BAB 14

5.3K 356 68
                                    

Nanti bila ada masa lagi, Adwa mai lagi naih, Allah opah dan anggap macam cucu sendiri dah, ni haa bawak balik bagi dekat mak pak, cakap opah bagi”

Dikucup pipi Aku kiri dan kanan, lalu tangan yang sudah berkedut dimamah usia itu mengusap kepalaku dengan penuh kasih sayang, lalu Nek Khadijah berkata lagi,

“Ni kirim salam dekat mak pak naih, kalau sudi ajak depa mai teratak buruk opah ni”

Pantas sahaja tubuh Nek Khadijah Aku peluk dengan erat, terasa sebak menguasai diri apabila dia berkata sebergitu, sepanjang Aku berada di sini, kesemua keperluan Aku dia jaga dengan baik, malah layanan dirinya terhadap diriku juga sangatlah sempurna, seumpama Aku juga adalah salah satu daripada cucunya.

“ Insyallah opah, nanti kalau Adwa ada masa lebih, Adwa datang sini lagi, melawat opah dengan mama dengan papa sekali”

"Haa lah, balik elok-elok”

Aku angguk kepalaku, Mata menjeling sekilas ke arah Dahlia yang sudah siap menunggu di tepi keretanya, namun kelibat Zar masih lagi tidak kelihatan.

Dia ini tidak sudi hantar Aku balik ke?
Entah bila lagi Aku berpeluang berjumpa dengan dirinya.

Aku bawa langkah kaki menuju ke pintu kereta, entah mengapa terasa berat hati ini ingin pulang, suasana kampung ini yang nyaman, orang-orang yang baik di keliling Aku, dan kehadiran Zar Uzair yang menyebabkan hari Aku penuh diisi dengan tawa.

Lagi bertambah berat rasanya.

“Opah ni Dahlia balik dulu naih, nanti Dahlia mai balik dengan mak pak, tuu jangan duk pi buat kerja berat sangat, satgi jadi apa-apa susah, kalau tak larat sangat, toksah pi turun bendang, upah ja depa, satgi depa mai tolong”

“Aku tau laa jaga diri Aku, hang tuu bawak kereta elok-elok, jangan bawak laju sangat, lambat takpa janji sampai, hang paham dak?”

Dahlia tersenyum, haihh opah ini dinasihatkan kita balik, diambil tangan tua itu lalu disalam dan dikucup, ditarik Nek Khadijah lalu dipeluk erat, bagaikan tidak ingin dilepaskan, Aku tertawa halus namun mata masih lagi mencari kelibat Zar

"Haa cheq paham, dah ni nak pi dah, Abang mana orang nak salam ni pi hilang pulak dah pasaipa?”

“Ni haa Aku mai, tak sabaq sungguh laa”

Suara garau itu membuatkan perhatian Aku juga tertoleh kepada empunya badan, dia Zar Uzair segak dalam persalinan uniform berwarna hitam, uniform yang sama ketika mana Aku berjumpa dengan dia sewaktu pertama kali, dan entah mengapa ini membuatkan hati Aku berdetak laju.

Ahh sudah mengapa dengan engkau Adwa Naila? Bukanya Aku tidak pernah melihat laki-laki dalam persalinan seperti ini namun Zar Uzair mudah membuatkan hati Aku berasa goyah.

Sungguh apa yang sudah dilakukan lelaki ini kepada Aku?

Hari ini dia kelihatan lain. Bukanya imej Zar Uzair yang berperwatakan sengal dan menjengkelkan hingga menyakitkan hati, namun Zar Uzair yang tidak ubah seperti laut yang terbentang luas, nampak tenang namun mematikan. Dia melangkah turun dari tangga kayu lalu menghampiri kami.

“Hang pasaipa pakai laguni, bukan hang cuti lagi kaa?”

“Ada urgent call opah, kena balik laa ni jugak, sorry ingatkan nak teman opah sampai Zar habis cuti, takpa satgi Zar pi bagitau Mami Umairah yang opah duk sorang-sorang, Ada masa dia boleh mai tengok opah”

Dan pandangan nya dihala ke arah Dahlia, langsung tidak memandang ke arah Aku, Aku ada buat salah ke dengan dirinya ke?

"Balik elok-elok, satgi bila sampai call, ada masa pi tengok mami dengan pak, jangan duk ikut sangat perasaan tu”

ZAR Where stories live. Discover now