1 | Prolog

101K 1.9K 102
                                    

[ Media ]
Mai Davika

[ Terjemahan ]
mae mak
phaw ayah
nong adik

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Tahun 2150.

Aku anggap ini sepatutnya tahun pembebasan untukku. Aku tak sanggup terus dijadikan seperti lembu tambatan yang dicucuk hidung seperti gadis-gadis lain seusiaku.

Zaman sudah moden, tapi kampung tempat aku membesar ini seolah semakin ketinggalan zaman. Masih wujud lagi adat mengahwinkan anak dara dengan lelaki-lelaki yang berpelajaran tinggi dan berpangkat besar. Justeru, majoriti anak perempuan hanya diberi pelajaran formal hingga tamat sekolah rendah, manakala anak lelaki diberi peluang melanjutkan pelajaran hingga ke universiti.

Aku mungkin sikit beruntung daripada rakan-rakan gadis sebayaku. Mereka awal-awal sudah diberhentikan sekolah, diajar cara menguruskan rumah agar dapat menjadi isteri yang disenangi kelak. Mae punya prinsip sikit berbeza. Memang Phaw mahu aku tamat Rendah 6 tapi Mae berjaya memujuk Phaw agar menyekolahkanku hingga tamat Menengah 6.

"Mae, Mai nak ubah nasib keluarga kita. Sampai bila harus ditindas begini?" Aku mengadu satu malam apabila Mae datang ke bilikku menyampai pesan— ada seorang jejaka pulang ke kampung setelah tamat belajar di luar negara ingin memperisterikanku.

"Inilah nasib kita menjadi warga Thailand, Mai." Mae menarikku berbaring di atas ribanya. Rambutku yang panjang disikat perlahan-lahan.

"Mai tak nak kahwin lagi, Mae. Mai baru 20 tahun. Nong Nam pun masih kecil. Biarlah Mai bantu keluarga kita dulu." Aku merayu, airmata mula bergenang. Sejak aku habis Menengah 6, memang ramai jejaka menghantar pinangan tapi berjaya ditolak dengan baik.

"Tapi, Phaw dah tak sanggup nak menolak lagi, Mai. Dah tebal mukanya dimengata orang kampung, kononnya Phaw berlagak dan memilih menantu, mentang-mentang anak daranya habis menengah." Suara Mae bernada serba-salah.

Diluah mati anak, ditelan mati suami.

"Mae, kalau Mai lari dari sini, macam mana?" Pintaku tiba-tiba. Mae terus memalingkan wajahku agar memandangnya.

"Mai nak lari ke mana?" Tanya Mae dengan dahi berkerut. Aku menelan liur. Aku tak pasti jika aku patut bercerita tentang perancangan diamku. Ada ujibakat di Flexi Academy lagi 2 minggu dan aku mahu mencuba nasib. Tak, sebenarnya bukan mencuba nasib— aku mahu lari dari kampung ini. Aku nak keluar dari tanah Siam yang semakin ditindas sejak menjadi salah satu tanah gabungan di STiM, hampir seabad yang lalu.

"Mai nak belajar di Flexi, Mae. Kerjaya sebagai artis terjamin kalau belajar di Flexi." Aku cuba memancing, melihat apa responnya. Hanya Mae seorang yang tahu minatku pada muzik dan bidang nyanyian, mewarisi minat Phaw. Tapi, Phaw tak pernah mencuba nasibnya. Aku tak mahu ikut jejak langkahnya yang menguburkan impian kerana takut kecaman orang kampung.

"Mai nak jadi artis?" Tanya Mae tanpa penghakiman. Aku terus bangun dan duduk menghadapnya. Kedua tangan tuanya yang sudah berurat aku genggam, mengharap.

"Mae, zaman sekarang, itulah tiket untuk berjaya. Kalau Mai dapat belajar di sana, Mai akan jadi artis, dan hidup kita sekeluarga tak perlu berhempas-pulas begini lagi. Mai akan bawa kita sekeluarga tinggal di Malaysia, ataupun Singapura, di mana nasib kita akan lebih terbela." Aku cuba memancing lagi dengan nama 2 lagi tanah gabungan di STiM, yang ternyata semakin lama semakin pesat membangun.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now