7 | Dunia Nyata

68.5K 1.3K 106
                                    

[ Media ]
Marc di parti pengenalan OMG I'M DYING T_T

[ Kredit Lagu ]
Crack a Bottle - Eminem feat Dr. Dre & 50 cent

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Tak sampai sejam aku dipertemukan dengan Isaac yang merupakan salah seorang super senior Flexian Aphrodite, ruangan sofa tempat aku, Isaac dan Trish berbual semakin dikerumuni Super Flexian dari rumah lain. Ada yang menghimpit di bawah, ada yang duduk di lantai, ada juga yang menyelit di tepi-tepi.

Yang aku perasan, Trish dan Isaac sangat peramah. Mereka melayan soalan-soalan daripada junior mana-mana rumah dengan baik dan bersahaja. Setakat ini, yang aku tahu, selain Flexian Muse (Muzik) dan Flexian Aphrodite (Peragaan), ada juga Flexian Hermes (Penulisan), Flexian Empanda (Kewartawanan) dan Flexian Zeus (Tarian).

"Kau orang tak pelik ke, untuk sebuah akademi yang bertapak di negeri yang bakal jadi bebas agama tak lama lagi, rumah-rumah Super Flexian semua pakai nama-nama Dewa– Aphrodite, Zeus, Hermes. Talk about irony." Isaac tiba-tiba memulakan topik tentang Tuhan dan agama.

"Siapa kat sini agama ada? Cuba angkat tangan sikit. Aku nak tengok." Isaac menyoal lantas meneguk bir dari botol di tangannya. Matanya melilau melihat sekeliling; tiada yang mengangkat tangan.

"Kau orang biar betul? Ke ada yang tak nak mengaku ni? You, Davika? Ada agama? Ada sebarang komen tentang keperluan beragama ni? You percaya Tuhan tak?" Isaac menjurus soalan bertubi kepadaku, lalu perhatian teralih kepadaku.

"Hm, saya dibesarkan dalam keluarga yang mengamalkan adat resam, tapi pada pagi ujibakat, saya ada turut serta bersolat di masjid dan berdoa pada Tuhan Islam. Saya rasa, Tuhan Islam tolong kabulkan doa saya untuk berjaya menjadi pelajar di Flexi." Aku menjawab penuh yakin. Tak salah aku kongsikan keajaiban berTuhan ni, kan?

Mereka semua terdiam.

"So, you percaya pada agama dan Tuhan Islam?" Isaac menduga. Aku mengangguk. "Ya, saya bukan penganut Islam tapi saya percaya pada kuasa Tuhan."

Serentak itu, banyak ketawa yang berderai. Isaac tak terkecuali. "Macam mana tu, Davika? Mana boleh cakap you percaya tapi you tak menganutinya."

Hatiku tersinggung apabila pendapatku ditertawakan. "Apa masalahnya? Kamu semua bukan pemuja matahari, atau udara, atau lautan, tapi kamu semua akui pada kuasa dan kepentingan mereka, kan?"

Isaac yang pertama terdiam. "Okay, katakanlah, kalau diberi peluang untuk menganut Islam, adakah you akan pertimbangkan?"

"Apa salahnya?" Jawabku tenang.

Isaac tersenyum sinis. "Tapi, penganut Islam tak dibenarkan tinggal serumah dengan bukan mahram, tak boleh minum arak—" Isaac mengangkat botol bir di tangannya, "—tak boleh berhubungan seks sebelum kahwin. Macam-macam you tak boleh buat. Kempunan la you nak lepaskan nafsu nanti."

Terasa seluruh wajahku panas dengan topik baru yang terleret daripada topik agama tadi. Isaac mengecilkan matanya memandangku, "Atau sebenarnya, you memang masih dara? Belum pernah rasa nikmat seks, eh?"

"That's not how you fucking speak to my junior, Isaac." Suara Marc muncul tiba-tiba. Aku menoleh ke arahnya; dia sedang berdiri di tepi meja kopi. Wow, Marc nampak seperti pahlawan Siam malam ni. Gadis junior yang duduk di tepi kakinya pun asyik tertoleh-toleh ke arahnya dan tersenyum sumbing dengan rakannya di sebelah.

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now