami bercinta tipulah kalau rasa kasih ini mampu hilang dalam semalaman waktu.

Tapi mustahil, sangat-sangat mustahil. Dia bukan lagi Zafran Anaqi yang Aku kenali, bagaimana kalau Aku mengandungkan benih dia? Akan terikat lagikah kami berdua walaupun sudah berpisah? Bunuh anak sendiri dek perbuatan gila Zafran terhadap Aku? Nauzubillah Min Zalik, Aku tidak gila hingga tahap seperti itu, kalau benar Aku kandung benih dia, itu juga anak Aku, dan akan Aku berikan kasih yang sepenuhnya,

“ Aduh...” Aku mengaduh kesakitan, luka di lengan terasa menyucuk hingga ke tulang hitam, Aku jeling sekilas ke arah luka yang dibalut dengan kain kasa, Aku ingat lagi akan reaksi doktor yang merawat luka Aku di Klinik Desa tadi, Dia sendiri berkata bahawa luka disebabkan tercucuk kaca yang kecil tidak akan memudaratkan hingga seperti ini,

Jadi kenapa mudaratnya hingga seperti ini?

“ Agaknya apa reaksi mama dan papa ehh?” Gumamku perlahan, iyalah siapa sahaja yang tidak terkejut akan fakta Zafran Anaqi adalah lelaki yang songsang? Lagi-lagi papa, Aku tahu dia terlalu sayangkan Zafran, malah mengagumi lelaki itu, Tentera yang berpangkat, berasal daripada keluarga yang berada, elok rupa parasnya namun sayang.

ZARWhere stories live. Discover now