17 | Demam Panas

71.3K 1.4K 103
                                    

[ Media ]
Marc

[ Terjemahan ]
mi ploy hi pom jangan tinggalkan aku

[ Sebutan ]
STiM aes-tee-yaem
$TIM dollar-tim

* * *

Aku bawa mangkuk leper itu naik ke tingkat atas. Marc kembali berselubung selepas aku mendedahkan dahinya dengan tuala basah.

"Awak." Aku panggil perlahan sambil melabuhkan punggung di sebelahnya. Marc tak bergerak. "Awak, bangun sekejap. Alas perut dulu sebelum tidur. Saya dah masakkan ubat magik untuk awak."

Marc menggelengkan kepala.

"Seharian awak tak makan, mana boleh geleng kepala." Aku cuba memujuk. Sempat mataku mengerling ke arah jam di atas meja tepi. Hampir 12 malam. Kemudian, aku pandang Marc semula. Dia masih tak menunjukkan tanda-tanda respon.

Aku diam. Sengaja aku diam. Selalu, apabila aku jatuh sakit dan tak berselera makan, sengaja Mae akan duduk di sebelahku dengan makanan tanpa sepatah kata setelah ajakannya aku tolak.

Sekarang, aku gunakan pendekatan psikologi begitu pula pada Marc. Dan jika di sudut hatinya terselit rasa penghargaan atas perhatian yang diberi, pasti dia akan menoleh. Pasti dia akan menoleh. Pasti—

Marc membuka mata dan memandangku dengan kening yang berkerut.

Berjaya!

"Ni siapa yang sakit ni? Kau ke aku?" Soalnya perlahan dengan suara serak. Aku cuba tahankan senyuman yang cuba terukir di bibir dan menjawab, "Awaklah yang sakit."

"Dah tu, apasal kau pulak nak merajuk dengan aku?" Soalnya lagi dengan wajah yang lebih relaks.

"Habis, saya dah masakkan ubat magik untuk awak tapi awak tak nak makan." Aku jawab dengan nada merajuk yang dibuat-buat. Anak mata Marc terus menikam tepat ke mataku dan jantungku mula berdebar-debar.

Demam-demam pun pandangan mata merahnya masih lagi cukup memukau.

Marc menarik nafas panjang, kemudian berusaha berbangun. Dia bersandar di kepala katil dan memandang sekilas ke arah mangkuk di tanganku. "Kau masak apa? Megi?"

Senyumanku melebar. Aku angkat punggung dan duduk mendekat sikit padanya. "Ni ubat magik yang selalu Mae masakkan untuk saya bila saya tak berselera makan, lagi-lagi waktu saya demam."

"Suapkan." Pinta Marc apabila dia perasan wajahku berubah riak tatkala memori Mae diungkit. Aku membuang senyuman kelat dan menggaulkan sesudu bubur. Apabila ia disua ke mulutnya, matanya membulat saat dia terpandangkan sayur merah itu.

"Apasal ada cili?? Aku tak makan pedas la!" Getus Marc tiba-tiba.

"Cuba dulu makan. Cili ni tak pedas, saya janji. Cili ni yang akan tolong buka selera awak. Cubalah dulu sesuap." Pujukku. Pandangan mata Marc digilir-gilirkan ke cili itu dan kemudian ke mataku. Dengan penuh keterpaksaan, dia membuka mulut dan aku tolak sesudu bubur itu ke dalam mulutnya.

Aku terus gaulkan suduan kedua sebaik suapan pertama dikunyah lambat-lambat oleh Marc. Matanya tetap memandangku, tak berkedip. "Kami sekeluarga orang susah, jadi bubur ni boleh dikira makanan yang agak mewah sebenarnya. Saya dan Nong Nam mesti habiskan licin bila Mae suapkan kami makan masa demam."

PREVIU || DavikaWhere stories live. Discover now